Uncategorized

Tervk Di kec4m, Imam Besar Masjid Putra Sekali Lagi Tampil Buat Video Dan Ini Kata2 Beliau

Pada hari Jumaat yang lepas, tular satu video di pintu masuk perkarangan Masjid Putra, Putrajaya apabila sekumpulan orang berkumpul di kawasan tersebut kerana tidak dapat masuk ke dalam masjid untuk solat Jumaat berjemaah kerana kuota telah penuh.

Tidak lama daripada itu, datang sebuah kereta mewah menurunkan seorang VIP dan dua orang yang dipercayai sebagai pengawal kes.elamatan dapat memasuki ke dalam masjid.

Video yang menjadi tular ini mendapat pelbagai reaksi netizen. Disebabkan salah faham ini, pihak Masjid Putra mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas kekhilafan pada pihak mereka serta memberitahu bahawa pengurusan masjid memperuntukkan sebanyak 300 kuota untuk kehadiran berjemaah untuk solat Jumaat.

Berkenaan in.siden yang berlaku, pihak masjid telah menasihatkan para jemaah yang tidak dapat masuk secara baik serta memaklumkan tentang kuota yang telah penuh itu.

Imam Mohon Maaf

Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim dalam satu hantaran video live di Facebooknya menerangkan, memang terdapat kuota sebanyak 10% iaitu 30 orang untuk VIP.

Menurut penjelasannya,kuota 10% itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

“Tuan-tuan kena faham, Masjid Putra adalah masjid kerajaan, duduk di sebelah Jabatan Perdana Menteri. Jadi kita kena bagi kuota sedikit, tak banyak, 10 peratus sahaja. Untuk siapa? Untuk VIP. Jangan marah saya, itu ketetapan.

“Kita nak bagi peluang kepada VIP pengarah dan ke atas. Mereka ini sibuk, kadang-kadang lambat keluar daripada mesyuarat pada hari Jumaat. Jadi kita bagi peluang kepada mereka untuk penuhkan kuota 30 orang, (manakala) 270 kuota untuk jemaah biasa,” katanya.

Imam besar Masjid Putrajaya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di atas reaksi beliau yang dilihat agak keterlaluan dalam satu video secara langsung di facebook beliau berhubung isu peruntukan 10% VIP di masjid tersebut.

“Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan memperbaiki keadaan terutamanya mengenai perlaksanaan SOP khasnya di masjid Putra, Putrajaya.

VIDEO

“Untuk itu saya mengajak semua, khasnya jemaah Masjid Putra untuk kita teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat mahupun solat fardhu serta program-program yang kami anjurkan.

Beliau kemudian membaca ayat Quran, Surah Hud ayat ke 88 yang bermaksud. “Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upaya ku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya selain dari pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali”.

Kenyataan maaf imam besar masjid Putra itu dinaikkan di laman rasmi facebook Masjid Putra malam tadi.

Rata-rata netizan menyambut baik permohonan maaf tersebut

“Anggap je la kejadian nie tuhan nk sedarkan kita.. masjid bukan milik sape2.. x kira la miskin kaya.. sape yg dtg awal, bg je la masuk.. xyah booking2.. hapuskan sistem booking2 tu.. bagus la kalo imam pun dh berlapang dada utk minta maaf dan memaafkan..”

Kuota masjid: ‘Jangan salahkan imam tapi persoalkan menteri’

Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah), Ahmad Awang berkata pihak Masjid Putra di Putrajaya tidak wajar dipersalahkan berhubung isu peruntukan kuota untuk kalangan VIP bagi solat Jumaat.

Sebaliknya, Ahmad Awang berkata, pihak yang sepatutnya dipersoalkan dalam isu terbabit adalah mereka yang bertanggungjawab dalam menyediakan dasar mengenai kapasiti jemaah di masjid.

“Kita tak boleh salahkan imam kerana dia menjalankan kerja dengan betul berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dan kalau kita nak salahkan pihak pentadbiran masjid itu juga, tidak kena.

“Tetapi, kalau nak soal kenapa masjid ini ada kasta-kasta pula, ini kena persoalkan pihak majlis agama atau menterinya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam soal kuota tersebut, Ahmad Awang mempersoalkan kenapa perlu ada had kapasiti bagi jemaah sedangkan hari ini premis seperti pusat membeli belah dibenarkan dibuka tanpa had kapasiti tertentu.

“Soalnya sekarang ini, kenapa hanya 300 orang (dibenarkan masuk masjid) sedangkan keadaan di tempat-tempat awam, seperti panggung wayang, pusat beli belah dan sebagainya tidak dihadkan kemasukan kepada sekian-sekian orang sahaja dalam sehari?” soalnya.

Ahmad berkata demikian mengulas rasa tidak puas hati orang ramai terhadap isu yang tular baru-baru ini membabitkan VIP dan orang awam yang mahu menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di Putrajaya, minggu lalu.

Berdasarkan kepada penjelasan Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim, pihaknya memperuntukkan kuota khusus untuk VIP termasuk pegawai kerajaan berpangkat pengarah dan ke atas – sebanyak 10 peratus – setiap kali sembahyang Jumaat.

Rasa tidak puas hati itu bukan sekadar melibatkan jumlah jemaah yang dibenarkan hadir tetapi turut melibatkan masa seseorang itu tiba di masjid.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata dalam keadaan hari ini yang mana negara mula mencapai imuniti kelompok, pihak pengurusan masjid seharusnya membenarkan lebih ramai jemaah asalkan mereka yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Masjid adalah tempat ibadah dan sudah bertahun orang ramai tidak solat Jumaat, sepatutnya bukan 300 orang (dibenarkan solat). Katalah, masjid itu kapasitinya 5,000 orang dan dari jumlah itu jika dibuat penjarakan fizikal sekali pun boleh menempatkan lebih 1,000 orang. Jadi, daripada 300 orang itu banyak lagi ruang kita boleh berikan.

“Dan kalau itulah perkiraannya, tidak perlu lagilah diberikan kuota kepada pegawai kerajaan semua, kerana (masjid) dah muat.

“Pada saya, pihak pengurusan dan pentadbiran, menteri, timbalan menteri atau mufti perlu ambil perhatian dalam perkara ini. Ini bila orang buat aduan baru dia kata akan siasat,” katanya.

Mengambil contoh di Perak, Ahmad berkata pihak pengurusan masjid di negeri itu tidak menghadkan jumlah kehadiran jemaah sebaliknya mengenakan SOP yang ketat kepada mereka.

“Di Perak, pihak pengurusan masjid membenarkan kapasiti seluas masjid asalkan penjarakan fizikal dipelihara dan memakai pelitup muka, maka orang ramai pun tak adalah kelam kabut sangat nak berebut masuk masjid,” katanya.

Justeru, kata Ahmad kerajaan perlu meneliti semula polisi yang dibuat bagi memudahkan orang ramai dan bukannya merumitkan lagi masalah sedia ada.

“Dalam keadaan sekarang ini, dah banyak orang boleh sembahyang di mana-mana dan kamu boleh benarkan panggung wayang, tempat judi, kedai nombor ekor dibuka semua, tiba-tiba masjid kamu hadkan pula.

“Pembuat polisi kena fikir, jangan timbulkan masalah terlalu (rumit) menyebabkan orang awam susah.

“Jadi, pembuat polisi khususnya menteri dan ahli lembaga yang berkenaan, mereka kena prihatin dengan masalah yang dihadapi orang ramai, orang Islam dan para jemaah yang telah bertahun tidak dapat solat Jumaat dan solat lima waktu,” tambahnya.

Kredit: MG | RK | TTKM / newsallhmi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *