Viral

Da 8 bulan kahwin suami masih belum sentuh isteri,ingat kan dia malu. Tapi sangka ada sebab lain rupanya

Assalamualaikum…

Foto sekadar hiasan

Saya telah berkahwin dengan suami selama 4 tahun dan di kurniakan seorang anak perempuan.

Kami berkahwin atas pilihan keluarga. Sy langsung tak kenal suami, tempoh perkenalan hanyalah sebulan dan kami terus di ijabkabul.

Orang kata, kalau mak ayah yg pilih InsyaAllah memang yg terbaik.

Selepas berkahwin kehidupan sungguh manis dan bersemut pada awalnya.

Kami hanya senyum dan pandang2 sahaja sehingga usia perkahwinan 8 bulan, saya masih lagi anak dara.

Pelik kan? Saya teruskan kehidupan macam biasa, hari2 pelbagai teknik sy guna nak pancing dia sebab masa tu sy ingat dia tak sudi pada sy, maybe dipaksa kawin atau ada pilihan lain tetapi keluarga tak setuju. Rupanya tidak…..

Selepas tu saya terpikir untuk check activity suami dlm hp, dari si tulah sy tahu yang suami seorang gay.

MasyaAllah. Kenapa aku Ya Allah??? Kenapa aku yang kena lalui semua ini. Tulah ayat pertama yang terdetik di hati saya.

Macam2 yang sy jumpa dalam hp dia. Tak perlulah sy cerita di sini. Sy sendiri pernah chat dengan suami berlakon sebagai ‘geng mereka’.

Allah saja yang tahu berapa banyak air mata ni tumpah untuk sy rawat luka sendiri.

Waktu mula2 sy tahu, sy pergi ke pejabat agama jumpa kaunselor sebagai tempat untuk sy mengadu, menangis sebab sy tak dapat nak cerita keaiban ni pada org yg kenal sy, dh tentu dorg kenal suami sy.

Kaunselor ada bg cadangan apa perlu sy buat. Tapi hal ni jadi susah bila suami tak nak bg kerjasama.

Bila dah banyak kali mak dia asyik tanya kenapa sy tak mengandung lagi.

Sy jawab Allah belum bg lagi, tapi sy menangis jugak lah dlm bilik.

Sedih kan. Bila sy mengadu pada dia, biasalah org laki akan jawab “awak diam sudah la nanti”.

Sy pernah mintak cerai sebelum ada anak. Of course dia tak lepaskan sebab sy pilihan mak dia, dia tak kan sesekali susahkan hati mak dia.

Dia memang seorang anak yang taat sangat. Lepas pada kejadian sy mintk cerai, barulah sy di sentuh.

Tapi, korg boleh tahu kan orang tu suka kita atau tak melalui sentuhan tu. Sedih sungguh

Akhirnya saya mengandung. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga dengan kebahagiaan.

Anak ni lah yg kuatkan semangat sy, anak ni lah tempat saya berkongsi kasih syg, suka duka, tanggungjawab, rasa bersyukur, hubungan dengan Allah… tak dapat nak gambarkan perasaan sy ni.

Suami sy pulak seorang yg sgt pendiam, less confident, pemalu, tak sensitif, tak suka di sentuh jadi susah pada sy untuk bantu dia.

Dia tak suka saya bangkitkan isu ini bila sy ajak berbincang. Dia tak pernah mengaku dia seorang gay walaupun semua bukti dah ada.

Dia hanya akan berdiam diri sampai habis kata2 terakhir saya. Pendek kata, sy tak dapat nak buat apa2. Saya buntu.

Tekanan? Kadang2 sy tertekan juga bila sy tiada tempat nak bersembang, mengadu, bermanja, meluahkan perasaan kerana hubungan kami seperti housemate.

HOUSEMATE. Tiada sentuhan, tiada eye contact, tiada sesi perbincangan, tiada pergaduhan dan tiada sesi pujuk memujuk.

Saya hanya pujuk diri saya “tak pe, Allah ada” bersama air mata.

Mujur saya seorang yg bekerja, ada jugak orang yg menghiburkan hati di tempat kerja, kawan2 yg suka menyakat, suka bergurau dan sy mmg seorang yg banyak bercakap dan periang.

Tapi bila balik rumah sy pendiam. Tak de tempat nk bersembang, hanya bersembang bahasa ayam itik dengan anak kecil sy.

Sifat suami yang saya kagum, dia sangat prihatin dengan anak.

Macam mana korg tengok sheikh Muzaffar (angkasawan negara) melayan anak2 dia, thats how my husband treat his daughter.

Mungkin perkara ini yg buat saya terpikir byk kali untuk tidak bercerai walaupun hakikatnya saya tak bahagia, tapi anak saya bahagia.

Kerana apa yg saya perhatikan, penceraian ibu bapa memberi kesan lebih buruk kepada anak2.

Jadi sy korbankan kebahagian dunia saya ini pada anak.

Kami solat berjemaah, baca yassin sama2, balik kg pun kerap.

Latar belakang suami yang tak de orang akan ragui perangai dia. Bijak pandai. PHD in Engineering. Pemalu.

Bak kata mak sy, orang macam dia mesti tak pandai bercerita hal orang lain kan. Sy senyum saja.

Keluarga sy pun tak tahu apa yg sy lalui. Yang tahu hanya korg yg baca confession ini sebab nilah pertama kali sy menulis hal ini.

Kadang2 terpikir sampai bila semua ini. Kadang rasa berat sangat tak tertanggung saya menangis jugak masa nak tido, masa mandi, masa drive, masa sunyi. Lepas dh puas nangis, sy ulang balik ayat yg sama “tak pe, Allah ada”.

Sy bawa diri jalan2, pergi shopping, pg library, tgk wayang, makan cake sorg2 di hari jadi sendiri.

Pendek kata, sy menguruskan emosi sendiri bila tertekan dan sedih. Yelah, nak harap siapa lg.

Sy dah tak mengharapkan apa2 dari suami cukup dengan kehadiran dia untuk anak kami. Hati sy pun dah tak de rasa lagi pada dia.

Inilah kami pertama sy confess mengenai hal ini, sy harap ada yg sudi berkongsi pandangan, pendapat apa yg perlu saya buat.

Sy nak pesan pada LGBT, jangan lah kawin hanya nak tutup perangai sebenar.

Nampak simple je kan kalau kawin mesti orang tak syak apa2

Walhal banyak sangat hati2 yang terluka nanti, macam mana dengan masa depan keluarga? Masa depan anak2? …..

Maaf andai penulisan sy tak teratur sebab sy bukan lah seorang penulis, sy menulis hanya untuk meluahkan rasa N mintak pendapat.
Terima kasih, Assalamualaikum.

– Bunga

Fadzilah Musa
Klu dah ibu tak happy, mcmana anak nak happy?Skrg mmg la anak nampak happy sbb kecik lagi tak paham apa2.

Tgk nanti bila dia dah faham emosi, anak blh tau ibu tak happy, akan efek pada dia jugak akhirnya.Tayahlah bergantung kebahagiaan pada manusia, takde suami, anak akan jadi tak happy

Hernieza Hashim
Sangat besar ujian yang menimpa puan ini sehingga saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu…Ramai yang menyarankan untuk berpisah. Tahu kah Kita apabila perpisahan Yang terjadi antara ibu Dan bapa atas segala sebab sekalipun, yang teruk menerima kesan yakni si anak.

Saya melihat institution syariah Di negara ini tidak begitu kuat, sebagaimana berpisah, mahu atau tidak, puan harus untuk n Masih bertemu si ayah anak….urusan ini tidak terputus.apa Yang sy risaukan apabila bercerai,si bapak Akan bersikap endah tak endah ( mungkin sbb dendam pada bekas isteri) n hak hak anak seperti hak nafkah n hak penjagaan ( belum tentu memadai memandangkan structure syariah kita belum dilihat begitu kuat menjaga ibu ) .

kalau inginakn lawyer , puan perlu faham tentang Kos Yang kdg tak munasahabah , memerlukan puan tegar n kuat . itu belum dilihat pada emosi si ibu , manakan mahu mencari rezeki n mebersarkan anak…ternyata begitu beban…Jadi sy faham.kenapa.puan kuat untuk anak…saya doakan segala kemudahan untuk puan Dan diberikan jalan terbaik untuk semua masalah.

Kredit: ceritaohsem

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *