Uncategorized

[VIDEO] Akibat biar tengok YouTube tanpa had, anak suIung Mia Ahmad hadapi masaIah ‘speech deIay’

PELAKON Mia Ahmad menyesal kerana tidak menyedari mas4lah lambat bercakap yang dihidapi anak sulungnya, Sayf Issa yang kini berusia tiga tahun.

Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 33, dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan sendiri oleh cikgu di sekolah anaknya yang meminta bertindak segera mengatasi mas4lah itu.

“Saya memang menyes4l sebab tak gunakan masa yang penting waktu dia masih kecil untuk develop apa yang perlu.

“Saya pula masa itu first time mom, tiada pengalaman… apabila orang cakap biasalah anak lelaki lambat bercakap jika dibandingkan dengan anak perempuan, jadi saya fikir mungkinlah betul.

“Lepas itu, bila saya hantar dia pergi playschool, cikgu dia call tanya saya selalu ke beri dia tengok YouTube, saya terus-terang cakap memang saya bagi… tiada limit masa sehari berapa jam dan daripada situ baru saya tahu saya dah buat silap,” katanya ketika dihubungi mStar.

mia.ahm4d Throwback video sebelum MCO 3.0 , my first born
So proud of you, takde ada apa yang mustahil.. jangan putus doa dan sangka baik selalu dengan Allah. You’re gonna get there, sayang. 🥲

Parents, please minimalkan penggunaan gadget.. saya tahu ramai yang terkesan dengan pandemic ini dan mengambil jalan shortcut untuk bagi anak-anak menggunakan gadget.. please monitor apa yang anak tengok dan berapa jam mereka menghadap screen. Bila bagi diorang screen time make sure you join them and watch together..

Saya bercakap melalui pengamalan yang mungkin ramai tak tahu.. kesan daripada saya exposed kan Issa screen time seawal bayi menyebabkan Issa speech delayed, short attention span dan mempunyai masalah social skill.

I admit my mistake, at that time saya CUMA fikirkan diri saya SAHAJA dan mula introduce kan screen time dengan kerap pada Issa. 😞😞😞

TAPI.. itu dahulu.. setahun yang lalu.. Alhamdulillah dengan izin MU, Issa menunjukkn progress yang sangat baik.. mula bercakap.. mula interact.. dah overcome almost semua masalah yang ada before… minta doakan kesembuhan sepenuhnya buat Issa ya? Banyak sebenarnya tips yang saya nak share.. nantilah ya bila ada kesempatan… ☺️

Ada parents yang lalui benda yang sama dgn saya tak? Please share! ☺️

Mia berkongsikan video Issa menerima tunjuk ajar daripada speech ther4pist.

Selepas ditegur guru berkenaan, Mia kemudiannya mengambil keputusan untuk menghadkan masa anaknya menggunakan gajet serta menonton tv selama beberapa bulan.

“Cikgu Issa cakap simpt0m yang anak saya alami sebelum ini memang biasa berlaku kepada kanak-kanak yang sering diberikan screen time tanpa had oleh ibu bapa sehingga menyebabkan mereka kehilangan deria rasa yang sepatutnya diterokai anak-anak ketika masih kecil.

“Sejak itu saya tak bagi Issa tengok TV dalam tempoh berbulan-bulan juga. Tapi apabila dia tunjuk perkembangan lepas dapat bimbingan speech therapist, saya mula beri kebenaran dengan hadkan masa sekitar satu jam.

Alhamdulillah, saya cepat tersedar dan tak leka biarkan Issa dengan gajet dan tengok TV sahaja.

MIA AHMAD

PELAKON

“Mula-mula dia men4ngis juga apabila saya buat macam itu tapi kini dia dah okay. Sekarang memang banyak luangkan masa buat aktiviti dengan Issa dan adik dia, Iris. Macam-macam aktiviti saya buat antaranya, bacakan buku cerita, melukis dan main lego dengan mereka supaya deria mereka sentiasa bergerak,” katanya lagi.

Mia turut menambah, perkongsiannya di Instagram itu adalah bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa agar mengurangkan screen time anak masing-masing demi perkembangan mereka.

“Macam kita kecil-kecil dulu, kita ada pengalaman panjat pokok, main dengan kawan-kawan di luar. Kanak-kanak sekarang masa mereka lebih banyak dihabiskan depan TV dan gajet… bukan tak boleh bagi tapi biarlah berpada-pada.

Mia dan suami kini lebih banyak melakukan aktiviti bersama anak-anak untuk kebaikan mereka.

“Kita kena tingkatkan saraf deria anak-anak, sebagai contoh bagi mereka pengalaman rasa pijak rumput atau jalan tar.

“Alhamdulillah, saya cepat tersedar dan tak leka biarkan Issa dengan gajet dan tengok TV sahaja. Nasib baik perkembangan Iris okay, jadi sebab itu saya lebih banyak tumpukan pada perkembangan Issa sekarang,” ujarnya.

Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 3, dan Iris, 1 tahun.

 

 

Sumber : mstar/astrobaru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *