Uncategorized

“Jatuhnya talak sbb mulut mertua”. Melopong mertua bila tahu semua harta milik sy. Hanya 8 bulan, sy ‘pulangkan’ semula anaknya.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada emak mertuaku H.. Ini coretan hatiku selepas anak lelakimu menjatuhkan talaknya dan sempena hari penghabisan Iddahku.

Emak,

Emak memang emak yang cukup sayangkan anak dan tidak boleh melihat kesusahan anak walaupun sekelumit pun.

Memang saya bukan menantu pilihan, berdasarkan saya tidak bekerja tetap dan emak tidak tahu yang bekas menantumu ini adalah lulusan master di UK.

Ya, saya tidak menghebohkan kepada sesiapa kerana bagi saya sijil ini tidak perlu dihebahkan dan menjadi ukuran sebagai calon menantu.

Bila kali pertama kita bertentang mata, ayat pertama emak adalah apakah pekerjaanku. Saya hanya menyatakan saya bekerja sendiri disamping menjadi guru tusyen part time.

Belum habis mukadimah, emak terus menarik muka dihadapan saya. Ya, anak emak itu bekerja kerajaan, sebagai pembantu perubatan. Dengan mudahnya emak luncurkan ayat, “paling tidakpun carilah jururawat” di depanku pada pertemuan pertama kita.

Emak, emak tahu tak selepas itu saya membawa diri jauh dari anak emak. Bukan kerana rajuk, tetapi saya tidak ingin perkahwinan yang mendapat restu terpaksa dari emak mertua.

Kerana anak emak itu masih mencari saya, menagih cinta sehingga masuk hospital akibat depresi, saya membuat solat istikarah dan dialah yang saya nampak sebagai jodoh saya.

Oleh itu saya menerima dia dengan harapan yang satu hari nanti emak akan menerima saya. Emak, memang dia anak emak, tetapi hanya pasangan hidup yang lebih mengetahui dari hujung rambut hingga hujung kaki sang suami.

Emak mengatakan yang anak emak ini bekerja kuat dan mempersoalkan saya kenapa tidak minta kerja gomen. Tapi emak tidak tahu, pusat tusyen yang saya katakan saya bekerja part time guru itu adalah milik saya.

Rumah yang anak emak duduk itu rumah saya, kereta yang anak emak bawa emak pergi jalan jalan itu adalah kereta saya.

Ya, saya halang dia untuk berterus terang kerana maruah suami saya perlu jaga. Lagipun pasti emak rasa janggal sekiranya emak bertandang ke rumah menantu, bukan rumah anak emak sendiri.

Saya sayangkan emak, dan saya sayangkan suami waktu itu. Setiap kali emak datang, ada sahaja tidak kena.

Emak tengking saya bila saya ingin renovate rumah kononnya tidak bersyukur rumah yang suami sediakan.

Emak buang masakan saya kerana kononnya masakan saya ini menambah penyakit anak emak.

Duhai emak, kerana mulut saya ini ringan kononnya ingin menjaga emak dek kerana sakit, saya menjadi hamba dirumah sendiri.

Selama 5 bulan kami berkahwin emak sudah heboh mengatakan saya ini mandul. Habis semua ipar duai mengata saya dan bila saya enggan balik kampung, emak hamburkan kata kesat kepada saya.

Tahukah emak disaat itulah saya baru keguguran kerana terlalu stress dengan sikap family mertua.

Ya silap saya kerana saya banyak pendam. Saya banyak menjaga hati semua orang, maruah suami sehingga diri saya tergadai dan depresi.

Setiap bulan emak dapat duit belanja RM700 dari suami. Rmak ku sayang, emak tahu tak berapa gaji sebagai pembantu perubatan setiap bulan?

Bila suami belikan emas sebagai hadiah, emak merajuk balik kampung sampai enggan bercakap dengan anak emak.

Habis saya dimaki oleh ipar duai mengatakan saya menantu derhaka walaupun ipar ipar itu takde sorang pun yang ingin menjaga emak.

Emak, 8 bulan usia perkahwinan kami saya memohon fasakh. Ya, kerana saya tidak sampai hati melihat air mata anak emak hari hari apabila emak enggan bercakap dengannya.

Saya tidak berdendam mahupun bergaduh dengan suami. Tapi saya enggan melihat suami tersepit diantara isteri dan seorang ibu yang melahirkannya.

Apabila kes cerrai berjalan, emak datang ke mahkamah dan paksa anak emak untuk dapatkan hak rumah itu.

Barulah terbongkar semuanya yang segala harta benda termasuk kereta adalah milik saya yang mutlak. Tiada harta sepencarian kerana semuanya saya beli sebelum kahwin.

Emak tersayang, saya kembalikan anakmu semula dan kahwinkanlah dia dengan menantu pilihan emak.

Walaupun dia masih sayangkan saya, tapi saya selalu mengatakan.. isteri boleh dicari, tapi emak hanyalah seorang didunia ini. Biarlah saya beredar kerana saya jugak ada hati yang ingin dijaga.

Buat R, 8 bulan menjadi isterimu adalah kenangan terindah sepanjang hidupku. Ketahuilah yang bekas isterimu ini redha diatas segalanya.

Bahagialah dirimu dengan kunci syurgamu dan doaku takkan pernah terputus hingga akhir hayatku

Buat semua pembaca, jadilah memoriku ini sebagai pengajaran.

Sekiranya bakal mertua sudah tidak berkenan, janganlah teruskan hubungan kerana amat jarang bagi seorang ibu mertua dapat menerima menantu bukan pilihan apabila sudah berkahwin kelak.

Buat ibu ibu mertua, hargailah menantumu. Kerana hanya mereka yang mengetahui mengenai kekurangan dan kelebihan anakmu.

Harta dan pangkat bukan beerti menantumu itu akan menjaga dan menyayangimu hingga akhir usia.

Sekian nukilanku, Laila.

Reaksi Warganet

Kallen Stadfeld –
Memang wujud cerita macam ni depan mata. Teringat ada jiran perempuan tua giila ni dia tak tahu menantu dia tu ada rumah dan kereta walaupun suri rumah, paksa anak cerrai tak sampai setahun kahwin.

Bila tahu anak lelaki takde apa apa lepas cerrai dia yang gila talak kacau bekas menantu. Alhamdulillah bekas menantu dah jumpa suami dan mentua yang baik.

Anak lelaki perempuan tua giila tu sampai sekarang tak kahwin kahwin lagi sebab semua dah tahu perangai toksik diorang sekeluarga.

Aku panggil perempuan tua giila sebab semua menantu perempuan dia stress kena kacau dengan perangai giila dia. Anak 6 orang 3, orang lelaki bercerrai hidup. Lagi 3 orang anak perempuan tak kahwin kahwin.

Kesian anak anak perempuan dia takde sape berani masuk meminang sebab mulut puaka dia.

Hanie Mohd Yasin –
Ni jenis emak pentingkan diri dia je. Anak lelaki bahagiakan isteri berdosa. Tapi kalau menantu lelaki bahagiakan anak perempuan dia tak apa.. pfrtttt..

Memang padanlaa muka dengan keluarga mertua tak sedar diri macamtu. Buat malu je tuntut harta orang, kan mendapat..

Buat TT moga berbahagia. Biarlaa bekas suami tu merana ke apa lepas hilang awak. Jangan awak yang merana hidup dalam family toxic macamtu..

Nurul Izzah –
Allahu, banyak tanggungan dosa mertua pada TT. Jawablah diakhirat kelak. Disebabkan dia runtuhnya sebuah masjid.

Mungkin mertua TT ni kurang ilmu agamanya, kurang hubungannya dengan Allah Taala. Sebab itu mertua TT bertindak atas keselesaan emosi dia. Semata mata nak suap emosi yang tak berkesudahan tu.

Semoga kita wanita wanita ni yang bakal juga menjadi mertua tidak diberikan pengakhiran sebegini nanti. Wallahi, takut rasanya.

Hj Musyiri Peet –
Ini kali pertama saya komen di sini. Sebagai orang yang telah mendirikan rumah tangga 20 tahun, ini ringkasan komen saya..

1. Sebelum kahwin, kena jelaskan segala galanya kedua keluarga lelaki dan perempuan kedudukan, pekerjaan dsbnya.

2. Kerja gomen bukanlah segala galanya. Saya ni pun kerja gomen suami isteri. Ibu bapa pun kena faham, anak kena jelaskan (jika ibu bapa tak faham) bagaimana kerja pembantu perubatan.

3. Dalam kes ini, bekas suami itu pun patut dipersalahkan, bukan setakat ibunya. Kenapa suami dia tidak jelaskan hal perkara isteri dia kepada maknya, kenapa perlu berahsia????

Suami ini agak dayus bagi saya.. Suami lah yang patut pertahankan isterinya, jika perlu tinggal berasingan, tinggal lah berasingan dari maknya jika itu yang terbaik. Ianya bukanlah bermaksud menderhaka.. tetapi langkah terbaik jika perlu.

4. Dalam kehidupan berumahtangga, suami perlu main peranan. Sebagai ketua keluarga, perlu tegas, perlu berani. Anda sepatutnya berterus terang kepada mak nya. Jangan lengai.. bak kata orang Utara. Sumber – Laila (Bukan nama sebenar) via IIUMC

KrEdIt:KiSAhKiNi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *