Uncategorized

Ibu Arwh Abam Bocey, Ali Puteh Meninggal Dunia

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ibu Kepada Ali Puteh & Arwah Abam Bocey Meninggal Dunia

Kuala Lumpur: Ibu kepada pelawak, Ali Puteh dan Allahyarham Abam Bocey, Sabariah Arshad dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi, kira-kira jam 11.54 malam di Hospital Selayang.

Memetik laporan Astro Gempak, wakil kepada keluarga Ali berkata, Allahyarhamah telah dimasukkan ke zon kritikal Selasa lalu kerana serangan asma.

Allahyarhamah dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital kerana penyakit tersebut, tahun lalu. Allahyarhamah telah ditidurkan dan terpaksa mendapat bantuan dari alat pernafasan sebelum menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ali dan adik lelakinya dikatakan telah ke hospital untuk urusan membawa pulang jenazah manakala isteri dan kakaknya tinggal di rumah bagi menguruskan keperluan yang sepatutnya.

Rakan-rakan artis turut mengucap takziah kepada Ali sekeluarga, termasuk rakan pelawak, Fad Bocey.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

 

Sumber:gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *