Uncategorized

Mak kluar nangis2 cerita, bapak nmpak je alim, kaki masjid. tp tergamak buat mak mcm 2. Aku harap mak cerrai.

Foto sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Hi, aku Ducati. Perempuan or lelaki, korang teka. Aku anak bongsu, atas aku semua kakak. Kakak aku semua ada masalah penglihatan, Retina Pigmentosa. Kami semua dah berkahwin. Kakak pertama (suami, anak 3 orang) dan ketiga (suami, anak 3 orang) duduk rumah sendiri.

Kakak kedua (suami, anak 3 orang), duduk dengan mentua. Aku dan suami (belum ada rezeki) duduk dengan parents aku. Dah sebulan aku tak duduk rumah parents aku dan mak aku stay rumah kakak aku. Cerita dia start macam ni:

Aku dari kecil (kakak aku semua dah kahwin, masuk Kolej atau asrama), aku dah selalu sangat dah nampak mak bapak aku gaduh. Masa muda, gaduh pasal perempuan lain. Masa makin meningkat umur, gaduh sampai pergi Mahkamah Syariah (aku ada sekali). Sampai dorang dah tua, masih nak naik tangan, tinggi suara maki maki.

Sebelum korang salahkan mak aku, aku defend mak aku. Sebab aku kenal mak aku cemana. Dari muda, aku budak lagi, mak aku jaga semua memang tiptop. Cara mak didik anak memang tiptop. Dari kecik sampai besar. Makan minum rumah, semua tiptop.

Bapak aku balik kerja, air masak pun hidang cawan kaca siap beralas, gosokkan baju semua kira memang best housewife la. Tapi… sekaya kaya bapak aku dulu, gaji besar, kerja manager, barang dapur cukup, nafkah culas. Mak aku tak banyak cakap, redha.

Mak aku sampai jaga anak orang, untuk dapat duit simpan, beli apa dia nak etc. Kita lajukan cerita. Sebabkan aku dan suami duduk dengan mak bapak aku, hujung minggu kitaorang balik rumah mentua aku. So mak bapak aku akan tinggal berdua dekat rumah.

Setiap kali aku balik dari rumah mentua, mak aku akan cerita sampai nangis, apa bapak aku buat. Mak aku dah 60 tahun, bapak aku dah 66tahun.

Bapak aku dah pencen, tapi ada duit pencen seribu lebih. Aku dulu bagi dia setiap bulan RM300 (dia tetapkan bagi RM300 setiap bulan, As bayar hutang RM1500 masa belum kahwin, hutang dah setel aku still bayar) dan kakak aku yang first bagi RM600 (kadang kurang juga). Ikutkan sebulan bapak aku dapat duit pencen, tambah lagi duit dari kitaorang.

 

Mak aku mula cakap, bapak aku tak beli barang dapur untuk masak. Mak aku terpaksa pakai duit dia sendiri (kadang duit yang kitaorang bagi sikit sikit, RM50-100 sebulan). Banyak kali dia minta bapak aku, sampai berdiri lama macam minta sedekah, tapi bapak aku buat tak tahu.

Kadang belikan cucu ayam goreng, mak aku tak cukup RM2, minta bapak aku, bapak aku kata “mana ada duit”. Mak aku push juga suruh bagi lagi RM2. Dia keluarkan dompet dari poket belakang bontot dia, baru keluarkan duit.

So sekarang korang tahu, bapak aku tak belanja barang dapur, tak bagi nafkah. Aku decide untuk tak bagi lagi RM300 dekat bapak aku. Aku cakap aku akan bayar bil api, bil air dan beli barang dapur setiap bulan sebab kitaorang dah duduk situ sekali kan.

So win-win. Aku setelkan semua, cuma duit belanja aku dah tidak ada bagi. Harap pada kakak kakak aku jela bagi dorang. Tapi, ya. Sebab penglihatan kakak aku semua tak okay, semua tak dapat bekerja. Kadang ada juga dorang bagi duit, bila ada duit lebih.

Bapak aku mula tak buat apa apa setiap bulan. Mak aku beli lauk basah, mak aku masak semua, dia orang pertama makan dulu. Dan ye, kadang mak aku sampai kena korek korek lauk ye sebab dia tak tinggalkan untuk orang belakang. Mak aku selalu tepikan lauk tuk aku dengan suami.

Aku cakap, makan je lauk kitaorang. Tapi mak aku still sedih. Dah la penat masak, barang dapur basah beli, dia makan tak ingat orang belakang.

Bapak aku ni, kalau mak aku lambat masak atau tak masak, dia makan luar ye. Makan sorang. Balik tidak ada bawa lauk. Mak aku yang duit takde, tidak ada duit pencen, sarapan kalau beli nasi lemak RM1 pun, dia beli 4-5 bungkus. Ingat orang dekat rumah.

Mulalah start cerita bila lately ni mak aku sakit sendi. Nak buat apa apa kerja dah susah. Aku pula baru keluar ward sebab sakit sendi juga dan lepastu masuk ward lagi sebab gugur.

Memang dedua sakit dan pantang. Dugaan lah kiranya. Aku pantang, mak aku masakkan lauk juga even aku kata tayah, sebab aku beli yang halia serunding tu, makan dengan nasi je dah cukup. Tapi dia masak juga dengan tangan sakit sendi.

Lepas pantang, aku mula duduk rumah mentua. Mak aku dah mula rehat dan kurang masak. Sebab dah duduk berdua dan tangan kaki dia still sakit. Start lah cerita, bapak aku buat kasar dengan mak aku.

Ada sekali tu, mak aku tengah tengok TV, bapak aku amek kain dia, jerut leher mak aku ye. Aku balik sana, bawa mak aku keluar, baru mak aku cerita nangis nangis.

Tak cukup lagi tu, dia pernah tolak mak aku yang tengah sidai baju, sampai jatuh tersungkur mak aku tu. Dah la kaki tangan still sakit. Kena tolak sampai jatuh sungkur. Kau bayangkan. Kes paling baru, sampai mak aku balik rumah kakak aku:

Mak aku guna kereta bapak aku pergi kedai beli sarapan. Itupun belikan juga ye sarapan lebih tuk bapak aku. Lepas balik sarapan, mak aku sapu sapu luar rumah. Tetiba dia dengar pintu pagar rumah berkunci. Dia malas nak layan, dia fikir boleh buka lah pintunya balik kang.

Sekali nak buka, bapak aku kunci rumah tu guna kunci lain. So mak aku dengan penat baru balik baru menyapu, tak dapat masuk rumah.

Mak aku panggil bapak aku bukakan pintu dia nak masuk. Bapak aku tak buka. Dia diri depan pintu tu, cakap macam macam dekat mak aku. Tinggi suara ape semua. Sampai jiran dengar.

Aku dapat tahu mak aku kena kunci dari whatsapp kakak aku. Aku terus whasapp bapak aku, aku cakap buka sebelum aku call polis. Aku block bapak aku lepastu. Kejam? Korang tak tahu apa dia buat dekat mak aku. Don’t judge.

Mak aku kata dia dah buka pintu. Aku suruh mak aku masuk, kunci bilik, packing baju. Aku nak bawa mak aku duduk rumah kakak ketiga aku dulu.

Aku dapatkan izin dari abang ipar aku dulu. Abg ipar aku ok, dia bagi sebab dia selalu keje lewat, mak aku ada at least kakak dan anak anak dia ada teman.

Aku sampai rumah, aku memang tak buka mulut. Aku terus masukkan semua beg mak aku dalam kereta. Mak aku mula nangis dan cerita macam macam.

Kalau korang tanya cemana boleh jadi camni? Meh aku bagitau. Kalau ikut cara aku fikir, bukan masalah dari mak aku. Bukan sebab mak aku tak masak ke, mak aku tak buat kerja ke, etc semua.

Ceritanya, bapak aku ada hutang yang kitaorang anak beranak tatau hutang apa sampai dah pencen ni pun dia buat loan lagi guna card credit.

Pencen ni, buat loan untuk apa? Aku dengan kakak aku bagi duit bebulan sebelum ni. Dengan duit pencen dia, ikutkan cukup sangat tuk buat beli barang dapur ke apa semua. Tapi dia tak beli, mak aku yang beli.

Kitaorang dapat tahu dia ada hutang, aku buat deal, bayarkan bil api bil air and beli barang dapur. STILL, bapak aku takleh bagi mak aku even RM10 pun.

Keluar makan, makan sorang. Kadang makan dengan adik beradiknya, tapi tidak ada bawakan pape untuk mak aku. Apatah lagi nak ajak makan sama. Pelik kan?

Bapak aku ni nampak alim. Jenis pergi masjid surau, solat, baca quran, dengar ceramah dekat phone, pergi selawat tidur sehari dekat tempat tu, tapi isterinya tak diberi nafkah, kasar dengan isteri, maki isteri.

Ada satu part, sory lah aku terabur cerita. Sebab banyak sangat sampai aku lupa. Mak aku biarkan pinggan dekat sinki satu malam tu. Sebab tangannya sakit dan sabun cuci pun dah habis. Lewat malam tu, mak aku tidur dia dengar something depan pintu bilik dia.

Esoknya dia buka pintu, penyapu dekat pintu (kiranya if dia buka pintu, rambut penyapu tu akan kena dekat muka dia) dan pinggan kotor dekat depan pintu bilik mak aku. Aku tengok pinggan tu dalam 5-6pinggan je ya. Itu pinggan hasil dari mak aku memasak ye.

Apa susah sangat kalau tolong basuh? Atau biarkan je dulu dah sabun pun tidak ada kan. Sabun pun bapak aku tidak ada beli. Time ni aku tidak ada rumah. dekat rumah mentua.

Paling aku dah takleh go, sampai aku rasa better mak aku stay dengan kakak aku dulu, bila bapak aku whatsapp mak aku, cakap aku duduk rumah tu free je. Macam kena tikam time tu weh.

Aku bayarkan bil api air, belikan barang dapur. Aku dengan suami bila ada duit lebih, belikan makanan sesedap, bawa pergi sarapan atau lunch. Dia kata aku duduk free je. Aku anak dia, aku kena bayar sewa ke?

Tahu tak, first time aku start setelkan bil api air, aku bayar tunggakan bil api air tu semua cecah RM900 ya. Setiap bulan aku bayar bil api air full tidak ada tunggakan tau. Dia kata semua anak tak kenang budi. Kakak aku tiga tiga sakit mata, tak boleh bekerja.

Banyak lagi, tapi aku taknak cerita lebih lebih. Dia keluar dari bilik master, tinggalkan mak aku sorang sorang berbulan lamanya. Sampai mak aku tidur menangis, kadang baring menangis. (Dah lebih 3tahun tidur bilik asing) Lepastu sekarang dia kata, mak aku benci dia, kunci bilik.

Kalau dah sampai membahayakan mak aku, dah jerut tu. Jerut tu lama tau mak aku cakap. Sampai mak aku takleh nafas baru dia lepaskan. Aku sampai sekarang block dia dekat whatsapp dan call. Aku dah banyak kali cakap elok elok pun tidak ada guna.

Siapa nak mak bapak huru hara kan? Umur dah lanjut. 60 dan 66 tahun. Aku cakap dengan mak aku, baik cerrai. Kitaorang adik beradik boleh jaga mak aku. Dah bertahun rasa tersekat, kena jadi tempat pijak, nak beli baju baru pun susah, pakaian dalam lagi la.

Patut dah pencen, dah tua, boleh pergi sarapan sesama, lunch sesama. Duit pencen ada, tayah hutang apa apa. Mak aku sampai trauma sekarang. 5-6pagi tak boleh tidur sampai miss solat subuh.

Sebab takut bapak aku kacau dia. Takut apa apakan dia. Ada sekali bapak aku nyorok belakang bilik dia. Nasib mak aku alert, dia tolak pintu bilik kuat kuat, then dengar bapak aku sakit. Bapak aku keluar bilik, dia cakap mak aku kena berubat pulak. Peh kelakar betul.

Jangan cakap aku tak pernah defend mak aku. Pernah dorang gaduh depan aku, aku memula diam tapi drah dah panas, bapak aku nak tampar mak aku, aku terus hentak kerusi, jerit, pukul kerusi sampai pecah jam tangan aku. Bapak aku masuk bilik kunci pintu.

Mengamuk dengan orang lain, mak aku kena. Dulu aku selalu jerit, aku cakap beriya cari salah orang ape sume. Isteri tidak ada bagi nafkah, dengan isteri nak berkasar.

Nampak aku biadap, aku tahu. Tapi aku nak jadi kuat, biar aku defend mak aku dengan kakak kakak aku. Aku sorang je mata yang elok tidak ada penyakit tu.

Aku still boleh bekerja. Kalau aku tak kuat, semua takkan kuat juga. Sebab aku tahu kakak kakak akan harapkan aku untuk protect mak aku. Bukan 100% protect, janji mak aku terjaga, apa apa aku ada. Sebab aku pun ada suami.

Aku sekarang dah keluar dari group whatsapp family. Sebab aku mula rasa menyampah bila bapak aku tunjuk baik alim. Tapi aku dan mak aku je tahu apa dia buat dekat mak aku. Kakak aku pun dah mula nampak semua tu.

Aku tak tahu nak buat apa. Aku rasa marah, nak hangin dekat bapak aku, aku dah malas. Tak jalan pun. Memang aku tidak ada cakap apa apa.

Ikutkan aku suruh mak aku cerrai je. Mak aku pun takleh hadap tau. Sampai dah jerut leher mak aku, tinggi suara semua. Depan orang, bapak aku nampak alim, baik je. Tapi belakang, habis semua mak aku kena.

Bila cerita dekat orang, orang tak percaya bapak aku macam tu. Aku mula tak cerita dekat orang, bila orang judge mak aku. Katanya sebab mak aku tak masak lah, apelah.

Duit beli barang dapur bapak aku bagi? Bapak aku makan dulu sampai mak aku nak makan pun kena korek kuah tau sebab tinggal sipi sipi je.

Aku kesian dekat mak aku, aku suggest cerrai, sebab mak aku deserve untuk happy sebelum tiba masa dia. Dia deserve untuk keluar sana sini, berjalan. Dia deserve untuk rehatkan diri, buat macam macam aktiviti. Instead, seumur hidup dia kena duduk dapur masak takleh keluar etc.

Kenapa eh? Lelaki rasa perempuan kena buat semua ni. Dah la lahirkan anak sampai koyak semua, kena jahit. Lepastu perempuan penat, tak terlarat buat tu buat ni, nak rehat, kau suruh jadi robot juga. Lagi lagi dah tua ni.

Sebelum judge, aku if tak duduk rumah mentua, aku duduk sana tolong mak aku masak, kadang aku masakkan. If aku keje, memang aku tak masak. Makan petang je aku akan buat something atau beli something.

Aku rasa tak fair, mak aku kena rasa semua ni masa umur 60 tahun. Don’t judge, sebab tu aku suggest mak aku cerrai. Jangan jadi tempat pijak lelaki. Sebab kita ni perempuan, mentang tak kerja, tidak ada duit, boleh jadi tempat alas kaki lelaki, tempat lepaskan amarah atau nfsu.

Aku tak suka. Korang suka? Bagi pendapat.

Reaksi Warganet

Lisa Hashbrown –
Jangan bercerrai, rugi mak ko nanti takkan dapat pencen ayah ko. Harap harap ayah ko mati dulu, dan duit pencen 100% dapat kat mak..

Tapi pastikan mak duduk dengn anak anak, gntung tak bertali je ayah ko tu. Duit bagi kat mak 100%. Ayah ko jangan bagi apa apa. Bagi dia rasa nikmat kejap je pencen tu..hahah

Aida Joseph –
Ketika saya ke mahkamah syariah berbelas tahun lepas berkenaan urusan wali, ada satu family ini, dah tua kedua dua parents. Saya rasa sudah lewat 70+. Dalam proses bercerrai.

Anak anak semua datang support mak. Atas nasihat anak anak, mak setuju untuk bercerrai. Walaupun pada usia lewat 70+ bapa mereka tetap baran, tak berubah. Rupanya di luar mahkamah (sebab saya di dalam), suami nak juga pukul isteri dengan tongkat depan anak anak. Kecoh di mahkamah ketika itu.

Saya tak pastilah jika mereka bercerrai atau tidak, yang pasti dah umur itu, pakai tongkat pun tetap nak pukul isteri. Dan depan public dan anak2. Dan dr cerita TT, sy tidak rasa bapa akan berubah. Kuatkan lah hati mak untuk berpisah. Semoga dipermudahkan.

Azie Azem –
Orang macam tu dia rasa dia sihat seumur hidup, takkan sakit sampai nak makan pon tak larat, ni cadangan saya :

1)curi kad pencen ayah, bawak lari, dalam tu ada nama ibu sebagai isteri, percayalah, dia takkan larat pegi putrajaya sorang sorang nak buat kad baru

2)buat report polis mengatakan ayah serang ibu dengan bukti, kalau boleh bergambar

3)awak pindah rumah lain

4)pindahkan mak duduk dengan kakak yg paling jauh atau gilir gilir, atau paling bagus carikan rumah orang tua tua yg mahal sikit, supaya mak tak rasa bosan,boleh belajar agama,dan boleh bersosial, dah lama sangat dia jadi hamba ayah

5)ko tinggalkan je bapak ko tu sorang sorang dan ajak semua kakak keluar dari wasap group, kalau ikutkan pencen dia, dia takkan mati kebulur selagi dia boleh berjalan

6)pesan kat ibu jangan mintak cerrai

Memang nampak kejam dan boleh mengundang kecaman sedara mara, tapi kena kuatkan hati demi keselamatan ibu Good luck. Sumber – Ducati (Bukan nama sebenar) via IIUM

 

 

Kredit: bacakami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *