Viral

Islam itu syumul, Sheila Rusly tarawih berjemaah di pusat boling

PETALING JAYA –BIARPUN ketika sedang beriadah, pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly tidak melepaskan peluang melakukan ibadah dengan bersolat tarawih secara berjemaah di sebuah pusat boling di Petaling Jaya.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat nak dalam Instagramnya, Sheila berkongsi suasana menjalani solat tarawih di pusat boling yang difahamkan terletak di pusat membeli-belah, One Utama, Petaling Jaya.

“Malam kelapan. Tiada lagi alasan. Islam itu syumul (sempurna dan menyeluruh). Iftar (berbuka puasa) dan tarawih bersama dengan keluarga besar saya,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan suaminya, Jinggo sedang mengimamkan solat sambil diikuti kumpulan jemaah lelaki dan perempuan di belakangnya.

“Solat Isyak dipimpin oleh Tuan Haji Jinggo (suami), manakala solat sunat tarawih dipimpin oleh saudara @itsokaymarr,”ujarnya.

Biarpun suasana di pusat boling tersebut kelihatan sibuk dengan segelintir pengunjung dilihat sedang bermain boling, namun aktiviti ibadah yang dibuat berjalan lancar dan diakhiri dengan salam bersalaman.

Menerusi keterangan pada kapsyen, difahamkan video suasana solat tarawih di pusat boling tersebut dirakam oleh bakal menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha

 

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pendekatan Sheila dan keluarganya yang mengimarahkan Ramadan walau dalam apa jua corak kehidupan. -K! ONLINE

Daripada Dia Pergi Melepak, Lebih Baik Dia Datang Rumah Mak Mentua Belajar Masak’ – Sheila Rusly

Pnerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly tampil menjawab dkwaan netizen yang mengatakan pelakon Elisya Sandha, 21, sudah tnggal sebumbung dengan keluarganya.

Mnafikan sekrasnya, Sheila, 50, menyatakan Elisya kerap berada di rumah itu bagi mengasah kemahiran memasak sebelum berkahwin dengan anak lelakinya, Uzair Haqimy, 25.

MaIah katanya, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Mohd Faisal adalah seorang wanita yang tahu menjaga tatatertib dan air muka ibu bapanya.

” Belum kahwin dah duduk sini ka? Hello belum lagi tapi disebabkan dia ada di malam hari korang tabur f1tnah kata dia duduk sini.

” Jangan f1tnah.. berd.osa. Dia masih ada mak bapak yang perlu dijaga nama dan air muka, tak boleh conteng arang.

” Dia tau tatatertib dia. Daripada dia pergi melepak, lebih baik dia datang rumah mak mentua belajar masak,” katanya.

Sheila bersuara ketika menyediakan juadah Seafood Pasta Kam Heong yang ditayangkan secara langsung (live) di Instagram (IG) bersama Elisya, semalam.

Dalam pada itu, pelakon drama Leftenan Zana akui tidak akan membiarkan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

” Kedua-dua mereka ada di depan mata sis (panggilan untuk Sheila). Kalau kata mereka cuba untuk lakukan perkara tidak diingini, kaki sis sampai dulu.

” Tak peduli la cantik ke apa. Kau rasa? Jadi jangan tabur f1tnah pada menantu sis, tak baik,” katanya lagi.

Pada 31 Januari lalu, Elisya dan Haq selamat melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis yang sederhana di kediaman kakak Elisya yang juga aktres popular, Fasha Sandha.

Berita pertunangan tersebut pada awalnya telah disahkan oleh ibu pelakon tersebut Hatijah Teh Man menerusi kemaskini terbaru di laman sosial Instagram (IG)nya pada 31 Januari.

Menerusi hantaran tersebut Hatijah memuat naik foto bakal besannya sedang menyarungkan cincin ke jari manis Elisya.

Sementara itu di ruangan kapyen Hatijah menitipkan pesanan buat bakal menantunya, Uzair Haqimy, supaya menjaga anak bongsunya.

Hatijah yang menggunakan nama profil Mamasandha di IG itu turut meninggalkan tanda pagar merisik dan bertunang pada foto berkenaan.

” Tolong jagakan dia untuk Mamasandha…satu-satunya anak bongsu mama…Insha-Allah perkara yang baik-baik akan menjadikan ianya bertambah baik.

” Semoga dipermudahkan segalanya, amin,” tulis Hatijah.

Sementara itu, Sheila telah memuat naik foto sedang memeluk seorang wanita berpakaian pengantin berwarna putih tanpa menampakkan wajahnya.

Bagaimanapun rata-rata pengikut dapat meneka wanita tersebut ialah Elisya yang juga adik kepada aktres Fasha Sandha.

” Alhamdulillah…,” tulis Sheila pada ruangan kapsyen.

Turut berkongsi berita gembira tersebut, pengarah popular Jinggo atau Azman Yahya yang memuat naik foto isterinya kelihatan sebak ketika duduk bersebelahan bakal menantu mereka itu.

” Teman dia macam mana papa teman mama,” tulisnya.

Elisya sebelum ini pernah menafikan menjalin hbngan cinta dengan Uzair dan mengakui mereka sekadar kawan baik.

Namun mereka kini selangkah ke jinjang pelamin dan paling penting mendapat restu kedua ibu bapa.

Sumber:gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *