Uncategorized

Baru 2 minggu bersalin diceraikan suami, wanita ‘tertekan’ cuba terjun bangunan

Berpantang merupakan tempoh yang sukar bagi si ibu yang baru melahirkan anak memandangkan mereka mengalami perubahan emosi, fizikal dan dalam masa yang sama perlu menjaga bayi baru lahir.

Sokongan dari segi mental dan fizikal daripada suami amat diperlukan pada saat ini agar dapat membantu mereka mengharunginya dengan baik.

Namun begitu, berbeza pula dengan kisah seorang wanita ini yang mengalami gangguan emosi sehingga nekad untuk menamatkan nyawanya dengan cara terjun dari bangunan rumahnya.

Emosi terganggu gara-gara suami

Mujurlah tindakannya ingin terjun bangunan itu sempat dihalang oleh jiran tetangga sebelum pihak bomba datang bagi menenangkan keadaan.