Uncategorized

Eina Azman ‘operate’ leher lagi, mohon doakan sembuh sepenuhnya – “Biopsy sejak 2016 tapi sakit masih tak hilang”

Eina Azman ‘operate’ leher lagi, mohon doakan sembuh sepenuhnya – “Biopsy sejak 2016 tapi sakit masih tak hilang” – Hiburan

HAMPIR seminggu tidak berkongsi sebarang aktiviti di laman sosial, pelakon Datin Paduka Eina Azman mendedahkan dia sebenarnya mengalami masalah kesihatan.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman memberitahu dia baru sahaja menjalani pembedahan di leher di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Selasa.

Enggan mendedahkan butiran lanjut, pelakon berusia 26 tahun itu berkata kesakitannya dialami itu masih tidak hilang biarpun sudah empat kali melakukan pembedahan.

Nama Eina dan suami pernah menjadi sebutan netizen gara-gara menerima vaksin awal.

“Alhamdullilah selepas enam jam saya dah bangun.

Ramai yang WhatsApp dan DM tanya kenapa saya tak ada update apa-apa di Instagram dan masih terlalu ramai yang nak tahu saya sakit apa.

“Sejak akhir-akhir ini saya kurang sihat. Saya dah pernah buat biopsy sebanyak empat kali di leher sejak tahun 2016 sehingga hari ini. Dan sakit saya masih tak hilang,” katanya.

Eina turut memuat naik foto memperlihatkan keadaan terkini selepas menjalani pembedahan.

Harap selepas pembedahan ini, sakit saya akan hilang selamanya.

EINA AZMAN

PELAKON

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut terkejut dengan perkongsian tersebut dan mendoakan agar aktres itu cepat sembuh.

Dalam pada itu, pelakon drama siri The Maid ini berharap pembedahan kali ini merupakan yang terakhir dan penyakitnya akan sembuh sepenuhnya.

“Hari ini saya berjaya buat pembedahan selepas dua tahun sebab biopsy yang saya buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit.

“Harap selepas pembedahan ini, sakit saya akan hilang selamanya… doakan saya,” ujarnya.

Eina dan suami mempunyai sepasang anak kembar.

Untuk rekod, nama Eina pernah menjadi panas apabila didakwa memotong giliran ketika pemberian vaksin di Hospital Raja Permairusi Bainun Ipoh, Perak.

Namun pengarah hospital itu tampil menafikan dakwaan memotong giliran sebaliknya pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Abdullah berdasarkan rujukan doktor pakar.

Eina dan suaminya menerima vaksin pada 25 Mei di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak berdasarkan masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka.

Sumber: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *