Uncategorized

Abam Uniform ini Telah Didakwa Berjaya Menodai Berpuluh Gadis Hanya Berbekal Ayat Manis dan H

 

Wanita mana tidak ‘cair’ sekiranya kekasih sering memberikan ayat-ayat manis, apatah lagi daripada lelaki beruniform yang sinonim dengan perwatakan gagah.

Jauh di sudut hati, rupanya romantis ketika bercinta.

Bagi seorang gadis ini, dia mengakui ‘termakan’ dengan kata-kata manis bekas kekasihnya.

Ini apabila mendakwa anggota tentera tersebut tergamak berlaku curang dengan ramai wanita lain.

Menerusi satu video di aplikasi TikTok, @afishanadhilla memuat naik beberapa keping foto lelaki berkenaan.

Dia juga telah melakukan kompilasi mesej beberapa wanita yang mendakwa menjadi ‘mangsa’ curang dalam perhubungan cinta.

      

“Saya kongsi bukan nak mengaibkan tapi sebagai keselamatan bersama,” tulisnya yang turut meletakkan tanda pagar #abangaskar di ruangan kapsyen.

Berdasarkan video berdurasi 20 saat itu, @afishanadhilla menasihati kaum wanita supaya tidak menjadi ‘mangsa’ seterusnya.

Selain tidak mudah ‘tergoda’ dengan ungkapan manis seorang lelaki.

“Girls sila kenal muka ni, jangan jadi mangsa seterusnya. Ramai perempuan jadi mangsa ayat manis dia.

Masa (bercinta) dengan i, bukan seorang dua dia curang belakang, tapi ramai weh.

“Dia punya la suruh you setia. Tapi apa you dapat? Ni semua (paparan skrin mesej) girls yang jadi mangsa dia okay,” tulis gadis terbabit.

Selain menerima 1.3 juta tontonan, video tersebut turut mendapat perkongsian lebih 3,000 kali dan 8,400 komen dalam kalangan warganet tidak kira daripada golongan wanita mahupun lelaki.

Rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap ‘mangsa’ yang disifatkan mudah jatuh cinta dengan lelaki yang membawa imej uniform tanpa ‘menyelidik’ latar belakang seseorang sebelum bercinta.

Malah, seorang gadis turut mendakwa hampir menjadi ‘mangsa’ lelaki terbabit namun bersyukur tidak terjebak dalam perhubungan tersebut.

Bagaimanapun, terdapat juga warganet meminta orang ramai tidak menyalahkan lelaki berkenaan dan mendengar cerita sebelah pihak sahaja kerana bimbang sekiranya berlaku fitnah semata-mata.

Sumber: TikTok @afishanadhilla

Kredit: nalurigadis

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *