Uncategorized

Tgh tido, isteri terajang aku sbb xsidai bju dia. Aku msak, isteri men henfon. Ats motor, aku nangis sorg2

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku nak cerita kisah hidup aku dan aku nak minta pandangan kalian semua.

Aku seorang suami dan seorang ayah. Perkahwinan yang aku harapkan indah pada mulanya berubah bagaikan aku tidak layak untuk merasa manis alam perkahwinan.

Usia perkahwinan aku baru berusia 1 tahun 11 bulan. Isteri aku muda 7 tahun dari aku.

Pada awal perkenalan dengan isteri aku, tidak nampak mana kurangnya dia. Dengan layanan dia untuk aku dah keluarga aku.

Isteri aku cantik, rajin, sopan dan manis senyumnya. Tapi itu laa orang kata selagi belum menjadi suami isteri kita tak akan tahu perangai dia yang sebenar.

Kisah bermula lepas 2 3 bulan perkahwinan, aku duduk dengan keluarga mertua atas desakkan isteri. Di rumah mertua baru aku nampak perangai isteri aku.

 

Seorang yang rajin, manis, sopan berubah 360 darjah jadi seorang pemaki pemalas pengotor dan aku ambil keputusan untuk menyewa rumah lain supaya aku tidak gagal mendidik isteri aku.

Setelah berpindah aku tak nampak isteri aku kemas rumah, memasak kira dari A – Z memang dia tak buat apa apa.

Aku tegur kenapa tak tolong kemas sikit sikit dia hanya balas, “kerja rumah dan memasak kerja suami, bukan tugas isteri”

Aku terdiam kejap, dari situ aku dapat baca isteri aku bagaimana orangnya.

Oleh sebab dirinya yang pemalas dan tak ada sikap tolak ansur semua kerja rumah aku yang uruskan termasuk memasak. Isteri tengok dan main handphone.

Pernah laa sekali dua aku test tak basuh baju 2 3 hari. Baju baju tu tetap tak bergerak dan dia tak nak bantu basuh lansung belum masuk bab pinggan mangkok dalam singki lagi.

Aku balik kerja malam sebelum tido basuh baju sidai baju, settlekan dapur.

Pernah sekali isteri aku terajang waktu aku tido disebabkan dia pikir aku tak basuh baju dan tak sidai sebab takut baju yang dia suka bertaik lalat.

Korang boleh bayang tak apa perasaan aku masa tu, penat kerja balik uruskan rumah lepas tu tido kena terajang.

Aku muhasabah diri dan nasihat kan dia agar berubah tapi semua sia sia. Aku teringin nak dapat layanan sebagai seorang suami tapi hmm..

 

Maki hamun dan bergaduh tu semua dah jadi makanan aku tiap hari. Sedih laa hidup aku. Kat mananya salah lagi dalam rumahtangga.

Duit nafkah RM600 aku bagi tiap bulan, itu belum masuk untuk barang rumah bil air, elektrik, sewa rumah, bayar kereta dan anak. Semua tu aku tanggung sorang dan ayat dia “itu tanggungjawab aku”.

Gaji aku tak besar pun RM1800 sebabkan semua aku kena tanggung aku terpaksa buat kerja sambilan untuk menampung hidup kami sekeluarga.

Kadang aku menangis sorang sorang atas moto kenapa perkahwinan aku tak macam orang lain. Dapat isteri baran, kaki hamun pengotor.

Andai dulu aku tak ego dan tak tinggalkan seseorang perempuan 1 dalam sejuta yang boleh susah senang dengan aku, yang tak berkira dengan aku.

Aku rasa ini kifarah sebab dosa. Maafkan aku wahai mantanku..

Dengan keluarga aku pun isteri aku tak suka, aku dengan isteri akan bergaduh bila aku ajak balik ke rumah mak aku.

Aku kerap mengadu tentang rumah tangga aku pada mak aku dan ayat aku yang akan diulang “tak tahu sampai bila rumahtangga ni dapat bertahan”.

Mak aku hanya mendengar dan dia suruh aku bersabar, katanya dia tak mahu masuk campur. Senyum, menangis aku hanya dekat mak saja yang aku luahkan untuk hilangkan rasa beban di dada.

Aku nak minta korang doakan aku kuat untuk hadapi dugaan rumahtangga ni. Mintak maaf jugak ayat aku berterabur dan cerita aku panjang.

Reaksi Warganet

M Khairulsyah Hamdan –
Saya dapat bayangkan kalau sifat ini diterbalikkan kepada si Suami. Sure berbakul komen komen pedas dan berbaur ancaman kepada si suami.

Tapi episod kali ni adalah perangai neraka sang Isteri. Jadi komen komen dari kaum Hawa berbentuk lebih lembut, positive vibes, memujuk dan sopan.

Jauh bebenor beza komen kalau yang bersalah itu Sang Suami. Prejudice is always in our DNA

Nur Hidayah Abu Bakar –
Ikut didikan Nabi. Asingkan tempat tidur dengan dia, bagi cold shoulder, diam, jangan cakap apa apa dan cuma pesan satu je pada dia, Abang dah jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna, t
api tak redha dengan perbuatan kamu yang kurang hormat. Mulai hari ini, abang akan pisahkan tempat tidur kita, dan kamu fikirkan. Jika kamu tak bahagia dan tak suka dalam perkahwinan ini, kita pergi mahkamah.

Syazrah Mat Kail –
Ermmm kena terajang dengan isteri?

Simpati giila kat kamu. Perkahwinan tu perkongsian, hargailah selagi ada, bincanglah elok elok. Orang putih cakap soulmate / other half / complete each other.

Terus terang rindu pada aruwah suami sebab banyak menolong dalam mengurusan rumahtangga walaupun kita ni tak bekerja.

Lepas makan malam tolong basuh pinggan, rumah bersepah kalau dia balik kerja aruwah tolong vacuum dan mop. Hari off aruwah mesti tolong basuh dan sidai kain. Masing masing tak lekang ucap terima kasih kerana membantu.

Bincanglah dahulu…

 

Nora Eqin –
1. Pergi bawa isteri ke hospital check thyroid. Kalau thyroid problem, nanti doktor akan bantu dan terangkan. Boleh cari dan baca sikit perangai orang ada thyroid ni macam mana.

2. Kalau thyroid takde masalah, pergi hospital juga check dgn psychiatry. Takut ada masalah bahagian tu.

3. Kalau 2 tu takde masalah, rasa nak cuba rawatan alternative cuba la.

4. Cuba tanya apa masalah dia.

5. Kalau semua nya takde masalah, semua nya okay, so memang perangai dia macam tu la kot. Huhu

Ros Rossy –
Aku nak nasihat cmne ek??

Bila aku fikirkan apa ex laki aku buat ke aku dulu, memang aku nak kata ke tt ni : “memang patut ko buat semua keje umah tu. Sebab kalo ko dapat bini yang sume bini buat, idup ko jadi mudah sangat sangat. Ko akn rasa tanggungjawab sebagai suami mudah. And then ko akan banyak masa untuk menyundal sana sini.”

* ni ayat geram aku la sebab aku ngan ex aku dulu sume benda aku buat. Nafkah duit bulan bulan tak bagi. Belanja umah bahagi dua. Duit keta altis dia aku topap.

Tapi disebabkan banyak benda aku telah tolong senangkan dia, dia amik mudah sangat. Rasa ringan banyak. Sebab tu banyak masa pi menggatal ngorat betina sana sini.

Tapi kalo ayat kesian pulak aku nak kata, ko memang suami terbaik lah TT. Meh la jadi laki aku. Kita sama sama buat keje umah. Sama sama senang, sama sama susah. Sama sama jalan jalan cari makan. Sama sama merayap sana sini. And sama sama menuju ke Syurga Abadi. Haaaaa gitewwww.

Apa pun, aku nak nasihatkan kat TT selalulah solat taubat, solat hajat. Dan kalo mampu, bangunlah tahajud. Mintak sungguh sungguh pada Allah. Sebab semua yang berlaku adalah kehendak Dia dan bersebab.

Maybe sekarg ko tak nampak apa sebabnya. Tapi kalo ko betul betul berserah pada Allah, ko akan nampak jalannye.

Cayokkkk tt…

Sumber – Amsyar (Bukan nama sebenar) via IIUMC

 

Sumber:edisimedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *