Semasa

Terpisah kerana PKP, suami isteri diduga anak lemas dalam tali air

KOTA BHARU – Seorang kanak- kanak lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Jambu Merah, Melor di sini petang tadi.

Mangsa, Muhammad Huffaz Wafri Mohd.Zulfika, 3, ditemui dalam keadaan terapung di dalam tali air itu kira-kira 10 meter dari rumahnya pada pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa disedari lemas oleh seorang penduduk kampung selepas melihat kanak-kanak itu terapung di permukaan air.

Katanya, polis menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 4.33 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, polis mendapati mangsa masih berada dalam keadaan terapung di dalam tali air. Pasukan bomba dan penyelamat telah membawa mangsa naik ke kawasan tebing.

“Siasatan mendapati, kali terakhir mangsa dilihat sedang bermain di dalam rumahnya oleh neneknya kira-kira pukul 3 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, bagaimanapun, ahli keluarganya tidak menyedari kehilangan kanak-kanak itu sehingga seorang jiran memaklumkan bahawa mangsa sudah lemas di tali air.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Mahligai di sini dan disahkan sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat,” katanya.

Tambahnya, siasatan turut mendapati kes itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah malah tiada langsung sebarang kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa.

Dalam pada itu, mangsa bersama abangnya ditinggalkan bersama datuk dan nenek di kampung semenntara kedua-dua ibu bapa mereka berada di Sungai Buloh kerana bekerja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *