Uncategorized

Ofis tak sampai 15min,tapi subuh suami da keluar,mlm tu suami luah lps 53 hari tak balik rumah

Assalamualaikum semua. Nama aku nana (bukan nama sebenar), umur lewat 20an. Aku sengaja try hantar ni, kalau lepas, alhamdulilah. Kalau tak, takpe lah. At least admin baca sudah lah, takde la aku kecewa sangat, hahaha.

Aku dah kahwin. Dah cerai, dah rujuk. Dan bakal diceraikan lagi sekali. Kalau nak tanya apa aku rasa sekarang ni? Taktahu nak rasa apa dah. Kosong.

Kami kahwin, suka sama suka. Kami bercinta sebelum kahwin. Tapi tak lama. Dalam beberapa bulan je. Then terus kahwin. Everything was so smooth, so dalam hati aku ‘oh maybe he’s the one’. Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari. Dan aku tak ada payung. Nice.

Kami was so fine masa awal2 kahwin. Kalau dalam instagram pun, member2 taklarat comment bersemut manjang. Tapi benda tu tak lama. Makin hari aku rasa husband aku makin hilang. Dia dengan aku tapi jiwa dia entah kemana.

So secara typicalnya, a wife akan ada instinct something is not right ni. Rasa tak sedap satu macam. Start dari tu, aku dah start ajak dia bincang. Selalu2 tanya, ada masalah ke? Ada someone else ke? Ada buat salah ke? Ada dengar apa2 dari sesiapa ke? Tapi semua soalan aku, dibiarkan sepi.

Taknak bincang lansung. Start aku tanya soalan macam2. Dia start pergi kerja sesubuh subuh dan balik lewat malam. Padahal dia kerja office hour. Dan tempat kerja dia just 15mins away from our home. Dan benda tu pun berlalu beberapa bulan, aku makan hati berulam jantung, dia tetap takde perasaan.

Aku start minta tolong masa ni. Minta tolong Allah sangat2. Hari2 aku doa & sedekahkan dia alfatihah, supaya lembut hati. Something is not right, tapi dia taknak lansung berbincang. Dan alhamdulilah, allah dengar doa aku. Allah lembutkan hati dia. One day, dia nak berbincang.

Aku cuba untuk cool dan cakap ‘if you’re with someone else, just let me know okay?’ ‘It’s okay untuk jujur, i promise i takkan marah’ then there you go. Dia pun start confession dia dengan ‘yes i am, hati i ada pada someone else, you kenal dia, i dah tidur dengan dia.’

Gelap. Rabak. Banjir. Hancur berkecai. Masa aku taip ni pun sebak gila, walhal benda tu dah lama. Masih terngiang ngiang tiap2 patah yang dia ucap malam tu. Allahuakbar lembik lutut aku masa tu.

 

Tapi aku try kuat (dan bodoh) untuk marriage aku, aku cakap ‘it’s okay, cari Allah. We can fix this together’. Sekali lagi aku hancur, dia refuse. Dia cakap dia nak berpisah je, sebab rasa kotor sangat.

To make story short. Dia ceraikan aku di mahkamah January haritu. Dalam keadaan aku sayang sangat pada dia. Aku dah try hulurkan peluang kedua, ditolaknya mentah2. Alah jebon.

Dalam tempoh iddah. Takde kata maaf. Takde pujuk rayu. Takde bersua muka untuk bincang. Dia jumpa family aku pun, senyum2 je. Macam tak salah apa. Pelik tapi benar. Takde common sense.

Tapi masa seminggu lagi nak habis iddah, dia rujuk aku thru phone call. Aku macam nak bantai maki je time tu. Sebab sorry takde, pujuk takde, tetiba kau rujuk? Eh ingat aku tiang letrik? Tapi dalam keadaan aku sayang lagi kat dia dan tu memang apa yg sebenarnya aku harapkan dari dia. Aku happy, aku bersyukur sangat2 malam tu.

Sayang seribu kali sayang. Rujuk pun main2 je kot. Dia rujuk tapi tak jejak2 kaki kat rumah (sebelum kami berpisah, dia keluar menyewa kat luar dengan alasan ‘i need space’. Walhal dia berseronok acah2 bujang kat luar). Selepas 53 hari lepas rujuk, baru balik rumah.

Macam2 alasan dia bagi bila aku tanya bila nak balik. Last2 dia bantai ayat ni kat aku ‘you kalau paksa i, you takkan dapat i’ dah buat apa jadi laki banglong, kalau tak reti balik jaga bini kat rumah? Kenapa lah ada orang celaka macam ni wujud?

Lepas dia balik rumah 6 hari, dia pergi tinggalkan aku sendiri lagi. Dia balik rumah parents dia dengan alasan nak balik beraya. Dia keluar rumah lagi sekali, tinggalkan aku masa aku pergi kerja. Without saying anything. Time tu aku dah start rasa, dia ni buang masa. Dia ni gila. I’m done with your game, dude. Raya pun takde fikir, takde tanya, aku raya macam mana, aku raya kat mana. Dia enjoy raya macam orang bujang, macam takde apa2 berlaku. Gila.

Start raya lah, aku mula buka mata. Aku mula sedar. Aku mula fikir diri sendiri. Aku tawar hati. Aku mula susun satu satu hidup aku. Aku mula bangun untuk diri aku. Aku cuba selamatkan diri aku. Aku cuba rawat diri aku. Aku start tolong diri aku.

Aku start balik semua dari zero. Alhamdulilah sekarang aku lebih tenang. Aku dah boleh senyum dalam perit. Aku korban segala gala untuk dapatkan balik diri aku. Aku dapat restu parents & family aku. Aku try dapatkan balik apa yang aku hilang sejak kenal dia.

Aku masih berusaha dapatkan balik diri aku, doakan aku. Masih panjang perjalanan aku. Aku jalan terus, taknak pandang belakang lagi. Doakan aku berjaya dunia & akhirat, doakan urusan aku & dia dipermudahkan, sebab dah tiada lagi rasa cinta.

Pesanan dari aku buat semua;

-Takde siapa boleh tolong kita, Allah je boleh tolong. Mintak kat Allah

-Aku yakin the power of doa. Aku doa, dapat. Aku doa, dapat. Allahuakbar, Allah Maha Besar

-Jadilah lelaki yang bertanggungjawab dengan apa yg awak buat

-Kalau dah kahwin, takyah acah2 solo. Kalau betul nak poligami, belajar bagi habis. Then silakan

-Kahwin cerai bukan benda remeh. Fikir betul2. Jangan tunggang agama

-Once a cheater, dia akan temberang lagi takyah tunggu, sila chaw derrrr

-Perempuan, nak taat boleh, jangan bodoh macam aku.

-Solo ke dah kahwin ke, takyah la eh kacau marriage orang, okay?

-Dear ladies, sebelum kahwin, shop around dulu okay? ‘Perempuan yang paling malang adalah perempuan yang salah pilih suami’.

– Nana

 

Kredit: ceritaohsem

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *