Uncategorized

‘Ketika harapan pun4h, berlaku keajaiban sebab doa, Yassin, solat hajat’

PETALING JAYA – Pelawak Shuib percaya, doa-doa, bacaan Yassin dan solat hajat tidak henti-henti daripada semua orang, sama ada dikenali atau tidak telah menjadi antara asbab berlakunya keajaiban Tuhan terhadap perubahan kondisi kesihatan isterinya, Siti Sarah yang sedang kriti kal dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Akui Shuib, ketika segala harapannya seperti sudah punah, Allah menunjukkan jalan keluar buat hatinya yang sedan g runsing melihat realiti memikirkan Siti Sarah yang tidak stabil selepas pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan, petang Jumaat.

“Sekitar pukul 7.45 malam, Sarah punya oksiden turun sampai 69, masa tu saya rasa macam hilang nyawa, kemudian pada pukul 11.10 minit malam, doktor telefon memberitahu keadaan Sarah sangat kritikal.

oksigen dah turun sampai 40, lagilah saya tak tahu nak fikir dan buat apa. Tetapi betullah apabila Allah beri rahmat-Nya kepada hamba yang memerlukan, dengan doa, Yassin dan solat hajat semua, berlaku keajaiban pada pada pukul 2 pagi apabila paras oksigen Sarah naik kepada 77.

Dan, pukul 8 pagi, oksigen pergi ke paras 80 dan paling terkini setakat pukul 6 petang tadi, oksigen dah pergi 85.

“Satu perkembangan yang sangat luar biasa. Keajaiban daripada Allah sebab berkat doa orang ramai termasuk yang membacakan yassin dan melakukan solat hajat untuk kesembuhan Sarah.

Satu per satu, Allah permudahahkan urusan,” kata Shuib, atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37.

Bagaimanapun, Shuib turut memaklumkan bahawa isterinya harus terus berjuang kerana virus Covid-19 sangat jah4t dan pada bila-bila masa, paras oksigen mungkin boleh berubah.

“Cuma doktor beritahu, Covid-19 ini dia punya jah4t apabila pergi paru-paru, ia bersifat dinamik.

Boleh tinggi (oksigen), dan boleh juga turun serendah-rendahnya.

“Saya berharap Sarah boleh kekalkan perkembangan baik sekarang atau terus tinggi paras oksigennya.

Dan, saya harap oksigen tak turun lagi,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas tentang keadaan terkini cahaya matanya, Ayash Arfan, Shuib berkata, semuanya berada dalam kondisi yang semakin baik.

“Baby dah bernafas dengan baik, dah boleh terima oksigen melalui tiup ke paru-parunya.

“Kaki dah boleh menendang dan tangan dah boleh bergerak dan menggenggam.

Cuma buat masa sekarang, dia belum menangis dan mengeluarkan suara. Insya-Allah doakan yang baik-baik,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *