Uncategorized

Penjaga Wani Comel terdengar perbualan terakhir arwah dengan kawan baik – “Dia kata kalau Bihah tak ada, dia akan ikut sekali”

Penjaga Wani Comel terdengar perbualan terakhir arwah dengan kawan baik – “Dia kata kalau Bihah tak ada, dia akan ikut sekali” – Hiburan

SELEPAS lima hari disahkan positif Covid-19, gadis obesiti yang dikenali sebagai Wani Comel meninggal dunia kira-kira pukul 9 malam, Rabu.

Lebih memilukan apabila Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira menghembuskan nafas terakhir selepas pemergian rakan baiknya iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah, juga akibat Covid-19.

 

Menurut penjaga kepada arwah Wani iaitu Muhammad Shah Rovinderjit, Wani dijangkiti wabak itu selepas sehari menerima suntikan vaksin dos kedua pada 13 Ogos lalu.

Manakala Nabihah pula disahkan positif selepas empat hari menerima suntikan vaksin dos kedua pada 8 Ogos lalu.

Wani dan rakan baiknya, Nabihah (kiri) meninggal dunia pada hari yang sama.

“Wani meninggal dunia di rumah sekitar pukul 9 malam, semalam (Rabu) manakala Bihah meninggal di Hospital Putrajaya pukul 4 petang hari yang sama.

“Masing-masing hanya jalani kuarantin di rumah saja,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Wani yang berdepan masalah berat badan hampir 300 kilogram terpalit dengan kontroversi bersama Datuk Seri Aliff Syukri apabila mendakwa usahawan kosmetik itu menabur janji manis selain menyediakan kontrak perjanjian berat sebelah.

Allahyarham ditawarkan pembiayaan bagi menjalani pembedahan bariatrik serta mengikatnya sebagai duta produk pelansingan badan.

Terdahulu, berita pemergian mereka dimaklumkan menerusi Instagram @wanicomel20 pada Khamis.

Jenazah arwah kini masih berada di Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala Nabihah pula di Hospital Purjaya.

Sehari sebelum mereka meninggal, ibu Bihah terdengar perbualan mereka berdua di bilik.

MUHAMMAD SHAH ROVINDERJIT

PENJAGA WANI COMEL

Dalam pada itu, Shah Rovinderjit memberitahu ibu kepada Nabihah ada mendengar perbualan mereka berdua sehari sebelum meninggal dunia.

“Sehari sebelum mereka meninggal, ibu Bihah terdengar perbualan mereka berdua di bilik. Bihah kata dekat Wani ‘boleh ke kita ni?’.

“Lepas itu Wani kata dekat Bihah yang mereka kena kuat. Wani ada kata yang kalau Bihah tak ada, dia akan ikut sekali.

“Tak sangka memang mereka berdua pergi bersama pada hari yang sama,” ujarnya.

Sementara itu, Shah Rovinderjit turut berkata dia masih belum memaklumkan ibu kepada Wani mengenai berita sedih itu.

“Buat masa sekarang, saya masih belum maklumkan mak Wani. Sebab mak dia ada masalah jantung. Saya tak sampai hati nak beritahu.

“Saya hanya kata Wani di hospital untuk oksigen. Mungkin petang sikit selepas selesai urusan jenazah, saya akan beritahu,” katanya.

“Semua kenangan sedih, cukuplah di situ sahaja. Saya maafkan dia.” – Aliff Syukri

 

Kredit: mstar

KUALA LUMPUR: Pernah berdepan dakwaan memanipulasi dan memperguna Allahyarham Wani Comel, usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Aliff Syukri bagaimanapun memaafkan dan mahu insiden salah faham antara dia serta Allahyarham tidak diungkit lagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Aliff juga dengan rasa rendah diri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhirnya semalam akibat Covid-19.

“Saya maafkan segala yang berlaku. Mungkin ada hikmah di sebalik insiden tersebut. Semoga Allahyarham di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

“Saya juga mohon, apa yang berlaku antara kami biarlah sampai di situ sahaja. Tidak ada yang mengungkit dan memperbesar isu itu lagi,” katanya.

Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira meninggal dunia semalam ekoran jangkitan Covid-19.

Allahyarham sebelum ini pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas isu berat badannya yang mencecah 300 kilogram (kg) tular di media sosial.

Dia selepas itu tampil membuat pendedahan dirinya dianiaya dan dimanipulasi seorang usahawan terkenal.

 

Shahida Titip Doa Buat Arwh Wani Comel, Beri Pesanan Kepada Pengikut

Berita mengenai pemergian Allahyarhamah Nurul Airawani Nazira atau lebih dikenali sebagai Wani Comel turut mendapat perhatian ramai selebriti dan personaliti terkenal tanah air.

Shahida Dimaklumkan Oleh Pengikut 

Antaranya termasuklah Datin Seri Nur Shahida yang pernah bekerjasama dengan Allahyarhamah suatu ketika dahulu.

Menerusi hantaran di laman Insta-story nya, isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ini mendapat tahu mengenai perkhabaran tersebut setelah salah seorang pengikutnya memaklumkan menerusi kiriman mesej peribadi (DM).

“Baru ada followers DM beritahu Wani Comel telah pergi menemui pencipta-Nya akibat COVID-19. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh..” tulis Shahida

Pesan Jaga Diri 

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan nasyid Solehah ini turut menitipkan pesanan buat orang ramai agar dapat menjaga dan mencegah diri daripada jangkitan COVID-19.

“Kepada semua yang membaca post ini. Jaga lah diri..Covid tidak mengira mangsa..mati itu sungguh dekat dengan kita..” pesannya

Murai.my sebelum ini melaporkan  Wani Comel  meninggal dunia pada jam 9 malam tadi (Rabu) dipercayai akibat jangkitan COVID-19.

Sebelum itu, rakan baiknya  yang juga anak penjaga Wani, Putri Nur Rabiatul Nabibah Binti Riduan terlebih dahulu dijemput Ilahi pada jam 4.40 pagi hari yang sama akibat wabak tersebut.

 

Kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *