Viral

Video: Gara² Luka Anak Berdar4h, Bapa Pesakit Tendang Jururawat & Minta Sujud Mohon Maaf

Seorang jururawat menjadi mangsa keadaan selepas salah seorang bapa pesakit tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan di Hospital di sini, Khamis lalu.

Menurut laporan Tribun News, mangsa Qistina Ramli ditendang pada perut, ditampar dan ditarik rambutnya oleh suspek yang berbaju merah.

Kemudian diminta bersujud untuk memohon maaf menerusi video yang tular di media sosial.

Ketua Bahagian Pembangunan Kejururawatan, Betty berkata, ketika kejadian suspek yang dikenali sebagai JT mahu menjemput anak lelakinya.

Ini untuk pulang ke rumah selepas empat hari dirawat akibat penyakit radang paru-paru.

Jururawat berusia 27 tahun itu seperti biasa, melakukan tugas mengikut prosedur seperti mencabut infus (air drip).

Dia menggunakan kapas alkohol dan kemudian menampal plaster.

“Tapi disebabkan anaknya yang berusia dua tahun, sedang aktif (tak boleh duduk diam) apatah lagi didukung, jadi darahnya keluar sehingga plaster tercabut,” kata Betty.

Situasi itu membuatkan ibu pesakit panik dan terus mengadu kepada pihak pengurusan sebelum diganti dengan kapas baru.

Seolah-olah masih tidak berpuas hati, wanita itu mengadu kepada suaminya sebelum lelaki tersebut tiba di hospital.

Maka terjadilah kekecohan antara ibu bapa pesakit dan mangsa sebelum dibantu oleh beberapa petugas bagi meleraikan insiden berkenaan.

Difahamkan, suspek telah ditahan pihak polis akibat bertindak kasar.

Malah mengakui tidak mampu menahan emosi ketika mendapat tahu tangan anaknya berdarah selepas jarum infus dicabut.

Rakaman Video asa di Bawah Sekali

                   

Sumber: Jakarta Tribun News , Medan Tribun News , Kompas

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *