Uncategorized

Peserta Perhimpunan Menunjukkan ‘Jari Tangah’, dan Melakukan Kekecohan, Ini tindakan yg akan diambil terhadap peserta dem0nstrasi yang l4nggar SOP

PESERTA demonstrasi mula berkumpul dipercayai untuk terlibat dalam perhimpunan #Lawan dekat Stesen LRT Masjid Jamek.

Sejumlah individu memakai baju warna hitam dan peserta demonstrasi membawa bendera hitam dilihat berdiri di luar stesen LRT di sepanjang Jalan Tun Perak, sekitar jam 10 pagi Sabtu.

Polis trafik dan anggota polis berpakaian biasa juga dilihat berada di lokasi kejadian.

Polis telah menutup beberapa jalan menghala Dataran Merdeka dan Jalan Tun Perak, dan dilaporkan polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bandar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata demikian terhadap mereka yang merancang untuk menyertai demonstrasi #Lawan yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, pada Sabtu.

Beliau memberi amaran bahawa mereka yang melanggar SOP bakal berdepan tindakan polis.

Azmi dipetik sebagai berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan dan pemberitahuan dari mana-mana jawatankuasa penganjur berhubung perhimpunan itu.

Terkini, peserta demonstrasi mula begerak dari Stesen LRT Masjid Jamek ke Dataran Merdeka

[TERKINI] Kekecohan berlaku ketika peserta demonstrasi berarak [METROTV]

Kuala Lumpur: Tindakan sebahagian individu yang menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan yang keluar barisan ketika berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, di sini, menyebabkan berlaku kekecohan.

Mereka juga dilihat bertindak agresif apabila dilihat melompat semasa melaungkan slogan ‘hidup rakyat’.

Tindakan itu menyebabkan perarakan berkenaan terhenti seketika selepas pihak polis membuat teguran supaya mereka menjaga penjarakan fizikal.

Sebaik memasuki barisan semula, kumpulan berkenaan meneruskan perarakan menuju ke Dataran Merdeka.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut dilihat berada di lokasi perarakan.

Video

Peserta, penganjur #Lawan akan disiasat kerana l4nggar SOP

Pihak polis akan mengambil tindakan terhadap peserta demonstrasi #Lawan yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, peserta dan penganjur tunjuk perasaan tersebut akan disiasat atas dakwaan melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara.

 

Peserta Perhimpunan Menunjukkan 

Covid-19: Malaysia catat 16,840 j4ngkitan baharu

PENULARAN wab4k C0vid-19 di negara ini merekodkan 16,840 kes baharu pada Jumaat.

Ia menjadikan keseluruhan 1,095,486 kes setakat.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 6,092 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 2,114 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 134 kes kem4tian akib4t C0vid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 8,859 kes.

Sehingga hari ini, 12,179 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 902,921 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 1,055 kes p0sitif C0vid-19 kini dir4wat di unit rawat4n rapi (I.CU) dan 532 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Penganjur Akan Dipanggil

Penganjur dan peserta perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan di Dataran Merdeka di sini, hari ini, akan dipanggil polis untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan terhadap pihak terbabit.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebarang perhimpunan dalam apa jua maksud walaupun secara aman tidak dibenarkan.

“Tindakan itu sekali gus melanggar arahan PKP. Susulan itu, tindakan akan diambil selepas ini termasuk memanggil penganjur serta semua pihak yang terbabit,”

Katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, dianggarkan 400 individu menyertai perhimpunan yang diadakan di Jalan Tun Perak, di sini bermula jam 11 pagi tadi.

“Pada asalnya, perhimpunan ini diadakan di Dataran Merdeka, namun kami menghalang kumpulan terbabit daripada memasuki kawasan itu dengan menutup laluan keluar dan masuk ke kawasan berkenaan menyebabkan mereka hanya berarak di luar Dataran Merdeka.

“Kami juga sudah memberi masa secukupnya untuk mereka berkumpul sebelum diarahkan bersurai jam 12.30 tengah hari.

“Proses itu (bersurai) dalam keadaan aman dan tiada sebarang penahanan dibuat,”

Katanya yang memaklumkan 300 pegawai dan anggota polis terbabit dalam penugasan kawalan keselamatan di lokasi perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian dilakukan mendapati semua individu terbabit memakai pelitup muka.

Namun tidak mengamalkan penjarakan fizikal terutama ketika bergerak dalam jumlah yang ramai.

“Kami percaya penganjur perhimpunan berkenaan adalah pihak yang sama terbabit dalam penganjuran perhimpunan sebelum ini.

“Tindakan terhadap pihak yang terbabit dalam perhimpunan ini akan diambil mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penykit Berjngkit 1988 (Akta 342).

“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan sepanjang tempoh PKP kerana tindakan itu akan memudaratkan diri sendiri kerana terdedah dengan jangkitan Cvid-19,” katanya.

Sumber: hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *