Uncategorized

Menari TikTok Sampai Suami Sendiri GeIeng KepaIa, Ain Edruce Ditegvr Netizen

Pelakon dan pengacara tinggi lampai, Ain Edruce, memang tidak boleh dipisahkan dengan aplikasi TikTok.

Mana tidaknya, sebelum melahirkan anak perempuannya, Soraya, Ain sempat memuat naik sebuah video sebagai perkongsian kepada pengikutnya yang sentiasa memberi sokongan.

Terbaru, Ain, 30, ada berkongsi rakaman video dia sedang menari untuk kandungan (content) TikTok.

Mengenakan pakaian berwarna hitam beserta seluar legging, Ain kelihatan bersemangat dengan mimik mukanya.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Turut sama kelihatan adalah suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa yang sedang menguruskan Soraya.

Amirul yang berada di belakang Ain hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan isteri tercinta.

Sampai Geleng Kepala Suami Dia

              

Bagaimanapun, video itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Rata-rata warganet menasihati pelakon drama Kekasih Paksa Rela agar menitikberatkan penjagaan aurat dan maruah suaminya.

Di samping itu, ada juga segelintir netizen yang menegur supaya Ain mengubah diri memandangkan statusnya sekarang sebagai seorang isteri dan ibu.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 4.5 juta tontonan dan hampir 4,000 komen.

 

Terdahulu, hanya dengan sekali lafaz, pengacara itu selamat diijabkabulkan bersama pasangannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Soraya pada 19 Mei lalu di pusat perubatan swasta.

Sumber: TikTok @ainedruce91

 

Kredit: lamanmaya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *