Uncategorized

Bapa Siti Sarah PuIa TampiI Luah Sesuatu, SeIepas Shuib Beritahu Jntung Sarah Lemah

Bapa kepada penyanyi dan selebriti usahawan, Siti Sarah, Raisuddin Hamzah, turut bersedih dan bimbang dengan keadaan anaknya yang kini masih belum sedar dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras sejak semalam.

Menurut pengurus penyanyi tersebut, Nana Mohd Rom, bagaimanapun Raisuddin meminta maaf kerana enggan ditemu bual oleh mana-mana pihak media buat masa ini.

“Kami di pihak pengurusan sedia maklum akan keadaan Raisuddin yang juga tentunya sedang bersedih dengan keadaan anaknya.”

“Dia ada memaklumkan tentang perkara itu kepada kami, tetapi minta semua pihak terutama media untuk menghormati keputusannya enggan ditemu bual buat masa sekarang.”

“Cukuplah anda semua tahu bahawa dia sebagai bapa tentunya teramat sedih dengan keadaan Sarah dan mengharapkan yang sama.”

“Ini agar ada perkembangan yang positif dan mahu menyaksikan Sarah sihat seperti sedia kala,”katanya.

Bapa Sarah Akhirnya Bersuara

Nana berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia petang tadi.

Selain itu, menurut Nana, Raisuddin bagaimanapun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama mendoakan kesembuhan buat anaknya.

Ia termasuk mereka yang melakukan usaha bacaan Yassin buat Sarah sekeluarga.

Terdahulu, penyanyi lagu Semakin itu dilaporkan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditidurkan ekoran oksigen dalam badannya tidak stabil.

Bagaimanapun, menurut suaminya, Shuib Sepahtu menerusi satu hantaran di Instagram tadi, tahap oksigen isterinya meningkat pagi ini berbanding malam semalam.

Noryn sukar lelap mata teringat Siti Sarah

Penyanyi Noryn Aziz mengaku panik hingga sesak nafas apabila mendapat tahu teman baiknya, Siti Sarah Raisuddin terpaksa dipaksa ditidurkan berikutan paras oksigen tidak stabil.

Noryn atau nama sebenar, Norazmahwati Abdul Aziz, 44, berkata, kali terakhir dia berbual dengan Siti Sarah adalah apabila sahabatnya itu disahkan positif COVID-19.

“Noryn risau dengan keadaannya, apatah lagi bila mengenangkan Siti Sarah berbadan dua ketika itu”.

“Paling membuatkan Noryn terkesan apabila diberitahu Siti Sarah terpaksa ditidurkan berikutan paras bacaan oksigen yang rendah dan perlu dibedah untuk melahirkan anak”.

Noryn mengaku sukar melelapkan mata sejak mendapat tahu sahabatnya, Siti Sarah terpaksa ditidurkan berikutan paras oksigen tidak stabil. Foto IG Noryn Aziz

“Tidak dapat hendak bayangkan situasi dihadapi Siti Sarah hingga Noryn diserang panik seperti sesak nafas dan sukar hendak melelapkan mata,” katanya kepada BH Online.

Noryn berkata, tiada apa tiada apa yang diharapkan selain melihat sahabat yang juga rakan seperjuangannya itu sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.

Noryn lega apabila mendapat tahu perkembangan positif Siti Sarah seperti dikongsi suaminya, Shuib Sepahtu di Instagram Stories (IGs), pagi tadi.

“Apabila mendapat tahu paras bacaan oksigen Siti Sarah semakin meningkat dan anak yang dilahirkan stabil, saya lega sangat”.

“Bagaimanapun, Siti Sarah tetap memerlukan doa daripada kita semua untuk terus kuat,” katanya.

Mengimbau persahabatannya dengan Siti Sarah, Noryn berkata, mereka rapat kerana banyak berkongsi minat yang sama.

“Saya kenal Siti Sarah sejak sama-sama menjayakan Konsert Soul Sisters pada 2019”.

Malah, Siti Sarah menjadi tempat rujukan ketika saya mahu menyertai program Gegar Vaganza (GV).

“Kami boleh berbual mengenai apa sahaja termasuk perkara peribadi. Siti Sarah sangat baik dan seorang yang jujur dalam persahabatan…”

“Saya sangat percaya kepadanya,” katanya.

Sumber

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Video

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *