Uncategorized

“Bang! Bang!Kenali Siapa Sebenarnya Caprice. Patutla Dia Berani Lain Macam

Selain ratu rock negara Ella, Caprice antara individu yang membahasakan dirinya sebagai Caprice dalam kalangan peminat.
Muncul setiap kali timbulnya isu panas di dalam dan luar negara, penyanyi rap yang juga motivator ini tidak lekang daripada menjadi bualan ramai.

“Bang! Bang!” Itu antara tagline wajib setiap kali memuatnaik video di Instagramnya.
Terbaharu, Caprice atau empunya nama sebenar Ariz Ramli, 33, itu menjadi topik sohor kini di media sosial terutama Twitter selepas tular kisahnya bergeser pendapat dengan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew.

Jom intip siapa sebenarnya Caprice dan gaya-gaya semi kasual yang sering dipakainya termasuk ketika tibanya di Kaherah, Mesir beberapa minggu lalu.

#1 Lenglui

Lenglui dan Dem Girls, dua lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris dan pernah dahulu melonjakkan namanya di persada seni suara.
Antara single lain yang pernah dipopularkannya ialah Teman (Valentine Tak Jadi), Fantasy Girls (2009), Tuhan Tolonglah (2010), Chikaro (2012), Wat Lek Wat Peace (2014) dan Baby Sayang (2019) yang turut menampilkan Mira Filzah.

Selain menyanyi, Caprice juga merupakan penceramah motivasi, usahawan, penulis lirik, penerbit rakaman dan pengasas aplikasi pendidikan Classruum di bawah Caprice Technologies.

Malah, Caprice turut membangunkan aplikasi Mengaji.com dan Rajin.com.

Jiwa usahawannya mendorong Caprice menghasilkan beberapa produk lain seperti wangian Rindu Raudah, ‘Choco What Is In The Jar Today’ dan jenama pakaian, Buaya (check sini!).

#2 Curi duit ayah

Berasal dari Negeri Sembilan dan dilahirkan pada 25 Julai 1988.
Caprice pernah mengaku kepada media dia mencuri sejumlah wang bernilai RM300 daripada dompet bapanya dan melarikan diri dari rumah untuk bergelar artis.

“Duit itu untuk makan, minum, nak hidup, nak survive.
“Ibu bapa saya memang tak restu saya jadi artis, lebih baik berkhidmat dalam sektor kerajaan,” kata Caprice.

#3 Mengaji hari Rabu

Merupakan anak seorang diplomat, Caprice dan adik-beradiknya pernah tinggal di Perancis, Jordan dan Algeria sebelum pulang ke tanah air.
“Saya dapat gred bagus dalam peperiksaan, dapat full scholarship. Walau tinggal di luar negara, ibu bapa saya pentingkan ilmu agama.
“Biasanya pada hari Rabu kami akan mengaji di rumah, tapi masa budak-budak saya selalu bagi alasan untuk ponteng,” katanya memetik laporan Nona.

#4 Depresi

Caprice pernah mengulas mengenai masalah depresi dalam kalangan orang ramai khususnya golongan selebriti.
Antara isu yang pernah menarik perhatiannya adalah mengenai pelakon Farid Kamil dan penyanyi Haqiem Rusli.
“Depresi bukan jenaka. Ia isu yang serius saya juga pernah mengalaminya,” kata Caprice.

#5 What is on the news today?

“What’s up gang! What is on the news today?” demikian tagline wajib pembuka video-video ulasannya yang viral di media sosial.
Lebih comel apabila Caprice akan menampilkan figura mainan yang dikumpulnya dalam setiap video yang dirakam. Korang semak koleksi mainan minifigure macam Caprice di sini
Pelbagai isu menjadi perhatian dan ulasannya yang rata-ratanya berjaya membuka mata ramai dan memperbetulkan persepsi yang kurang tepat.
Jadi, boleh dikatakan Caprice punyai pengaruh yang kuat kepada 1.8 juta pengikutnya di Instagram!

#6 Gaya semi kasual & cool

Topi dan kasut sneaker antara aksesori wajib Caprice, malah beberapa gaya formalnya turut dipadankan menjadikan ia lebih santai dan relaks.
Bersut, bertopi dan bersneaker, itu antara gaya wajib Caprice ketika menghadiri kebanyakan acara di dalam dan luar negara. Nak bergaya macam Caprice? Ushar link ni
Malah, potongan rambutnya juga antara yang menjadi buah mulut ramai.

Caprice atau Ariz Ramli merupakan seorang penyanyi yang juga dikenali sebagai penceramah motivasi.

Di laman Instagram, bintang hip hop ini gemar memuat naik rakaman dirinya berkongsi pendapat mengenai isu tular di media sosial.

Beliau yang terkenal dengan lagu-lagu berbahasa Inggeris turut aktif melibatkan diri dalam aktiviti ceramah dan kempen bagi tujuan pendidikan.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Ariz bin Ramli. Menggunakan nama pentas, Caprice.

2. Kelahiran Negeri Sembilan pada 25 Julai 1988. Kini berumur 31 tahun.

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.

4. Bernaung di bawah syarikat rakaman Caprice Records.

5. Namanya mula dikenali umum di muzik arus perdana selepas penerbitan single ‘Lenglui’ dan ‘Dem Girls’.

6. Lain-lain single dipopularkannya seperti Teman (Valentine Tak Jadi) pada 2009, Fantasy Girls (2009), Tuhan Tolonglah (2010), Pilihanku (2010), Thinking of You (2010), Chikaro (2012), Wat Lek Wat Peace (2014), Korang Tak Boleh Blah (2017) dan Baby Sayang (2019).

7. Selain bergelar penyanyi yang memperjuangkan genre muzik hip hop, beliau turut aktif sebagai penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan dan penceramah motivasi.

Fakta Menarik

Cenderung merakamkan lagu-lagu berbahasa Inggeris.
Merupakan pengasas aplikasi Classruum yang berkonsepkan pendidikan, di bawah syarikat Caprice Technologies.

“Di Dunia Kita Boleh Berlakon,”- Ustaz Firdaus Wong Teguh Sokong Caprice

Sekarang ini tengah hangat isu Cparice dan Ustaz Ebit Lew.

Walaupun ramai yang meneyebelahi Ebit, namun pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung nampaknya menyokong Caprice.

Melalui Facebook, Firdaus kata dia tahu Caprice akan tabah dengan rekasi orang selepas kenyataan yang dibuatnya.

“Insya-Allah saya dengan anda. Amar makruf nahi mungkar. Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Munkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan dan memperdayakan manusia akan menjadi penyesalan,” tulisnya.

Firdaus juga ada memuat naik beberapa screenshot yang memaparkan hantaran di IG DAN IG Story Caprice yang mendakwa mahu membongkat apa yang berlaku di Gaza.

Sementara itu Firdaus juga menegaskan dirinya dan NGO Multiracial Reverted Muslims (MRM) berpegang teguh dengan prinsip yang betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa mengira sesiapa.

Isu itu mendapat perlbagai rekasi dari netizen.

Antara komen yang diterima:

“Pada saya ini bukan isu siapa salah siapa betul. Kalau kita terlalu taksub memang tak akan nampak pencerahannya. Lapangkanlah dada untuk menerima. Lagipun, di Gaza itu pun saudara kita juga. Tidakkah kita mahukan yang terbaik untuk kehidupan mereka?”

“Rasanya tak perlu kot sebagai orang agama yang menjadi idola orang ramai untuk terlibat dalam isu yang belum nampak degan jelas. Tiba-tiba dengan yakin terus buat sokongan secara terbuka. Hati-hati.”

Jadi korang team Ebit ke Caprice? -CARI

 

Kredit:limauasamboi.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *