Viral

Encik suami dah pesan, jangan… – Neelofa

KUALA LUMPUR : Pengacara dan selebriti jutawan popular tanah air, Neelofa, 32, tidak pernah terfikir untuk mengundur diri dari dunia seni hanya demi mengalah kepada kecaman dan kritikan warga net yang tidak berkesudahan. 

Menurut Neelofa, meski sedar kecaman datang dari kiri dan kanan, dia lebih selesa untuk bersikap positif walaupun sedar sejak bergelar isteri kepada Haris Ismail, 25, semakin banyak pihak menghentam dirinya menerusi pelbagai kontroversi yang berlaku.

“Saya positif saja, semua orang tahu saya akan sentiasa bergerak ke depan dan tak terkesan dengan apa yang orang cakap. Dulu lagi teruk saya dihentam rasanya.

“Dari tahun 2011, macam-macam kena. Apa saja yang orang tak kata pada saya? Mengenai apa yang berlaku sebelum ini, cukuplah. Saya tak mahu komen dah sebab encik suami pun dah pesan, jangan panjang-panjangkan isu lagi,”katanya.

Neelofa berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran Program Infaq Pertubuhan Kasih Neelofa di Hotel Majestic di sini, semalam.

Dalam majlis tersebut, dia sebagai pengerusi telah melancarkan program Iftar Box dan Food Box yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

 

Selain itu, kata Neelofa, kontroversi yang berlaku kebelakangan ini juga dilihat tidak menjejaskan kebahagiaan hidupnya bersama suami malah kedua-duanya lebih berasa teruja untuk menyambut kedatangan Ramadhan tidak lama lagi.

“Bersyukur sahaja sebab tahun ini dapat menjalani ibadah puasa bersama seorang suami. Kalau boleh nak melangkah ke bulan agung dan penuh keberkatan ini dengan hati yang bersih dan baru.

“Semoga kita semua dapat aura dan merasai kemanisan bulan Ramadhan ini bersama-sama,”katanya.

Dalam pada itu, dia melahirkan rasa syukur kerana Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN), sudah genap berusia setahun dan berbesar hati dapat menyalurkan lebih banyak bantuan kepada pelbagai pihak yang memerlukan.

“Alhamdulillah, dengan pinjaman nama yang Allah SWT kurniakan ini, diharapkan semakin ramai pihak meletakkan kepercayaan untuk saya menerusi PKN menyampaikan amanah sumbangan dan bantuan kepada orang yang memerlukan,”katanya.

PKN selain Iftar Box dan Food Box, turut merangka program lain sepanjang tahun ini dan ia melibatkan program Infaq Yaman, Infaq Quran, Infaq Rehal, Infaq Kasih Ummah (Susu Nilofa) dan Program Qurban 2021.

Sudah Moh0n Ma4f, Netizen Tetap Nak B0ikot Produk Neelofa?

Sebentar tadi, pengacara terkenal iaitu Noor Neelofa tampil mem0hon m4af susulan isu merentas negeri ke Pulau Langkawi ketika negara dalam Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP).

Meskipun, pengacara itu sudah tampil memoh0n m4af kepada umum, namum, kelihatan netizen masih kvrang berpvas h4ti dan berker4s untuk memb0ikot produk dari Neelofa.

Meninjau di laman Twitter, difahamkan rata-rata netizen kelihatan masih ingin meneruskan ‘hasrat’ untuk memb0ikot produk yang dikeluarkan di bawah penjenamaan Neelofa.

Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang mema4fkan pasangan tersebut. Ujar netizen, setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesil4pan. Bahkan, mereka turut mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan PU Riz

 

Sumber: utusan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *