Uncategorized

Selepas Cerai, Aku Bagi Rumah Dekat My ex , Aku Duduk Hotel Sampai 13 Tahun – Tok Ram

Rancangan TV bual bicara santai Laser Bertemu Laser yang dihoskan pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menjadi trending di laman sosial Twitter, sepanjang siarannya malam tadi (Khamis).

Malam tadi merupakan episod kedua di mana tetamu undangan adalah Maestro Muzik tersohor, Datuk Ramli MS untuk berborak santai dengan Diva AA.

Antara topik yang menarik perhatian ialah apabila Diva AA berjaya mencungkil rahsia Datuk Ramli MS atau Tok Ram yang pernah tinggal di hoteI selama 13 tahun.

Tok Ram berkata, beliau tinggal di hoteI selepas bercrai dengan isteri.

” Aku tinggal di hoteI selama 13 tahun dan tak pernah tutup ‘aircond’ sepanjang tempoh itu.

” Buat apa nak malu? Selepas aku bercrai, aku bagi rumah aku dekat ‘my-ex’, aku keluar bawa baju je aku pergi duduk hoteI.

” Kalau kau bagi pilihan antara rumah dengan hoteI aku pilih duduk hoteI sebab macam bomba mereka datang kalau kita minta apa-apa,” jawab Tok Ram jujur.

Tambah Tok Ram lagi, beliau juga tidak pernah berasa malu dengan tanggapan negatif orang lain terhadap dirinya.

” Kalau pergi rumah orang tak jemput makan…kita makan itu malu. Tapi malu kalau orang mengata, nak tengok kita negatif, I don’t care!,” katanya kepada Diva AA.

Sebelum ini, media dan beberapa portal hiburan terkenal pernah menyiarkan kisah Tok Ram yang tinggal beberapa di hoteI.

Pada sekitar 2011, beliau membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang baru dibelinya selepas beberapa tahun menetap di sebuah hoteI.

Ketika itu Tok Ram berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura.

” Antara sebab saya tinggal di hoteI selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.

” Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang,” katanya.

Tambah Ramli, dia juga akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninya itu.

” Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin buat masa ini.

” Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti,” ” seloroh Tok Ram yang ketika masih belum berkahwin dengan Datin Alyah.

Bercerita tentang hidupnya sepanjang 13 tahun menetap di hoteI, Ramli berkata tiada memori yang indah untuk diingati dek kerana terlalu fokus dengan kerjayanya, tetapi gembira, pekerja hotel sentiasa melayannya dengan baik.

” Memandangkan sudah lama saya tinggal di sini, mereka telah memberi kebebasan untuk saya.

” Bayangkan, mereka turut membenarkan saya memasak di dapur hoteI. Alhamdulillah, saya dilayan dengan baik.” kata Tok Ram.

Sumber:gempak dan mstar

 

Tak Sangka Bekas Isteri Pertama Tok Ram Dijemput Menjadi Juri Jemputan Istimewa Di Konsert GV, Ramai Yang Tak Mengenali Beliau, Bukan Calang Calang Orang

Semalam telah berlangsung minggu keempat program disukai ramai iaitu rancangan nyanyian Gegar Vaganza. Sekarang ni dah masuk musim ke tujuh dah. Juri tetapnya masih sama iaitu the one and only, maestro muzik Dato Ramli MS.

Untuk season baru ini, juri tetap seorang lagi ialah Dato Khadijah Ibrahim dan akan ada seorang juri jemputan pada setiap minggu.

Pada minggu ini, juri jemputan istimewa sedikit iaitu Jennifer Thompson atau lebih mesra di sapa dengan nama Kak Jenn.

Jennifer Thompson merupakan orang kuat di belakang tabir, seorang yang dah lama dalam bidang industry seni ini.

Bukan calang-calang orangnya, Kak Jenn ini merupakan producer untuk rancangan Anugerah Bintang Popular selama 9 tahun dan Anugerah Indutsri Muzik Malaysia selama 15 tahun. Jennifer Thompson juga bekas general manager untuk Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia. Hebat betul.

Dan ramai juga tak tahu, satu lagi trivia yang rare, iaitu Jennifer Thompson ini merupakan bekas isteri pertama Datuk Ramli MS.

Kalau dah ada bekas isteri satu pentas, sudah tentu Nabil dan Jihan akan ada membahan untuk bergurau senda.

Menerusi satu segmen semalam ketika live, ada komen dari Datuk Ramli MS meminta Datuk Kathy, Nabil dan Jihan agar jangan nak jadi batu api, membahan dirinya dan juga bekas isteri, Kak Jenn.

Ketika memberi komen persembahan Oja, Datuk Kathy ada berkata: “Dua-dua kiri kanan ni macam ada bawa diri saje (merujuk kepada Tokram dan Kak Jenn). Orang tengah-tengah ni ha“.

Entah, ada benda ke tadi jadi, masam je kiri kanan tu“. Tambah Jihan Muse pula.

Ini komen balas Tok Ram: “Korang jangan jadi batu api, satu dua tiga ni (merujuk Dato Kathy, Nabil dan Jihan)

Nabil pula mencelah: “Kan tema seram kan Tok, saya takut yang kat rumah tu paling menyeramkan (datin Alyah)“.

Itulah gurau senda yang berlaku secara spontan semalam ketika live. Apapun, Datuk Ramli MS dan Jennifer Thompson memang profesional dan juga sporting malam tadi.

Perkahwinan antara Tok Ram dan juga Jennifer Thompson dilangsungkan pada tahun 1988 dan mereka mempunyai dua orang anak bernama Najee dan juga Nadiah, masing-masing pun kini dah dewasa.

Hubungan Tok Ram dengan anak-anak, Najee dan Nadiah memang amat rapat, namun memang jarang ditampilkan di laman media sosial. Malah Tok Ram pernah berkata dia akan sentiasa berada di sisi anak-anaknya terutama jika ada occasion istimewa seperti sambutan hari lahir, sambutan hari bapa dan perayaan lain.

Sumber: Newstel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *