Uncategorized

Video: Tergamak Lelaki ini Lakukan Perbuatan Terkutuuk ini kpd Jemaah Wanita Ketika Mereka Sedang Sujud

Kemelesetan ekonomi semasa pandemik bukan sahaja menyebabkan peningkatan jumlah pengangguran.

Bahkan ia juga mendorong kepada peningkatan kes jnayah.

Statistik juga menunjukkan kes jnayah lebih-lebih lagi melibatkan kes kecvrian adalah lebih daripada 46.7 peratus dan berpotensi meningkat dari masa ke semasa.

Peningkatan kadar jnayah ini turut berkait dengan keadaan masyarakat yang terdesak mencari wang dengan segera sehingga mereka sanggup melakukan aktiviti tersebut.

Beg tangan dicuri ketika solat

Perkara sama juga berlaku baru-baru ini apabila dua jemaah wanita telah menjadi mngsa kecvrian selepas beg tangan mereka dilarikan oleh seorang lelaki ketika sedang solat.

Kejadian dikatakan berlaku di Masjid Jamek Pengadang Baru, Terengganu, ketika jemaah sedang menunaikan solat subuh kira-kira pukul 6.25 pagi.

Berdasarkan rakaman CCTV yang dikongsikan pada laman Facebook Kosmo, suspek yang berbaju hijau muda didapati memasuki ruang solat wanita melalui pintu di sebelah kiri masjid.

Kain dipijak ketika mencvri

Menurut laporan Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Asli Muhammad berkata, kejadian itu disedari salah seorang mngsa selepas suspek memijak kain telekungnya tanpa sengaja.

Menerusi video rakaman itu, mngsa juga dilihat turut mengejar lelaki berkenaan, namun tidak berhasil oleh sebab suspek memecut dengan laju.

“Dia menunggu hingga semua jemaah sujud pada rakaat terakhir sebelum mengambil beg tangan kedua-dua mngsa”

Asli turut menambah, suspek kemudian berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang telah menunggu di luar pagar masjid.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

         

4 tahun tiada sebarang kecurian

Menurut laman Facebook milik Masjid Jamek Pengadang Baru, kejadian itu merupakan kes yang pertama kali berlaku selepas 4 tahun tidak berlaku sebarang kes kecvrian.

Melihat pada gerak-geri suspek, kejadian itu seolah-olah telah lama dirancang kerana mereka dilihat menutup muka muka dan kepala dengan kain.

Mengakhiri hantaran itu, pihak masjid juga menasihati kepada ahli jemaah supaya lebih berhati-hati terutamanya kepada ahli jemaah wanita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang giat dilakukan.

 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Katanya lagi, laporan polis telah dibuat oleh salah seorang mngsa berusia 40-an dan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM800.

Sumber OM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *