Uncategorized

Tular Video Nenek Uzur Berniaga Demi Sekampit Beras, Sekali Individu Ini Bongkar Siapa Sebenarnya Nenek Ini

Tular sebuah video di media sosial semalam mengenai seorang warga emas yang berumur 87 tahun yang dikenali sebagai Mek, yang dikatakan tidak mempunyai barangan keperluan makanan yang memaksa warga emas tersebut menjaja di Pasar Siti Khadijah walaupun di usia emas tersebut membuatkan ramai netizen merasa kasihan dan simpati.

Lain pula yang dikatakan pada hari ni, berikutan komen yang telah ditinggalkan di sebuah ruangan komen yang mengatakan bahawa warga emas tersebut telah mendapat bantuan daripada JKM Pasir Putih dan Kuala Terengganu.

Bantuan yang diperolehi oleh warga emas tersebut yang dikenali sebagai Cik Munah tersebut melebihi RM1000 sebulan.

Selain itu, individu tersebut yang ingin dikenali sebagai penghulu di tempat kediaman cik munah itu berkata, semua pendapatan itu sudah mencukupi untuk menyara kehidupan warga emas itu sehari2. Itu belum juga ditambah dengan bantuan lain daripada beberpa agensi lain yang turut memberi bantuan.

 

Ringkasnya lagi bahawa warga emas tersebut pernah viral beberpa tahun sebelum ini dan pernah mendapat beratus ribu jumlah daripada derma yang diberi daripada dermawan yang baik hati seluruh malaysia dan sehingga boleh membeli kereta kepada cucu2nya

Tetapi apa yg dikatakan oleh penghulu tersebut bercanggah dengan apa yang diberitahu melalui video yang tular semalam.

Sejauh manakah kebenaran tentang kehidupan dan kesahihan maklumat seperti yang dikomen oleh penghulu tersebut masih menjadi tanda tanya.

Walau bagaimana pun kita mengharapkan penjelasan daripada warga emas tersebut mengenai kesahihan maklumat tersebut. Semoga ada penjelasan yang munasabah selepas ini..

Sumber : Peratusan Netizen Malaysia

Terdahulu

“Mek Tak Makan Dah Berapa Hari…” – LuIuh H4ti Netizen Tengok Nenek Uzur Berniaga Demi Sekampit Beras

Seorang nenek uzur yang berusia 87 tahun meruntun hati wargamaya apabila masih gigih berniaga demi mencari sesuap nasi.

Menerusi laman sosial TikTok, seorang pengguna Hanif Asyraf berkongsi video nenek tersebut yang menjual barangan masakan seperti buah nanas, asam keping dan serai di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan.

Nenek yang menaiki teksi sendirian dari Selising yang jaraknya hampir 40 minit dari Kota Bharu itu difahamkan sudah hilang penglihatan.

Malah, tujuannya berniaga adalah untuk meraih wang ringgit bagi membeli sekampit beras kerana sudah lama tidak makan nasi berikutan kekurangan duit.

 

“Tak berniaga, nak makan apa. Sekarang duduk sorang. Berapa hari dah mek tak makan nasi. Tak ada duit nak beli beras. Mek makan biskut kering dua keping ja. Ni pun air orang bagi.

“Mek datang nak buat beli beras satu kampit ja. Dapat beras, mek tak datang dah. Kalau awak tak keberatan, mak mintak duit RM5 je nak beli beras,” ujar nenek tersebut sewaktu ditemubual di dalam video tersebut.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sedih melihat keadaan nenek tersebut yang hidup serba kesusahan.

Malah, ramai yang ingin menghulurkan bantuan dari segi keperluan makanan, wang ringgit dan ada yang menawarkan diri untuk menjaga nenek tersebut.

“Allahuakhbar…tiba-tiba seb4k. Semoga nenek ni diberikan kesihatan yang sihat. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan amin.”

“Weii dengan aku sekali n4ngis. Semoga dalam jagaan Allah selalu mek. Aku takde mak dah. S3dih sangat tengok video ni.”

“MasyaAllah..Datangkanlah hamba Allah untuk membntu mereka yang macam ni di luar sana ya Allah. Semoga nenek ni dilindungi.”

“Aku tak tahu kenapa, aku suke orang sikap macam ni. Semoga aku dan orang pon boleh jadi macam dia amin.”

“Please help her. I wonder how she survived by herself without anyone. Where’s her family? Where’s her children? May God bless her.”

“Kat mana makcik ni? Sape tahu info, cikna nak tanggung dia sampai dia hembus nafas terakhir dia.”

Sumber:gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *