Viral

BERJALAN DALAM HUJAN, APA YANG DIBUAT WANITA INI SETELAH SAMPAI DI TENGAH SEMPADAN BUAT ORANG RAMAI SEB4K

Tentunya ramai yang bersedih kerana tahun ini sekali lagi kita tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pastinya ramai yang rindukan ibu dan ayah terutamanya masakan air tangan mereka di pagi Syawal.

Perkongsian video dari pengguna TikTok iaitu Azyra Azizy ini sangat menyayat hati dan undang sebak ramai apabila hanya berpeluang jumpa ibu di sempadan daerah.

Paling sedih bila ibu menyediakan makanan raya untuk bekalan anaknya…

Pengorbanan seorang ibu

Video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok ini telah mendapat lebih 483 ribu tontonan dan 36.7 ribu tanda suka.

Video ini menyaksikan seorang ibu berjalan dan bertemu dengan anaknya di sempadan daerah sambil menghulurkan sebakul yang berisi makanan.

 

Pengorbanan seorang ibu buat anak. Siapkan makanan dan kuih raya untuk jumpa di tengah sempadan.

Maaf mak kita tak dapat beraya bersama tahun ini.

Semoga mak diberi kesihatan yang baik-baik.

Semoga kami anak beranak dapat berkumpul kembali.

Raut wajah seorang mak, kami faham mak sedih.

Teringat pengorbanan dan jasa mak

Rata-rata pengguna media sosial turut bersedih setelah menyaksikan video ini.

Malah, mereka turut meluahkan perkara yang sama dimana buat tahun ini tidak dapat beraya bersama keluarga dan meluahkan rasa kerinduan pada ibu masing-masing.

Menurut Azyra Azizy lagi, ibunya hanya tinggal seorang diri di rumah dan dia turut menangis ketika menerima makanan dari ibu, namun, masih kelihatan ibunya tersenyum dapat melihat anak-anak walaupun hanya seketika.

 

Mak tak ada sapa2 lagi

Diruangan komen, @azyraazizy juga memaklumkan ibunya beraya tanpa teman tahun ini memandangkan tinggal sendirian di daerah yang berbeza.

Wanita ter$ebut memberitahu ibunya berasa gembira walaupun hanya dapat melihat anak-anak dalam tempoh waktu yang singkat ketika menghulurkan makanan hari raya buat mereka.

Masih sempat senyum dalam hujan

Sumber: @azyraazizy via OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *