Uncategorized

Firdaus Wong sok0ng Caprice. Tak Sangka ini Yang Dia Cakap

PETALING JAYA – Isu Penyanyi rap dan usahawan, Caprice yang sedang kec0h di media sosial susulan kenyataan yang dilihat seakan tidak berpuas hati dengan seorang pendakwah terkenal semakin rancak apabila Pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung menyatakan sokongannya terhadap Caprice.

Firdaus melalui laman Facebooknya semalam berkata, dia tahu Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, tabah menghadapi reaksi orang ramai susulan kenyataan yang dibuat.

“Insya-Allah saya dengan anda. Amar mak.ruf n.ahi mungk.ar. Di dunia kita boleh berlak0n tetapi bila jumpa Munkar dan Nakir, lak0nan kita di dunia yang mempers0nakan dan memperd4yakan manusia akan menjadi penyes4lan,” katanya.

Firdaus turut memuatnaik beberapa tangkap layar memaparkan hantaran di laman Instagram dan Insta Story Caprice yang mend4kwa mahu memb0ngkar apa yang berlaku ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin yang dilaksanakan oleh seorang pendakwah terkenal baru-baru ini.

Dalam hantaran berbeza, Firdaus turut menegaskan dirinya serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) berpegang teguh dengan prinsip yang betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa mengira sesiapa.

Hantaran tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, antara yang menyokong dan menasihatkan supaya mereka tidak bergaduh mengenai bantuan kepada penduduk negara luar terutama sekali ketika Malaysia sendiri kini berdepan pand3mik c0v1d-19.

“Pada saya ini bukan isu siapa salah siapa betul. Kalau kita terlalu taksub memang tak akan nampak pencerahannya. Lapangkanlah dada untuk menerima. Lagipun, di Gaza itu pun saudara kita juga. Tidakkah kita mahukan yang terbaik untuk kehidupan mereka?,” kata Abdullah Mohd.

“Rasanya tak perlu kot sebagai orang agama yang menjadi idola orang ramai untuk terlibat dalam isu yang belum nampak degan jelas. Tiba-tiba dengan yakin terus buat sokongan secara terbuka. Hati-hati,” kata Burn Abu Bakar.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Caprice mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ebit Lew di laman Instagram selepas mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaannya di Gaza baru-baru ini.

Sehingga kini, Caprice masih berteka-teki mengenai hal sebenar dan memberitahu akan mengadakan sesi ‘Live’ di Instagramnya pada 21 Julai nanti bagi mendedahkan perkara yang berlaku semasa misi kemanusian itu.


 

‘Tetapkan fikiran, rawatlah jiwa luk.a’, Sharnaaz nasihatkan Caprice

PETALING JAYA – Tidak mahu melihat rakyat Malaysia bertelagah sesama sendiri, pelakon Sharnaaz Ahmad menyeru penyanyi dan aktivis Caprice pulang segera ke tanah air bagi menyelesaikan persengketaannya dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL).

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, menerusi InstaStorynya meminta Caprice yang kini berada di Cairo Mesir pulang segera dan mendapatkan rawatan bagi memulihkan jiwanya.

“Kepada Caprice, saya sayang awak sebagai seorang kawan. Pulanglah ke sini dan dapatkan rawatan, kami akan berikan sokongan sepenuhnya.

“Berhenti lakukan semua sekarang, tetapkan fikiran dan rawatlah jiwa yang luka itu. Insya-Allah akan dapat tangani perkara ini dengan lebih baik,” ujar pelakon filem Jebat itu.

Tambah bapa kepada Jebat Jayden itu, dia turut memhon agar persengketaan antara pemilik nama penuh Ariz Ramli dengan pihak UEL dihentikan segera.

“Jangan dan berhentilah berg4duh, malu dengan pihak luar yang melihat rakyat Malaysia bergaduh sesama sendiri.

“Kami di sini mahukan ‘berita apa hari ini’ bukannya ‘apa yang sedang berlaku’,” ujarnya lagi.

Semalam, Sharnaaz turut bersiara langsung bersama Caprice dalam Instagram dan menitipkan nasihat kepada Caprice agar tidak terlalu menghebohkan masalah yang dihadapinya kepada umum.

“Lebih baik selesaikan masalah ini mengikut protokol. Jangan jadi perangai budak-budak dan bergaduh sesama orang Islam,” pesan Sharnaaz kepada Caprice.

Sejak beberapa hari lalu, nama Caprice menjadi bualan hangat netizen selepas dia mended4hkan situasi yang berlaku di Gaza, P4l3stin.

Malah, dia turut mendedahkan UEL telah menyekatnya dalam Instagram serta memberi bayangan bahawa UEL antara punca dia masih tidak dibenarkan masik ke Gaza sheingga hari ini.

Siapa Ebit Lew?

Pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot IsIam Agamaku, siapa sangka Ustaz Ebit Lew yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal IsIam melalui salah seorang gurunya.

Maka bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci IsIam.

Jika anda masih ingat, pemilik nama sebenar Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew pernah terpalit dengan pelbagai pandangan negatif oleh sesetengah pihak, yang sepertinya tidak senang duduk melihat kerja amal yang dilakukan.

Sehinggakan sebelum ini ada pulak beberapa pihak yang cuba melemparkan tudvhan dengan menggunakan isu kereta mewah yang digunakan ustaz Ebit dalam misi bantuannya.

Tidak senang dengan tudvhan yang diIemparkan terhadap ustaz Ebit Lew, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Yusran Yusof telah mendedahkan pendapatan yang dimiliki oleh pendakwah tersebut adalah atas usahanya sendiri.

” Ada golongan-golongan b0d#h yang cakap ustaz Ebit Lew gunakan duit drma orang ramai untuk beli kereta mewah, jangan lah kita jadi bod#h.

” Chanel Youtube Ustaz Ebit Lew pula, view dia lagi banyak dari Youtuber bernama Soloz (gamer terkenal Malaysia) kot.

” Kalau Soloz mampu pakai Mustang dah tentu ustaz Ebit Lew mampu juga pakai alphard. Lagipun ustaz ada perniagaan lain lagi, buku-buku hasil tulisan beliau pun banyak dipasaran. Otak jangan sempit sangat.” tulis beliau.

Dalam pada itu Yusran Yusof turut berkongsi kepada umum berapa pendapatan kasar Ustaz Ebit Lew.

” Jom kita tengok secara kasar pendapatan Ustaz Ebit Lew

” Tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan, ceramah setiap bulan full seluruh negara. page Facebook ada 1.8juta followers.

” Selain itu youtube dah ada 400k subscriber dengan 3k-56k USD (RM12K – RM224K), di mana pendapatan melalui Uoutube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (RM168k- RM2 juta lebih )

” Banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk aset dan keluarga beliau.. ” tulis beliau.

Malah dalam satu perkongsian di Fb, Ebit turut mengakui menceritakan serba sedikit punca pendapatan beliau selepas timbul cakap-cakap belakang mengenai kekayaan beliau.

Kata Ebit Lew, bayaran diterima dari Facebook dan Youtube agak lumayan.

Profil Ebit Lew

Ebit Lew dilahirkan di Muadzam Shah, Pahang pada 21 Disember 1984 dengan nama Lew Yun Pau. Beliau merupakan anak ketiga daripada 11 orang adik beradik.

Beliau memeluk agama IsIam pada usia 12 tahun selepas mengikut rapat mengenai agama itu.

Beliau merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Sebelum itu, beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang.

Ebit Lew juga dikenali dengan beberapa produk perniagaan. Beliau mempunyai syarikat latihan dan motivasi bernama Transform Training & Consultancy dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah.

Selain itu, beliau juga mempunyai jaringan pasar raya Elewsmart yang mula beroperasi pada 18 Julai 2020 dengan pembukaan cawangan pertama di Bandar Baru Bangi.

Beliau juga mengusahakan produk pakaian di bawah jenama Elew’s Design.

Selain itu, beliau juga mengusahakan rangkaian kafe restoran di bawah jenama Paramount Coffee House yang beroperasi di tiga cawangan, Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Shah Alam.

Antara pencapaian diterima Ebit Lew, beliau pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.

Beliau juga merupakan penceramah slot motivasi pagi, Slot IsIam Agamaku, IsIam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM dan Sinar.

Luahan Ebit Lew yang disertakan gambar beliau bersama isteri di hadapan banglo 3 tingkat itu susulan kepada beberapa pihak yang mempersoalkan duit sumbangannya.

Berikut adalah perkongsian Ebit Lew;

Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik.

Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang.

Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia.

Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul.

Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan.

Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.

Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator.

Program korporat teambuilding selama 4 tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya.

Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.

Saya ada 3 restoran Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah.

Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.

Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah.

Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang.

Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak.

Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad.

Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew

 

Ramai artis komen

Perkongsian menarik Ebit Lew itu bukan sahaj mencuri perhatian warganet malah beberapa orang artis terkenal. Antaranya ada Shuib Sepahtu dan Aeril Zafril.

” Allah sayang kita semua, Allah sayang Ebit Liew..” tulis Shuib

” SubahanAllah” tulis Aeril ringkas.

Sekali jiran Ustaz Ebit pun komen

Menariknya jiran kepada Ustaz Ebit Lew turut memberi komen. Katanya, dia berasa bertuah kerana berjiran dengan pendakwah popular itu dan menyifatkan jirannya itu satu dalam sejuta.

” Bertuah saya berjiran dengan ustaz Ebit.. Walaupun Di sebalik pagar belakang rumahnya ..Bila nampak kereta dia keluar dah tahu mesti out station..

” Semoga Dipermudahkan segalanya utk ustaz.. Satu dalam sejuta.. Semoga ramai lagi seperti nya” tulis Shahirman

 

Sumber:FB Yusran Yusof, IG Ebit Lew dan wikipedia/ muzikjalanan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauasamboi.pw/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *