Uncategorized

‘Simpanan Dah Nipis Sampai Hutang Sana Sini’ – Jasmin Hamid Tag Nama PM, Ismail Sabri

” Allahuakhbar… Moga Allah permudahkan segala urusan anak seni industry kreatif Malaysia dan kita semua yang sangat terkesan dengan wab4k ini..”

Itu luahan pelakon berkaliber, Jasmin Hamid di Instagram beliau merayu pihak kerajaan agar membenarkan sektor industri seni hiburan dibuka semula.

Jasmin, 47, berkata, tiada perkara lain diharapkan oleh penggiat seni yang semakin terhimpit akibat penutupan industri kreatif sejak penularan COVlD-I9 selain dari mendapat kebenaran segera bagi melakukan aktiviti penggambaran.

” Mohon Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Ismail Sabri dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) beri peluang kepada kami anak seni untuk bekerja semula di Fasa 1, memandangkan banyak sektor sudah di buka semula di Fasa 1.

” Moga di bawah Pentabiran Tan Sri Annuar Musa , dapat berikan nafas baru untuk kami anak seni.

” Ramai yang dah tenat.. Start PKP 3.0 lagi kami dah tak kerja sampai sekarang.. Simpanan dah nipis atau ada yang dah kosong kosong kosong….sampai berhutang sana sini.. Ada yang dah kena halau pun..

” Sampai bila nak kena harapkan bantuan kerajaan dan orang ramai? Sebulan dua, orang boleh tolong.. Lepas tu orang pun meluat dan lari.

” Kami ada kerja tapi masih tak dibenarkan bekerja.

” Macam mana dengan nasib kami yang terkandas shooting di Fasa 1? Shooting outdoor cuma di benarkan di negeri Fasa 2 ke atas sahaja dengan SOP yang sangat ketat.

Tambah Jasmin, kebanyakan penggiat seni sudah lengkap mendapat svntikan vksin dua dos sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan namun masih tidak dapat meneruskan kerja-kerja seni.

” Sedangkan dah ramai di antara kami yang sudah lengkap dos tapi masih tak dapat sambung bekerja di Fasa 1 terutama kerja yang tertangguh.

” Kalau macam ni, lambat la lagi uols nak jumpa Mak Ngah Gayah.. Mau berjalan balik dari lumpuh, baru dapat jumpa balik uols..

” Saya merayu pada pihak atasan.. Pandanglah kami ni.. Ataupun pandanglah mata anak-anak dan mak bapak kami, di bawah tanggungan kami ni.

” Mohon pihak MKN beri SOP baru pada FINAS Malaysia untuk kelulusan kami shooting kembali di Fasa 1.” akhiri Jasmin.

Jangan fikir semua pekerja seni kaya

Sementara itu berdasarkan respon warganet, rata-rata bersetuju dengan Jasmin dengan meminta agar kerajaan tidak menganak tirikan golongan pekerja seni.

Malah pastinya yang paling terkesan sebenarnya pekerja-pekerja yang bekerja di belakang tabir.

” Ya…jangan fikir semua artis-artis nie kaya-kaya belaka..ada juga yang susah..begitu juga denagn krew di sebalik tabir..aduhai..lama juga tiada pendapatan sejak musim COVlD nie..moga urusan kalian dipermudahkan..aminn” tulis Izhar.

Kenali Jasmin Hamid

Pemilik nama sebenar Jasmiah Abdul Hamid yang dilahirkan pada 15 September 1974 ini mula mencipta nama pada era 1990an.

Sehingga kini beliau antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini.

Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik.

Kemuncak kerjaya Jasmin adalah pada tahun 1997 apabila beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997.

Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Permulaan kerjaya Jasmin bermula apabila beliau menyertai pertandingan Dewi Remaja 1990/91 dan layak ke peringkat akhir.

Menerusi pertandingan itulah beliau disambar oleh penerbit Pansha untuk membintangi filem Boss biarpun usianya baru menginjak ke 17 tahun.

Jasmin pernah mendirikan rumahtangga bersama Ian Rashid Macquistan, namun mereka dikatakan telah berpisah pada 4 Februari 2008.

Walaupun masih menyembunyikan status sebenarnya kini, Jasmin berkata kehidupannya masih sama seperti dulu dan bahagia dengan dua orang putera dan seorang puteri hatinya. Mereka adalah Rohana, Lukhman Hakim, dan Ian Haziq.

Rohana dan Lukhman merupakan anak angkat yang dibesarkan Jasmin sejak beliau berusia 20 tahun. Manakala Ian Haziq merupakan anak kandung beliau bersama Ian Rashid.

Sumber: thebolalive/trendingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *