Viral

“kami x buat ansuran” Dtg mahu beli IPad utk anak. Terkejut bila si ayah buka telefon, tunjuk wasap dari guru sekolah.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Semalam ada seorang ayah datang bawa satu surat tawaran tunjuk anak dia masuk ke sebuah sekolah elit. Dia buka pula telefon, tunjuk wasap dari guru sekolah tersebut minta semua pelajar menyediakan ipad untuk sesi pembelajaran online.

Ipad yang guru tersebut minta sediakan adalah ipad latest version. Harga kat kedai hampir cecah RM1900 juga lah. Si ayah cuma kerja delivery untuk Shopee, Lalamove dan Grab sahaja. Tak mampu dia nak belikan ipad itu sekali gus.

Namun dia cuba usahakan juga untuk anak kesayangannya. Dia datang nak minta bayar ansuran. Aku bagitahu kedai kami tak jual ipad model latest tu. Mahal sangat . Yang ada ipad 2nd yang dah okey sebenarnya untuk support pembelajaran tu. Harga RM710.

Aku juga jelaskan kedai kami tak buat ansuran. Kos ipad dan barang a seperti laptop ni modal besar, untung kecil. Tak dan rolling modal kedai nanti. Nampak air muka dia kecewa.

Lalu aku syorkan tab yang sesuai dengan kemampuan dia. Samsung Tab A cuma RM599. Atau Alcatel 1T10 Smart, siap keyboard lagi harganya cuma RM699.

Tab ni dah mampu support pembelajaran secara online. Setakat nak guna Zoom, Google Classroom, Quizizz, tonton video pembelajaran secara LIVE atau rakaman dan seumpamanya memang dah boleh support dah.

Tapi spec jauh lebih rendah dari ipad 128gb yang berharga RM1900 seperti mana guru sekolah anaknya sarankan itu. Ipad tu memang betterlah. Lagi laju, lagi smooth, lagi high spec. Tapi harga terlampau keras untuk segolongan orang.

Ipad tu dari dari Apple kot. Semua orang tahu Apple punya harga ni macamana. Jika boleh, guru-guru jangan la letak spec terlampau tinggi untuk pelajar kalian. Cukup basic spec cukuplah.

Tak perlu sampai model latest, Apple pula tu. Kesian kat mereka yang tak mampu. Melainkan jika hanya spec itu sahaja boleh support platform pembelajaran yang mereka gunakan. Itu tak boleh kata apa dah.

Jika tidak, cukup la basic spec, model Samsung, Redmi, Xiomi or brand yang marhean mampu beli. Kemampuan setiap orang tak sama. Tolong fikirkan bagaimana strugglenya golongan bawahan untuk sediakan semua ini bagi anak-anak mereka.

Yang nak dapatkan laptop refurbished bermula harga RM1399 (Windows 10 original, warranty setahun), desktop, tab, phone dan sebagainya, boleh terus walk in ke kedai kami,

2F Gadget, No 58, Jalan Jernai 2, Medan Idaman, 53100 Kuala Lumpur. Yang duduk jauh, kami boleh pos ke seluruh negara guna insuran. Terus wasap technician saya di sini ya :www.wasap.my/+601171190133. #MFS

Sumber FB:

Komen warganet

Mohd Fadli Salleh: Tujuan asal SBP dan MRSM dibina ialah untuk sokong anak-anak B40 dapat pelajaran lebih baik. Kenapa banyak rungutan perlu banyak bayaran itu ini, bahkan yuran pibg melampau mahalnya. Ini lebih pada menindas pula kan?

Patut sekolah ni la yang support pendidikan percuma sepenuhnya untuk pelajar cemerlang dan utamakan golongan B40. So, guna la Apple ke, Intel ke, teknologi angkasa lepas ke, namun biarlah 100% percuma dan ditanggung kerajaan.

Tapi kenapa tidak 100% percuma sebab tujuan asal SBP dan MRSM untuk golongan bawahan. Bukan letak banyak yuran dan kutipan mahal2 setiap tahun.

Akhirnya ada golongan tak mampu tak sanggup tak terima tawaran atau keluarkan anak dari SBP/MRSM sebab tak mampu nak bayar kos yang mahal.

Baca Kembalikan Tujuan Asal Penubuhan SBP dan MRSM disini ya :

Azura nasir: Kenapa mesti macam tu, dalam keadaan pendemik, ramai ibubapa hilang punca pendapatan, keadaan ekonomi yang tak menentu, kenapa pilih yang mahal. Esok lusa tak tentu lagi ibubapa tu ada pekerjaan dengan keadaan ekonomi kita yang tak menentu.

Mungkin ada yang menyimpan untuk hadap harj depan yang tak tentu. Letak keadaan kita dalam keadaan mereka yang tak berkemampuan. Kesian. Beri alternatif buat mereka. Mungkin ada pilihan lain yang sesuai buat mereka.

Rose ibarahim: Mohd Fadli Salleh , saya pernah kena ni… Anak sulung saya diterima masuk SBP Elite. Memang depa nak IPad, not other brand…

Dlm group wassap, golongan elite senang2 jer keluarkan duit beli… Anak hilangkan iPad, dan2 tu beli lain ganti. Lepas tu duk marah2 kami golongan b40 & borderline m40 yg masih berkira2 utk keluarkan duit beli iPad tu. Almaklumlah kami ni ramai tanggungan dan benda lain yg nak kena settle.

Then some of them siap ckp, “ok sapa2 yg x mampu tu, bgth, nanti kami bayar sebahagian” dan dgn angkuhnya sambung “korang dah tahu nak masuk sini kena beli iPad, Kalau xmampu beli buat apa accept the offer nak masuk? “.

Berdesing telinga rasanya, semiskin2 kami, masih ada maruah…. anak kami masuk kerana mereka layak, anak depa masuk sebab cable…. Mujur lepas TU anak saya dpt offer sekolah lain2, Terus saya keluarkan walaupun banyak duit dah berhabis kat situ.

 

Kredit: bacakami

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *