Viral

(VIDEO) Selepas Tular Video Lelaki Ini Borong Semua Jeruk Mangga Traffic Light. Lelaki Ini Pergi Jumpa Balik Budak Yang Jual Itu

“NIAT saya semata-mata mahu membantu sahaja kerana tahu betapa sukarnya nak mencari rezeki”

Demikian kata lelaki ini ketika membuka cerita di sebalik tindakannya ‘memborong’ berpuluh-puluh bekas jeruk mangga asam boi daripada penjaja remaja di persimpangan lampu isyarat di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Bagaimanapun lelaki berkenaan tidak membawa pulang jeruk yang dibelinya, sebaliknya meminta penjaja berkenaan memberikannya kepada pengguna yang melalui jalan berkenaan.

Perkongsian video ketika urusan jual beli itu dilakukan turut dimuat naik di TikTok meraih sehingga melebihi 800,000 tontonan.

Menjenguk di ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji pendekatan lelaki berkenaan dan menyifatkannya sebagai tindakan yang mulia.

Berkongsi dengan mStar, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Hakim itu turut membuka cerita di sebalik apa yang berlaku sehingga mendorong dirinya terpanggil membantu penjaja muda berkenaan.

“Boleh dikatakan setiap hari saya akan melalui jalan tersebut. Bila lihat anak-anak muda menjaja di lampu isyarat, saya mengimbau kembali betapa susahnya nak mencari mencari rezeki.

“Sudahlah bertahan di bawah hujan panas, berdepan risiko diambil tindakan oleh pihak berkuasa, dan dalam masa yang sama struggle nak mencari kerja lain.

“Sebenarnya, saya sendiri pernah berada di tempat mereka sebelum ini. Orang nampak mungkin untung, tapi susahnya nak cari buah, harga buah yang sentiasa bertukar dan lain-lain lagi.

“Sebab tu saya salute sangat dekat anak-anak muda yang tak segan ke hulu ke hilir menjaja jeruk mangga ni demi rezeki yang halal,” kata ahli perniagaan berusia 32 tahun ini.

Video:

Menurut Hakim lagi, dia sendiri pernah merasai betapa getirnya mencari rezeki ketika mula-mula berhijrah ke ibu kota dari Dungun, Terengganu, beberapa tahun lalu.

“Saya beli barang secara borong dari sebuah pusat pemborong di Klang, bawa balik untuk berniaga di Terengganu. Awal-awal dulu saya ulang alik naik bas.

“Bila dah lama-lama, makin kenal dengan orang dan pembekal, dah nampak sikit demi sikit laluan terbuka. Pernah juga berniaga ayam goreng di tepi jalan. Saya berusaha keras sehinggalah berada di tahap sekarang. Memang tak mudah!,” ujarnya lagi.

DATANG JUMPA BALIK BUDAK JUAL JERUK MANGGA

Dia sendiri sedia maklum dengan larangan aktiviti menjaja di persimpangan lampu isyarat yang mana ia merupakan satu kesalahan dan berdepan dengan saman.

“Bagi saya, cuma kalau boleh buat masa sekarang di mana ramai yang terjejas ketika pandemik Covid-19, biarlah pihak yang berkenaan ada timbang rasa sikit. Kalau tak boleh menjaja di jalan, sediakan tempat dan sebagainya. Kita manusia sesama manusia.

“Saya pun baru je order vest keselamatan untuk penjaja ni dan akan serahkan nanti kepada mereka. Biar nampak proper dan untuk tujuan keselamatan juga.

SERAH VEST KESELAMATAN

“Apa yang boleh tolong, saya cuba tolong. Haritu bila saya borong, mudahan mereka dapat pulang awal. Selepas saya kongsi ideo hari tu, ada yang DM saya minta nombor akaun adik penjaja tu. Alhamdulillah ramai sangat orang Malaysia yang prihatin sebenarnya.

“Pesan saya pada anak muda khususnya yang masih menganggur, lihatlah semangat anak-anak muda ini. Nak kerja ni tak perlu fikir jauh, fikir nak bantu ibu bapa je dulu. Kena berubah… siapa lagi nak ubah melainkan diri kita sendiri,” ujarnya lagi.

Sumber : MSTAR ONLINE / TIKTOK Ayahchik

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *