Uncategorized

Akhirnya Tavke Jambu Mengakv Dia DithanP0lis, TampilDedh Cerlta Sebnar

KUALA LUMPUR: Pelawak, Tauke (Jambu) atau Zamatul Amri Zakaria, mengaku ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks, baru-baru ini.

Pelawak berusia 45 tahun itu membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya yang diulang siar isterinya, Nadia Mohd Effendi, petang Sabtu.

“Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, pelawak itu menafikan dia adalah pelawak terkenal ditahan polis Ahad lalu kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani memaklumkan, pelawak berkenaan, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan ketika Ops Pintas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah sekitar pukul 10 pagi.

Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah kereta proton Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon pintar.

Sumber:utusan

Polis Dedahkan Bagaimana S1ndiket Melibatkan Pelawak Popular Itu Membawa Gadis Gadis Untuk ‘Disewa’. Rupanya Ini Cara Licik Mereka

Seorang selebriti lelaki berusia 40-an yang ditahan polis berhubung kegiatan pemerdagangan manusia dipercayai terbabit dengan khidmat se.ks di hotel dengan bayaran melebihi RM1,000 untuk tempoh lapan jam.

Sumber berkata, siasatan polis mendapati artis lelaki terbabit berperanan sebagai ‘penghantar’ pekerja se.ks yang terlebih dahulu ditempah secara dalam talian menggunakan aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis lelaki terbabit mengambil pekerja se.ks itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum membawanya ke sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad lalu.

“Soal siasat terhadap wanita ditahan itu mendakwa dia terbabit dalam kegiatan pela.curan dikendalikan seorang ejen bernama Kevin yang berperanan mempromosikan khidmat se.ks melalui pelbagai aplikasi media sosial.

“Biasanya pelanggan yang berminat diminta mendepositkan wang ke dalam akaun bank diberikan Kevin untuk melanggan pela.cur,” katanya.

Menurutnya, artis lelaki itu yang mendakwa kekasih wanita terbabit berperanan sebagai transporter untuk menghantarnya kepada pelanggan yang menanti di hotel.

“Tangkapan dilakukan bukan secara kebetulan berikutan polis merancang rapi dan mengadakan operasi khas bagi membongkar aktiviti pemerdagangan manusia itu untuk tujuan eksploitasi se.ks.

“Hasil penahanan itu, polis menemui pelbagai barang bukti antaranya telefon pintar, kondom dan wang disyaki hasil kegiatan jenayah itu,” katanya.

Dalam kejadian 10 pagi Ahad lalu, polis menahan artis itu selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi se.ks dalam sekatan jalan raya di Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, susulan tangkapan itu pihaknya berjaya menyelamatkan seorang wanita di sebuah bilik hotel berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Se.ksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

“Mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor,” katanya.

Amran berkata, lelaki itu kini ditahan reman mengikut Se.ksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selain dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang ini,” katanya.

 

Pelawak terkenal terlibat dengan pemerdagang4n manusia, laporan p0lis mula tersebar, tertera nama huruf ‘Z’

Pada petang Selasa, industri hiburan digemparkan dengan isu seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, pada Ahad lalu.

Tauke Nafi Terlibat

Sejak tularnya isu tersebut, pelbagai spekulasi telah berlegar-legar di media sosial mengenai siapakah pelawak yang dimaksudkan. Malah, nama pelawak Tauke turut disebut-sebut sebagai suspek.

Bagaimanapun,seperti yang dilaporkan Harian Metro, Tauke menafikan bahawa dia mempunyai kaitan dengan penangkapan yang dibuat.

Malah isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenayah terbabit dan berada disisinya ketika ini.

“Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu. Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

“Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” katanya kepada portal akhbar tersebut .

Laporan Polis Tersebar

Dalam perkembangan berkaitan, tular pula tangkap layar laporan polis yang tertera sebutan kes serta nama suspek. Dalam laporan tersebut kelihatan nama suspek bermula dengan huruf Z beserta nombor kad pengenalannya bersama.

Turut dinyatakan, polis turut merampas sebuah kereta, 6 bungkusan kondom,wang tunai berjumlah RM600 dan empat telefon bimbit.

Terdahulu, dalam sebuah serbuan pada 10 pagi Ahad, polis telah menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Menurut K3tua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani b3rkata, lelaki b3rusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas oleh Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas melakukan risikan.

Suspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Difahamkan, suspek juga dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan T3mpatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *