Uncategorized

“Aku tmpt dilepaskan nfsu, dia yg dijadikan isteri”. Z solat xtinggal, baik dimata org. Tp tergamak jerat aku mcm ini

Foto sekadar hiasan

Aku Tempat Dilepaskan Nfsu, Dia Tempat Dijadikan Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih buat admin sebab sudi publishkan kisah aku. Seperti mana yang korang baca pada tajuk diatas, aku rasa korang dah dapat agak kisah aku tentang apa.

Okey, aku perkenalkan nama aku Nur (bukan nama sebenar). Aku berusia lewat 20-an. Student lepasan universiti tempatan dan sekarang bekerja dalam sektor marketing. Aku juga student lepasan sekolah agama suatu ketika dulu waktu di alam persekolahan.

Bila aku nyatakan aku lepasan sekolah agama, benda yang pertama bermain di fikiran korang mesti aku berjubah, bertudung labuh paras pinggang, berniqab, berpurdah, berstokin, ber’handsock’, dan berbaju longgar kan??

Ye, secara jujurnya pakaian aku memang sebegitu. Tetapi, tolong jangan anggap kami yang berpakaian seperti ini adalah malaikat, kami juga manusia biasa yang tidak lari dari melalukan dosa. Aku manusia biasa. Tolong jangan judge aku berdasarkan pakaian aku.

Kisah aku bermula tahun lepas. Aku mulakan hidup aku dengan pekerjaan yang baru, environment baru, tempat baru, dan kawan kawan baru.

Start dari pekerjaan aku di tempat baru aku berjumpa seorang lelaki yang aku kenalkan sebagai Z.

Disebabkan ramai diantara kawan kawan satu team kami dah berkahwin, maka hanya kami je yang bujang dan umur pon sebaya. Jadi kami selalu digosipkan oleh rakan rakan yang lain.

Dari situ dia cuba tegur aku secara berdepan. Pada mulanya aku tak layan, sebab si Z ni orang nya ada rupa, putih, tinggi, rambut lurus rapi, pakaian kemas. So, dalam erti kata lain “handsome”.

Jadi, aku tak nak rapat dengan dia sebab aku takut aku jatuh hati dengan dia dan aku pon tak percaya yang dia ni single. Orang handsome takkan takde awek. Mesti ada punya.

Si Z ni seorang yang sangat menjaga solat 5 waktu. So hampir 2 bulan aku ushaa je dia ni solat ke tak, kaki perempuan ke tak, jenis kaki lepak ke tak, siapa kawan kawan rapat dia.

So, dari apa yang aku perhati, boleh dikatakan dia ni lelaki yang elok laa. Dia jaga solat dia.

Sejak dari tu aku mula tanya kan dekat rakan rakan lain tentang Z ni. Sebab diaorang dah satu team dengan Z ni dah lama. Ada yang 3 tahun, ada yang 2 tahun.

So, soalan yang aku selalu tanya pada kwwan kawan yang lain ialah “ko pernah tengok tak Z ni keluar dengan perempuan?”, “Korang pernah nampak tak si Z ni dengan perempuan”, “selama 3 tahun ko kenal dia, dia ni takde awek ke weh”?

Setiap kali sebelum aku berkawan dengan mana mana lelaki, tu la benda yang aku sangat berhati hati. Sebab aku sangat takut aku dikecewakan. Aku sangat takut aku ditipu. Aku sangat takut aku dipermainkan.

Bila dah berminggu minggu aku selidik, aku stalk fb dia, aku tanya kawan kawan yang rapat dengan dia, jawapan yang aku dapat ialah “takde”.. “dia takde awek”.. “aku tak rajin nampak pon dia dengan perempuan”.

Masa aku stalk fb dia pon, langsung takde tanda tanda yang dia dah ada someone.

Si Z ni juga, pernah tanya tentang aku dekat kawan kawan yang lain yang aku ni dah berpunya ke, dah bertunang ke, sebab dekat jari manis aku ni ada dua bentuk cincin emas kiri dan kanan.

Sebab tu si Z ni tanya kawan kawan yang lain. Sebab dia takut aku tunang orang. Tapi kawan kawan yang lain rata rata memang dah tahu aku ni single, jenis tak layan lelaki.

Lepas dah puas aku tanya orang sekeliling, baru laa aku terasa nak reply wasap dia. Biasanya aku reply sepatah je sebelum ni, tapi sejak satu hari tu aku rasa curious sangat nak tahu tentang si Z ni.

Jadi aku pernah tanya dia, “awak dah ada someone ke?” Dia cakap “dulu ada”. Tapi sekarang aku tak tahu la sebab dia tak jawab. Aku cuma pikir mungkin dia ni putus cinta kot, sebab tu tak nak bagitahu.

Aku pernah jugak tanya dia “kenapa awak tak kawen lagi? dah nak masuk angka 3 dah ni?” Dia cuma jawab “lebih kepada tak bersedia”.. so, aku tak nak la tanya lebih lebih. Nanti nampak sangat aku nak tackle dia. Lepas pada tu, kitaorang semakin hari semakin rapat.

Kitorang sangat sangat rapat sampai boleh pergi tengok wayang sekali, makan sekali berdua duaan. Aku ni menyewa bujang dengan student dia pulak duduk dengan family.

Rumah kami tak jauh dalam 7 minit dah sampai. Jadi dia selalu amik aku depan rumah kalo nak pergi tengok wayang atau nak pegi makan.

Sampai la satu masa, aku tak tahu kenapa, kami terjebak dengan perkara terkutuk yang sangat memalukan. Dia amik maruah aku dengan sekelip mata. Dari pujukan dia, dari mulut manis dia, aku lemah longlai. Aku dibuai dengan kata kata seorang lelaki.

Dari sekadar perkara yang ringan ringan hingga kami berani melakukan perbuatan tanpa seurat benang pon yang menutupi tubuh kami. Kami bersama di atas katil seperti suami isteri.

Aku tak tahu apa status hubungan aku dengan dia sampai aku begitu murah sekali serahkan mahkota aku kepada seorang lelaki yang bukan bergelar suami. Aku tak tahu kemana perginya malu aku ketika bersama dengan dia.

Aku sedar perbuatan yang kami buat ni adalah haram, berdosa besar. Tapi kami tetap lakukannya berulang ulang. Kadang 2 minggu sekali, kadang sebulan sekali.

Sejak dia dah berani sentuh aku, aku rasa macam ada perasaan dalam diri aku yang aku ni dah mula sayang si Z ni. Aku pernah cakap dekat si Z aku dah mula sayang dia, tapi dia sekadar dengar tanpa ada sebarang respon. Sedangkan mula mula kenal dulu layanan dia sangat caring.

Saat pertama kali dia ambil maruah aku, aku pernah ajak dia kawen tapi dia diam je tanpa sebarang jawapan. Terdetik juga di hati aku, aku rasa aku dipermainkan. Aku rasa dia saje nak kenakan aku.

Aku rasa aku adalah perempuan yang paling bdoh sekali dalam dunia ni sebab bertapa mudahnya serahkan maruah aku. Setiap kali kitaorang bersama, setiap kali tu jugak aku akan ajak dia kawen.

Aku cakap dekat dia, “benda yang kita buat ni dosa, jom la kawen. Aku tak nak lagi buat benda ni, benda ni ketagih. Aku tak nak buat dosa lagi” sambil aku merayu rayu dengan dia. Tapi dia tetap dengan cara dia yang diamkan diri. Tak ada kata putus langsung.

Bermulanya PKP hari tu, aku nekad nak jauhkan diri dari dia sebab aku taknak dah bergelumang dengan dosa ziina tu. Aku cukup kecewa dengan diri aku sendiri. Aku bdoh, aku kejam pada diri aku sendiri.

2 bulan aku tak contact dia, aku tak jumpa dia, aku block no dia. Sepanjang Ramadhan, aku gunakan masa sebulan tu bersungguh sungguh aku mintak ampun dengan Allah, aku mintak petunjuk dengan Allah supaya Allah tunjukkan aku sesuatu.

Masuknya bulan Syawal, kami start contact balik each other. Aku tak tahu kenapa aku tak boleh lupakan Z. Then berlaku balik perbuatan haram tu.

2 hari selepas aku bersama dengan dia, aku cuba stalk FB si Z. Aku tak tahu kenapa malam tu aku terasa nak stalk FB dia, then apa yang aku nampak, aku sangat terkejut.

Ada sekeping gambar seorang perempuan bersama dengan Z tengah duduk diatas kerusi dengan caption “Boleh merentas Negeri untuk tujuan Nikah” sambil di tag FB Z.

Aku kenalkan perempuan tu dengan nama Sofea (bukan nama sebenar). Baju yang Z pakai time tu adalah baju melayu dia pakai waktu raya pertama. So, aku agak si Z ni pegi beraya rumah Sofea. Cuma aku je yang tak tahu.

Patut la time raya pertama Z langsung tak reply wasap aku. Patut la raya pertama dia cakap dia busy. Rupanya ada yang dia sembunyikan selama ni.

Aku gementar, aku menangis malam tu sampai subuh. Aku meraung sepuas hati. Aku dipermainkan oleh lelaki yang aku anggap baik selama ni. Aku lemah longlai. Aku paksa diri aku bangun untuk berwudhuk. Aku serahkan diri aku pada yang Hak.

Malam tu juga aku mintak petunjuk dari Allah untuk keluarkan aku dari kesakitan yang aku rasa. Aku ditipu hidup hidaup oleh Z. Maruah aku tergadai, harga diri aku telah aku serahkan kepada Z.

Takde apa yang aku mampu buat. Aku menangis di atas sejadah sampai subuh. Aku malu dengan perbuatan aku sendiri. Aku bdohh, aku terlalu cepat tergoda dengan lelaki. Aku lemah.

Kalau la aku tahu dari awal Z dah berpunya, mungkin aku tak berkawan dengan dia serapat ini. Kalaulah aku tahu si Z ni dah ada awek, aku pon takkan terjerumus ke lembah hitam ini.

Ya Allah, aku tak kuat nak lalui semua ini. Adakah aku harus berdiam diri? Berapa lamakah Z dengan Sofea? Apa hubungan diaorang? Adakah baru couple? Adakah dah bertunang? Adakah diaorang akan kahwin dalam masa terdekat?

Itulah soalan demi soalan yang berada di kepala aku. Jika dia dah lama couple, adakah aku orang ketiga? Adakah aku bersalah dalam situasi?

Aku contact Sofea dekat FB. Aku hantarkan pada Sofea gambar aku dengan Z berdua di kedai makan. Aku tanya Sofea, ‘kenal ke lelaki dekat sebelah?’ Then, aku mintak no wassap Sofea untuk berhubung secara proper. Lantas Sofea tertanya tanya, apa hubungan aku dengan Z.

Kami berhubung melalui wassap. Sofea kakitangan kerajaan yang berkerja di ibu kota. Aku dan Z hanya pekerja swasta dan tinggal satu daerah. Sofea juga sebaya dengan kami lewat 20-an dan berasal dari negeri yang sama dengan kami cuma daerah yang berbeza.

Aku terkejut bila Sofea nyatakan dia dah kenal Z hampir 10 tahun sejak di tingkatan 6. Tapi diorang belum bertunang secara official. Aku ceritakan pada Sofea tentang Z. Apa yang berlaku antara aku dengan Z, malah Sofea tak percaya kata kata aku.

Dia cakap aku hanya giilakan Z dan nak hubungan dia putus dengan Z. Sofea nyatakan Z tak pernah sentuh dia. Katanya Z cukup baik. Selama 10 tahun Z tak pernah buat perangai. Lebih lebih lagi sentuh perempuan.

Masa aku contact Sofea, Z tak tahu yang aku dah tahu tentang dia dengan Sofea. Aku contact Z macam biasa. Aku minta Z datang rumah sewa aku sebab aku nak bagi sesuatu dekat dia. Then, dia datang juga walaupon dia berkali kali cakap dia penat.

Dia sampai je depan rumah, aku terus masuk dalam kereta dia. Lepas aku bagi barang dekat Z, aku tanya Z directly. Dia dah tunang ke? Sape perempuan dalam gambar tu? Berapa lama dia kenal? Sebelum kenal aku atau selepas kenal aku?

Z terkejut aku ajukan soalan demi soalan. Dia tak mampu nak jawab soalan soalan aku. Cuma dia jawab dia belum bertunang dan dia berkawan dengan Sofea sebelum kenal aku. Aku tahan air mata aku dari mengalir laju depan dia malam tu.

Aku terpanah dengan kata kata dia. Aku tanya dia kenapa buat aku macam ni? Kenapa sentuh aku kalau dah ada orang lain? Kenapa sentuh aku kalau takde perasaan dekat aku? Kenapa tak jujur dengan aku masa mula mula kenal dulu? Kenapa? Kenapa baru sekarang nak jujur? Kenapa Z??

Dia hanya diamkan diri dan ayat yang keluar dari mulut dia adalah Dia minta maaf. Dia minta maaf atas apa yang berlaku. Adakah maaf dia tu dapat kembalikan maruah aku? Sungguh mudah berkata maaf tapi tidak semudah untuk melupakan.

Aku berkata dekat Z, aku anggap ini ujian hidup aku, aku pasrah, aku redho. Ujian yang sangat perit untuk aku terima.

Sebab ini semua salah aku, salah aku yang terlalu percaya,. Salah aku yang memberi, salah aku yang tergoda dengan pujuk rayu, salah aku kerana iman tak kuat, semua salah aku. Salah aku sebab tak kenal Z ni secara detail.

Kalau aku tahu dari awal dia dah ada someone, aku rasa aku tak kan rapat dengan Z. Tapi aku yang bdoh. Aku sedikit pon tak salahkan orang lain sebaliknya aku salahkan diri aku terlebih dahulu.

Aku pernah tanya Z, kenapa dia sentuh aku kalau dia dah ada someone? Dia hanya jawab “sebab Nfsu”. Dia cakap dia langsung takde perasaan dekat aku, dia cakap kita hanya kawan.

So, maknanya memang mula perkenalan aku dengan dia memang dia dah berpunya, setiap kali aku tanya dia tak pernah mengaku sebab takut aku tak layan dia dah. Dia takut dia tak dapat aku untuk lepaskan nfsu dia.

Jadi memang benarlah niat dia kenal aku hanya untuk permainkan aku dan dijadikan aku pemuas nfsu dia.

Aku anggap ini pengajaran buat diri aku sendiri sebab terlalu percayakan Lelaki. Untuk yang bergelar wanita, aku kongsikan kisah hidup aku.

Jangan terlalu cepat percaya dengan penampilan luaran, walaupon dia solat 5 waktu tak tinggal sekali pon, perangai belum tentu seperti apa yang kita pikir.

Apa yang terjadi pada Z dan Sofea lepas tahu perkara ni? Adakah aku berdiam diri tanpa berbuat apa apa?

Tidak, maruah aku mungkin tidak dapat ditebus tetapi Aku kesian dekat Sofea sebab percaya dekat jantan tak guna ni. Aku tak tahu berapa ramai dah wanita dekat luar sana yang jadi mangsa Z.

Kepada Sofea, jika kamu baca coretan ini, buka lah mata, buat istikharah, minta petunjuk dari Allah semoga Allah berikan kamu suami yang baik, bukannya seorang lelaki penziina yang akan jadi ayah kepada anak anak kamu, yang memainkan wanita lain atas kepentingan nfsu syahwat.

Aku tidak sedikitpon berniat nak putuskan hubungan kamu sebab aku nak merampas si Z, kamu silap. Aku cuma beritahu siapa sebenarnya Z dan apa yang dia dah buat pada aku.

Aku terima dengan hati terbuka dan berlapang dada bila Z nyatakan dia takde perasaan langsung dekat aku dan cuma untuk lepaskan nfsu semata mata.

Kepada pembaca, tolong doakan aku kuat dan tabah untuk aku teruskan hidup walaupon ia sangat perit untuk aku lalui. Semoga Allah lindungi aku dari perkara perkara yang boleh merosakkan diri aku sendiri.

Aku bukan malaikat. Aku hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan dosa. Aku pendosa tanpa noktah. Semoga ada kehidupan yang lebih baik untuk aku selepas ini.

Reaksi Warganet

Nur Hela –
Demikianlah lelaki. Tebuk sana sini. Alih alih nak kawen, cari yang suci.

Nasihat saya, awak bertaubat dan move on. Dah takyah nak balas dendam ke apa sebab nanti tepuk dulang percik muka sendiri. Kifarah untuk Z tu ada. Jangan risau. Tah tah bakal bini dia yang dia sangka suci tu pun dah sadaqallahuazim..

Muhammad Ali Zakry –
Confession macam ni cukup untuk jadikan pengajaran. Solat tak tinggal, tak semestinya baik. Banyak benda yang perlu anda tengok selain solat sahaja. Pengoda ni tak kan berenti berlindung di sebalik topeng kebaikan luaran yang bisa buat anda jatuh hati.

Berhati hati bila decide untuk move ke next step. Kenali pasangan anda sedalam dalamnya sebelum anda jatuh hati dan menyerahkan diri dan harta. On the bright side, Confessor ni kira beruntung, tergadai maruah sahaja. Ada yang tergadai segalanya maruah dan wang kerna percaya dan cinta.

For confessor, life must go on. You are only human. One mistake doesn’t define who you are. One day you will find the right one for you

Ann Fardan –
Saya pun ada anak lelaki, yang kita didik untuk jaga Solat. Tapi dari sekarang kita juga kena didik jaga akhlak dan jangan dekati wanita tanpa tujuan nika.. Kena selalu ulang ulang pada anak lelaki kita. Kita sebagai ibubapa kena mulakan dari sekarang..

Bertepuk sebelah tangan tak jadi.. Saya takut sangat sangat. Saya juga tak sempurna.. Moga anak anak dan keturunan kita jauh dari ziina. Moga confessor belajar dari kesilapan. Jangan sekadar melihat Solat sebagai tanda lelaki itu baik. Baik tapi tidak tahu tanggungjawab itu lagi bahaya!!

Bonda Aiman –
Nur, Tidak perlu gigih ingin menyampaikan keburukan Z kepada Sofea. Dia tidak pernah akan percaya. Z terlalu baik di matanya sebab mampu menjaga ikhtilat antara mereka.

Jangan tak percaya jika tiba tiba Sofea menjalangkan awak. Mereka sedang bahagia. Awak tiada nilai dalam hubungan mereka walaupun niat Nur baik terhadap Sofea.

Lebih baik Nur bertaubat nasuha. Berdoa untuk diri Nur dan juga doakan Sofea dijauhkan dari manusia bernfsu jahat. Menarik Sofea dari Z bukan urusan Nur. Sofea tidak berminat untuk tahu cerita Nur dengan Z

Sayangi diri sendiri. Bersihkan jiwa dan hati sendiri. Sofea dan Z biar Allah uruskan

Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *