Viral

Gaji Tak Masuk Lagi, lstri ‘Sound’ Suami dpn Org Ramai, Shg Terjadi Kejadian yg Tak Terduga

SEKADAR PERKONGSIAN JE

KEJADIAN DI MYDIN AYER KEROH TADI.

Aku beratur di atm RHB, aku no 3 di Barisan ni.

Aku perhati pasangan depan tu dengan seorang budak perempuan. Mula2 angin jugak aku pasal lama Sgt ko kat mesin tu.

Tu bukan mesin spin MEGA888. Itu mesin atm jangan lama2. Orang lain pun nak cucuk duit gak.

Kerana lamanya si abam tu duk tekan2 mesin smpai akak depan aku tu blah trus sambil mengomel, pi atm Maybank belakang lah.

Kata kakak depan aku. Lepas kakak tu blah aku pun betul2 di blakang si abam ni. Aku x kata apa cuma beratur sambil layan baca fb.

Tiba2 aku dengar si perempuan tu tanya apsal Bi x keluar duit.

Si abam tu pun jawab, payment x masuk lagi ni. Si perempuan tu isterinya aku rasa sebab panggil si lelaki tu B pun kata.

“Apa ke bodoh ko ni ajak kita orang keluar duit xde”

Lelaki tu diam. Kerana aku betul2 belakang ya aku dgr jelas lah apa diorang cakap.

Pastu kakak tu tarik tangan suami nya ke tepi dgn kata kata aku maaf ye Che. Lama beratur.

Aku hanya jawab xpe xde hal. Dalam masa sama, aku padang muka laki dia memang sedih dan murung la.

Tengok pada mata dia aku tau dia sedih.Terus aku ingat zaman aku susah dulu.

Aku pun ke mesin tekan nombor untuk keluarkan duit.

Niat dihati nak cucuk 1k je tapi sekilas aku pandang ke tepi tgk mata si suami memang sedih sambil dgr si isteri berleter.

Anak nya pun nampak sedih je. Tengok mata aku tahu memang sedih. Muka x nmpak sbb pakai facemask.

Bila aku terkenang zaman aku susah dulu, pernah jadi gini di atm tapi masa tu aku x kawin lagi.

Cuma bawa awek je pastu nk cucuk duit xde. So, gaduh la aku dgn awek kat situ gak. Sama macam pasangan ni

So, aku ubah niat, aku cucuk 1500.pastu aku pun dgn slumber nya tegur si abam tu yang tgh duk dileter isterinya tepi atm tu sebelah kedai komputer.

Aku beri Salam lepas tu aku kata eh broo, macam kenal je. Padahal aku x kenal pun lebih lagi dia pakai facemask pula tu.

Lepas dia jawab Salam aku dia tanya sapa ya. Aku pun ambil peluang bagitau isterinya sekejap ya, cakap dgn abang ni jap. Pastu isterinya angguk.

Aku pun ajak laki dia sembang depan kedai sushi sebelah kedai komputer.

Skali lagi laki tu tanya aku siapa ya.pastu aku tnya abam tu ABANG BUAT WIRING KAN.

Aku guna ayat ni sebab tadi aku dgr dia cakap dgn bini dia payment wiring smalam x msuk lagi.

Abam tu pun jawab. Ya saya pastu tanya aku lagi skali sapa ya. Aku pun tarik skit facemask tunjuk muka kat dia.

Aku pun bagitau nama aku, aku tinggal kat mana, ofis kat mana.

Pstu dia bagitau dulu dia pernah pasang lampu kat rumah dalam Taman aku. Aku pun terus jawab molek Sgt.

Sebab saya memang nak pasang lampu di ofis saya. Sedang molek jumpa abg kat sini.

Dia kata OK boleh. Aku pun x ckp byk keluar duit 500 terus beri kat tangan dia dgn beri Bisnes Card aku skali. Aku kata nanti esk call aku.

Terkejut terus dia. Terus dia tarik turun kan facemask dia tunjuk muka dia kat aku.

Aku pun terus kata HAA BETUL LAH SAYA PERNAH TENGOK ABAANG BUAT KEJE KAT TAMAN SAYA.

Padahal sumpah aku x kenal dan x pernah jumpa pun dia.

Dia senyum tapi tgk muka dia memang nampak dia terkejut lagi sambil tengok duit kat tangan dia aku beri.

Aku jawab tu 500 dulu saya beri nanti siap pasan lampu sy tambah lagi 500.dia kata eeh byk ni bro.

Brapa Puluh biji lampu nak pasang. Upah pasang lampu dia ambil 40 ringgit je satu. Aku jawab x byk Sgt nanti dtg la ofis sy bro tengok la.

Dia terus jawab Ok2 bro esok aku sampai. Dengan senyum hepy dia panggil bini dan anak dia mari kat aku dgn dia.

Dia pun bgtau bini dia OK boleh kita beli barang. Bro ni bagi job siap bagi duit 500 ni.

Terus isterinya jawab alhamdulillah. Terima kasih byk2 isteri dia bgtau aku. Si laki tu pun 2,3 kali ucap Terima kasih.

Aku kata xde hal, nanti esk sebelum mari call aku. No hp aku kat Kad tu. Dia kata Ok2.

Lepas tu aku pun blah. Masuk je dlm kete aku pun fikir lampu mana aku nak pasang esok kat ofis. Sebab dah penuh lampu ofis aku.

So, aku mari idea esk aku beli mentol lampu sruh abam tu tukar esk. Niat aku hanya nak tolong dia bukan nak pasang lampu Sgt.

Sebab pernah berlaku situasi camtu kat aku dulu.

MORAL OF THE STORY,

Ingatlah saat kita susah dan bila senang jgn lupa bantu orang yang susah walaupun kita x kenal dia.

Insya Allah, akan diberi rezeki oleh Allah atas bantuan yang kite beri kat orang.

Tujuan aku share ni hanyalah untuk beri peringatan pada Umum, bukan niat nak menunjuk.

Sekadar menyampaikan pesanan Umum supaya kita Jangan lupa Zaman Kita Susah Dulu dan Jangan Sombong Ketika Senang.

Linda: Knapa waktu aku baca ayat si suami pggil si isteri tu aku rasa sebak . Betapa gembiranya dia dpt job baru .

Yes aku pun pernah alami . Masa mula2 nikah , kerja pun tak ada . Zaman tu rmai org kena buang kerja .

Nk pergi cari kerja tak ada duit . Jumpa duit kat tepi highway rm2 . Konon nk isi minyak motor .

Tapi rantai pulak problem . Pergi bengkel konon nk pinjam spanar je nk ketatkan rantai utk smentara . Alih2 kena charge rm2 .

Tp Allah sebaik2 perancang . Motor abang polis trafik rosak . Kami tgok tak ada siapa yg nk tlg , kami tolong tunda smpai ke bengkel .

Dia bg upah rm20 . Moga rezeki abg polis tu and rezeki awak sentiasa melimpah ruah .

Kita tak akan miskin andai menolong sesiapa pun . Yg penting keikhlasan kena ada .

Izzah: Aku pun pernah alami situasi ni masa klua nk beli barang kat mydin mitc.

Masa tu mmg kami smpit. Payment kerja suami tak masuk lg tp kami dh kat mydin. Sbb mmg target duit mst masuk n nk beli barang anak.

Bila suami cek acc tak masuk lg, aku kata takpe la. Kalau takde esok2 je kita beli barang.

Pampers n susu anak ada utk bbrapa hari ni pun dh ok dh. Yg lain2 takpe nnt ya.

Saat suami susah ati, jgn la lemparkan kata2 yg lbih menyedihkan dia. Dia galas tanggungjawab berat.

Kerja, tunggu bayaran, nk lunaskn permintaan anak isteri, nk jaga hati supaya isteri anak tak merajuk.

Slagi kau tau suami tu tak khianat, tak curang n mmg kerja utk nafkahkan kau, tenangkn la dia dr bentak marahkn dia bila jd mcm ni.

Sama2 kena ada tolak ansur. Aku dpt window shopping tak beli apa pun aku dh sonok tak beli pape pun takpe.

Sbb kalau suami bduit, tak mnta pun dia belikn sndiri.

Era: Kami pn pernah alami situasi mcm ni..laki aku ulang alik ke stesen petronas terdekat kt pekan nk check duit yg cust janji nk masuk..

Smpai 2,3,4x ulang alik tgk,xmasuk2 jgk..hampa gila laki aku dgn kt tangan xduit lgsg,minyak moto pn nk hbis asyik ulang alik..

Pampers2 ank pn hbis,nk beli makanan xde duit..duit syiling dlm tabung pn dah xde nk korek2 lg,ank3 pn da start ngis nk mkn&minum..

Dah lah nk ke stes3n tu dkt 15minit baru smpai. Last2 pinjam duit kwn sbb nk beli makanan&pampers.

Yg xblh brain, dpt cust yg jenis byk duit tp bila srh transfer,mcm kita ni pengemis. Nasib baik lah ade kwn2 yg byk tlg bila tersepit.

Laki aku klo xde duit nk bantu kwn2, in shaa Allah dia bantu guna kudrat dia..

Semoga Allah ja yg membalas segala kebaikan sesiapa yg ikhlas membantu org dlm kesusahan..Aamiin

Hajjar: Pernah lalui saat kecewa bila duit kita harap tak ada.

Dan aku jugak sempat keluarkan duit bgi budak asrama yg keluar outing tunggu ayah hantar duit tapi 3x tekan duit tak ada.

Boleh jelas nmpak air muka sedih dan kecewa, aku tahu tentu ayah dia tak ada duit kerana org susah.

Masa tekan duit terbayang wajah adik terus kejar dia smpai tesco, gi duit utk beli barang mkn masa tu terbayang wajah anak di asrama jugak.

Terkejut budak tu, aku kata tak pe makcik nmpak anak mcm anak makcik.

Berkali kali dia ucap t. Kasih. Aku senyuman kerana terbayang wajah dan senyuman dia.

Happy dia dpt outing dgn kawan2.

Wannie: Pernah rasa..sari dua 3kali p nk cucuk duit..tp duit belom masuk..balik rumah kutip syiling..sunguh aq rindu time 2..

Sbb x kn berulang lg dah..dgn org yg sama..sunguh masa 2 kita rasa x bersyukur rasa mcm2.. bila masa dah berlalu..

Kita akn rindu saat 2 susah senang 2..jd kn sbgai kenangan yg amat berharga.. Allah uji sekejap sahaja..masa berlalu..

Allah dah lapang kn rzki.. Alhamdulillah..

Fara: Ya pnh terjadi satu ketika dulu .. nak mkn pun susah , apatah lagi anak² kecik lagi, mna nk beli susu pampers lagi

Suami sggp cr besi bruk utk juai, semata nk beli susu n pampers anak tyme tu .. mkn ns dgn tlur + kicap ja tyme tu..

Gaji tyme tu xbyk sb kilang dia selalu ad masalah waktu tu.. sampai la kena buang keje .

Mcm² cara suami wat nk bg anak bini dia mkn,sampai la suami wat bisnes sndr, skrg Alhamdulillah..

Walaupun xkaya mcm org lain blh beli kete ,rumah, aku x kisah.

Janji bnda pnting dlm hidup aku adalah sumber makanan utk anak² aku

Sumber: FB Ayie Sham

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *