Viral

Nora Nafi Sudah Bernikah Dengan Annuar Musa Di Selatan Thai, Mengaku Terima Lamaran Lelaki Lain

Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin menafikan d4kwaan kononnya dia dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sudah bernikah di selatan Thailand.

Di media sosial, tular sekeping salinan sijil pernikahan yang did4kwa milik Nora dan Annuar.”Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tudvhan sedemikian.

“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.

“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu,” jelasnya ketika dihubungi Astro Awani.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Satu itu mengakui ada menerima lamaran pernikahan, namun bukanlah daripada Annuar yang juga Ahli Perlimen Ketereh seperti yang did4kwa sebelum ini.

“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.

“Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,” jelasnya lagi.

Tambah balu komposer terkenal, Allahy4rham Johan Nawawi itu lagi, kesediaannya untuk bernikah dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.

“Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya.

Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira,” ujar Nora.Sementara itu, Nora juga memaklumkan, keluarganya dan belah Allahy4rham Johan turut bersetuju jika dirinya menerima lamaran daripada lelaki yang serius ingin memperisterikannya.

“Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau men1nggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja.

“Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu,” kata Nora.Sekadar info, Nora mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 1992.

Pasangan itu dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Johan telah men1nggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat ser4ngan j4ntung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada 13 Disember 2019 ketika berusia 20 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://gempak.com/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *