Uncategorized

MIL sy sorg datin, lps jd ibu tunggal dia belajar Al quran dr guru terkemuka di ibu kota. 1 hari, anak kecilku x sengaja buka hp MIL, terbongkar sisi gelap.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Aku Ana, sudah tentu bukan nama sebenar. Telah berkahwin hampir 20 tahun. Aku ada 4 anak yang meningkat dewasa. Aku nak berkongsi cerita berkenaan mak mentua aku (mil). Mil mempunyai double life yang sangat kontra di antara satu dengan lain.

Kisah ini bukan kisah tipikal bergaduh berseteru dengan mil. Ini cerita lain. Mil aku orang yang ada gelaran Datin dan telah kematian suami lebih 15 tahun lepas. Semenjak menjadi ibu tunggal, mil telah banyak melibatkan diri dengan kelas Al Quran.

Mil belajar Al Quran dengan guru yang hebat di ibukota. Hinggakan mil menjadi guru Al Quran juga, walaupun tiada kelayakan akademik setaraf.

Mil suka menunjukkan, mempamer dan menguar-uarkan kepada kami semua amalan bersedekah, solat malam dan lain-lain amalan yang baik dan mulia yang lain.

Kawan-kawan, keluarga mil sangat menghormatinya sementelah anak-anaknya turut berjaya dan cemerlang dalam bidang masing-masing.

Hidup mil senang-lenang, keluarga berjaya, guru Al Quran.

Walaupun mil asalnya seorang kerani, tidak pernah mendapat pendidikan formal agama, tetapi mil ada menyertai kelas-kelas mengaji sehingga berjaya mendapat tauliah untuk mengajar.

Mil suka memberi nasihat yang baik-baik, nampak seperti baik dan boleh dipercayai. Nampak sempurnakan?

Mil asalnya dari keluarga susah di kampung, kemudian menjadi kerani di bandar. Kemudian dia bertemu dengan FIL yang ketika itu telah mempunyai isteri.

Mil berjaya merampas FIL dari isteri terdahulu. Jadi Mil bukan lah perempuan baik-baik ibarat perempuan Melayu terakhir.

Bukan. She was a homewrecker. Aku terdetik dalam hati, tak mengapa lah, cerita lama, mungkin mil telah insaf dan menyesal. Tapi adakah benar mil telah menghentikan perbuatan jahatnya?

Mesti korang tertanya kenapa aku cerita the good side of her. Supaya korang boleh compare jurang dunia baik ni dengan dunia jelik yang satu lagi.

Dia ada satu lagi kehidupan yang betul-betul kontra dengan hidup yang aku ceritakan tadi. Dunia lain, hitam, busuk dan menjelikkan.

Korang tak kenal pun siapa aku atau mil, jadi aku tak dedahkan maklumat terperinci siapa dia.

Sekarang aku akan ceritakan dunia mil yang satu lagi. Dunia rahsia yang dia simpan dari pengetahuan orang lain. Ada beberapa orang sahaja yang tahu tentang kisah-kisah hitam mil. Dan aku di antara orang yang tahu, unfortunately.

Serius aku tak mahu tahu tentang semua ini, aku tidak suka berkonflik dengan mil dan aku sedaya upaya menjadi menantu yang tahu batas.

Tiada sebarang konflik besar di antara kami, kerana aku mengambil jalan diplomasi. Dan aku tidak mahu membebankan suami dengan masalah yang tidak perlu.

Sebelum aku bercerita tentang the dark side of mil, mil telah mencurahkan isi hatinya kepada salah seorang ahli keluarga. Mil tidak suka dengan aku, mil kata aku ‘macam bagus’. Dan disebabkan aku ‘macam bagus’, mil mahu suami berkahwin lagi.

Katanya ‘anak aku lelaki, biar dia kahwin satu lagi, baru kau tahu langit tinggi rendah’. Setelah mengetahui isi hatinya itu, pandangan aku berubah terhadap mil. Aku lebih berhati-hati.

Namun, aku tetap menghormatinya seperti tiada apa-apa berlaku. Suami sangat tidak bersetuju dengan cadangan mil yang tidak relevan itu. Kehidupan diteruskan seperti biasa.

Ok aku mulakan kisah gelapnya yang pertama. Aku mendapat tahu dari beberapa sumber sahih, mil ada hubungan dengan warga Afrika.

Mil menyimpan warga Afrika ini di rumahnya yang satu lagi. Jiran tidak berpuas hati. Beberapa saksi menyaksikan mil berdua-duaan dengan lelaki tersebut bagaikan suami isteri.

Mil berjaya menyorok hubungannya dari kami dan menyangka kami tidak tahu langsung tentang hubungannya dengan Awang hitam itu. Di hadapan kami anak-anak menantunya, mil membawa watak alim seperti biasa.

Yang kedua, secara tidak sengaja, anak kecilku menggunakan handphone nya. Aku yang sangat curious dengan sikap 2 alam mil, telah menjumpai beberapa mesej mil dengan beberapa lelaki, termasuk lelaki dari Pakistan.

Lelaki tersebut menulis mesej seperti dia merupakan kekasih mil. Lelaki itu memarahi mil kerana mil tidak membawanya berjalan-jalan di ibukota seperti yang dijanjikan oleh mil.

Yang ketiga, handphone mil penuh dengan carian cerita dan video luc4h. Terlampau banyak sampai aku berasa ngri dan mahu termuntah.

Tidak seperti wataknya yang satu lagi di hadapan kami sekeluarga, mil sering mengenakan telekung, menunjukkan mil selalu solat sunat dan membaca Al Quran.

Yang keempat. Beberapa bulan selepas aku terjumpa carian luc4h mil di handphone nya, aku menyangka hidup mil yang satu lagi telah berkurangan. Aku tersilap. Rupanya mil semakin galak. Mil telah menjalin kasih dengan kawan sekolah lamanya.

Mil tidak suka kami tahu dan masuk campur langsung hubungannya itu, sedangkan kami tiada halangan langsung, asalkan urusan pernikahan mengikut undang-undang. Mil mahu kahwin senyap-senyap, dan jika bercerrai, cerai senyap-senyap.

Akhirnya mil telah berkahwin lari dengan kawan sekolahnya itu, kahwin lari di Thailand. Mil tidak mahu mendaftarkan perkahwinan ini di Malaysia. Mil tidak mahu sesiapa tahu. Padahal orang setaman telah nampak mil selalu keluar masuk ke rumah lelaki tersebut.

Yang kelima dan seterusnya, mil mempunyai banyak perangai jahat dan jelik yang aku tak boleh nak habiskan senarainya kali ini.

Aku sedaya upaya menutup mata selagi boleh. Tetapi jika sampai kahwin lari di Thailand bagi aku terlalu memalukan keluarga, sedangkan boleh saja mil kahwin ikut prosedur biasa tanpa halangan.

Kami anak-anak menerima jika mil ingin berkahwin, silakan. Kami menggalakkan. Nikahlah cara yang betul, ikut prosedur, kami anak-anak akan menolong.

Rupanya mil takut kehilangan gelaran datinnya jika berkahwin secara rasmi mengikut lunas undang-undang. Mil mahu bersuami sorok-sorok, dan mil masih mahu memegang gelaran pangkat nya. Jelik!!!

Wahai Mil, kami mahu kau bahagia, kami mahu kau mendirikan rumahtangga dengan jalan yang betul, bukan dengan cara salah begini.

Pangkat darjat tidak penting, yang penting kita mengikut sunnah agama, menguar-uarkan perkahwinan. Bukan kahwin sorok begini. Ini mencalar maruah keluarga.

Sangat memalukan. Aku betul-betul kasihan dengan suami, yang nampak terlalu kecewa dengan tindakan mementingkan diri mil, suami aku ada nama di tempat kerja, orang mengenalinya sebagai orang alim yang baik-baik, suami nampak terlalu sedih.

Wahai Mil, jagalah nama baik arwh FIL. Jagalah maruah mu sebagai wanita Muslim. Jagalah maruah anak-anak mu yang selama ini menjadi anak yang soleh dan taat. Hentikanlah kehidupan double life ini.

Maut bila-bila boleh menjemputmu. Janganlah jadi munafik pura-pura beriman di depan orang sedangkan kau bergelumang dengan dosa. Insaflah. Moga Allah tunjukkan jalan.

Cerita ini sekadar untuk menjadi pengajaran kita semua dan aku mohon yang lebih arif untuk bagi nasihat perundangan, atau nasihat yang perlu anak-anak nya buat untuk menghentikan perbuatan jahat jelik double life mil yang berterusan tidak berhenti ini. Menantu yang mahu mil insaf, – Ana (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Siti fasai: Sorry mmg banyak kes mcm nie pernah tgk depan mata hmm so Jgn la prcy sgt org berpewatakkan warak g usrah qiamulai bagai mmg byk je jenis org Jan perangai camni.

Pd confessor be careful wit this kind of people kalo dgn Allah swt pun die permainkan apa lagi awk n org camni balasan die teruk tw silap dugaan terlantar knser myat xrupa manusia #iktibar depan mata.

Tun teja:Puas hati ke cerita keburukan MIL tu? MIL pun tak ckp kan dia tak suka kau depan2.. Tu pun kau dengar dari mulut org lain kan? Kau ORANG LUAR dalam family tu, so tlg la sedar diri sikit..

Doa je banyak2 semoga MIL tu berubah.. Dan kau pulak, dah sebar aib orang.. Nanti turn kau pulak akan sampai..Allah tu adil.. Dunia ni kecik, nt mesti orang akan tau MIL confessor ni siapa.. Agak2 kalau laki kau tau apa yg kau buat ni, mcm mana eh?

Imi lana: Hidup terlalu singkat untuk singkap kisah silam seseorang.. the dark side seseorang..kite ad dua pilihan.. pertama..tegur secara berhikmah.. dua.. abai Kan.. klaw nak pahala..tegur..klaw Rasa NK terlepas Dari soalan Di Sana

Tegur… Terpulang pada empunya diri.. Sama Ada mahu dgr atw X.. setiap org yg Ada dark side ni…bkn dia Minta…semua org nak berubah.. percaya la.. cuma.. kekuatan Tu Mungkin xsekuat mana..SBB bnda DH terbiasa .. bagi masa..

Ajak jdi kwn… insyaallah.. suatu Hari nanti…dia balik ke pangkal jalan… Hidup ni…lebih baik..jahil dulu.. Baru jadi yg terbaik.. Allah Tu ..tguk…pengakhiran seseorang…walaupon seumur hidup dia adalah pendosa.. tapi.. dia taubat sebelom ajl dia.. Allah suka..

Kredit: bacakami

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *