Uncategorized

Selepas mohon pertolongan ramai untuk bayar ikat j4min, terkini Syed Saddiq umum jumlah wang sumbangan yg dia dapat

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melabel Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘drama queen’ selepas Ahli Parlimen Muar itu memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000.

Tunku Ismail memuat naik komen itu di akaun Instagramnya merujuk laporan portal media berkaitan Syed Saddiq memohon simpati bagi membayar ikat jamin sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Menurut komen Tunku Ismail itu, baginda bersimpati dengan rakyat yang dikatakan sentiasa menjadi mangsa permainan politik.

“Drama queen. Kesian Rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa.

“Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah SWT peliharakan rakyat dan negara,” titah Tunku Ismail dalam Instagram miliknya malam tadi.

Terdahulu, Syed Saddiq dalam sesi siaran langsung memohon sumbangan ramai bagi melunaskan ikat jamin serta membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah membabitkan dirinya.

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti, ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.

“Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana Covid-19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati mahkamah dan hakim. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda.

“Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda,” katanya.

Semalam, Syed Saddiq berdepan tuduhan pecah amanah jenayah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bagaimana pun beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Syed Saddiq umum jumlah sumbangan

I owe my life to Malaysia.

24jam. RM715,573.77. 9836 penyumbang.

Thank you. Thank you. Thank you.

I am forever indebted.

I will never stop until we succeed to build a Malaysia for all Malaysians.

A Malaysia where every Malaysian can proudly call HOME.

Our HOME.

Saya tutup fundraising kerana dana untuk bayaran bail/wang jaminan sudah lebih mencukupi.

Petang tadi, ada pakcik datang ke pejabat saya.

Ingatkan nak minta bantuan.

Rupanya nak sumbangkan RM10 ke saya.

I felt like crying.

It’s in moment like this, i am reminded why i joined Politics.

Bukan kerana jawatan atau wang, tetapi untuk membina Malaysia yang maju & bermaruah.

Lagi mereka tekan, lagi saya akan lawan.

No threats. No intimidation. No offers will ever weaken my resolve to put Malaysia1st.

Saya di sini kerana rakyat.

Jatuh bangun di tangan rakyat.

Terima kasih. Saya terhutang budi kepada semua.

 

Pakcik masuk pejabat, beri wang sumbangan dan terus keluar tanpa sikit pun minta balasan.

I owe it to great Malaysians like him.

Terima kasih semua..

.

: trendingsgt

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *