Uncategorized

Ayah cuit peha mak mlm tu maksudnya “green light”, ayah cuba bg tahu 1 per satu apa yg terjadi sebenarnya

Assalamualaikum readers. Nama aku Intan. Aku berasal dari Selangor. Tak yah mention la daerah mana, kang ada yg tahu nnt. Sepanjang hidup aku, tak pernah aku tahu aku ni mak dan bapa kandung aku siapa. Sehinggalah aku terjumpa sendiri surat beranak aku dalam beg sijil2 ayah masa aku darjah 3.

Memang hairan sngat la. Aku bawak surat beranak tu, tunjuk dgn mak ayah aku yg sedang tengok tv. Mak aku seboleh2 menafikan & memberi pelbagai alasan. Last2 ayah aku yg buka cerita. Terkebil kebil mata mak ayah aku sambil cuit peha masing suruh cerita kan hal sebenar.

Aku menangis dalam kemarahan. Aku tepuk peha mak ayah, kenapa buat aku mcm ni. Nasib pada awal nya aku tak fikir bukan2. Akhirnya ayah pujuk aku mlm tu.

Ya! Memang adik (panggilan aku di rumah) anak angkat mak ayah. Ayah ambil adik masa umur adik baru 2 hari melihat dunia & terus bawak adik duduk dengan mak ayah kat Selangor. Aku terdiam. Lama~

Aku boleh agak siapa mak ayah kandung aku. Sebab setiap kali balik kampung, mak ayah akan bawa aku ke rumah salah sorang makcik aku. Aku gelarkan Cik Melah. Setiap kali aku dtg ke rumah Cik Melah & Pakcik Leman, die akan bahasakan diri die mak. Kat situ aku dah pelik.

Kenapa perlu bahasakan diri die mak? Mak ayah aku tak pernah gagal bawak aku balik kampung sebulan sekali. Rupanya dalam agreement dah ditulis supaya aku dibawa berjumpa dgn Cik Melah & Pakcik Leman sekurang-kurangnya sebulan sekali. Agreement tu aku jumpa masa umur aku 15 tahun.

Anak Cik Melah ade 10 orang perempuan termasuk aku. Aku anak yang kelima. Tapi, hanya aku yang diberi pada orang merangkap mak ayah sedara aku. Dulu aku sering marah & berdendam.

Kenapa hanya aku yang diberi pada orang? Aku ni bawa bala pada family ke? Aku ni anak tak guna ke? Aku ni bukan anak kandung dorang ke? Memang mak ayah aku susah tapi tak bermaksud dorang boleh buang aku sesuka hati dari keluarga.

Dari kecik yang aku tahu, dorang jarang bertanyakan hal aku. Jika ada, itu aku tak pasti. Cik Melah & Pakcik Leman pernah cerita kenapa hanya aku seorang yg diberi pada orang. Mereka kate itu perjanjian mereka dgn mak ayah aku.

Oleh kerana dah ade 4 orang anak perempuan, jika keluar yang ke 5 juga perempuan maka akan diberi pada mak ayah aku. Jika yg keluar itu lelaki, mereka tak akan bagi sesiapa.

Jadi, keluar lah aku sebagai perempuan. Cik Melah & Pakcik Leman kata janji tetap perlu ditunaikan walau hati berat sebab aku antara anak dorang yg elok paras rupanya. Booooo perasan! Hahahaha.

Kehidupan aku dgn mak ayah? Alhamdulillah. Mak ayah aku tak pernah membezakan aku dgn abang2 aku. Mak ayah hanya ade 2 orang anak lelaki. Jadi teringin sangat nak anak perempuan, maka diambilnya aku. Kehidupan aku agak mewah. Sebut shj nak makan apa, nak pakai baju branded yg mana, nak beli ape semua mak ayah aku tunaikan.

Abang2 aku juga selalu mengalah dan akan turuti kehendak aku, yela aku sorang je perempuan kan. Dan sampai besar juga lah abg long sornag je tahu asal usul aku, abg ngah mmang x tahu sgt.. Sebb time mak ambil aku, abg ngah time baru nak masuk setahun.. Aku selang setahun je abg ngah ni.

Tiap2 tahun mak ayah tak pernah lupa sambut birthday aku secara besar-besaran kerana masa zaman 90an, kawan2 aku semua kebanyakan nya mempunyai keluarga yg tak mampu disamping anak2 yg ramai. Aku bersyukur kerana keluarga angkat aku tak pernah abaikan aku.

Tapi, aku masih marah kenapa hanya aku yg diberi pada orang. Sehingga Cik Melah mintak gambar convo aku pon, aku hanya bagi yg saiz kecil je.

Make story short, lepas kahwin suami aku banyak membimbing aku. Katanya, mak ayah kandung jangan pernah kita abaikan. Seburuk buruk mak ayah kite, mereka tetap drah daging kite. Tanpa mereka, tiadalah kite.

Anggap je semua ni hikmah dari Allah. Mungkin sebab awak duduk Selangor lah, awak dapat belajar tinggi, dapat kawan2 yang baik & jumpe jodoh sebaik abang . Boooooooo. Perasan betul laki aku.

Suami aku tak pernah gagal ajak aku melawat Cik Melah & Pakcik Leman setiap kali aku pulang ke kampung. Duit bulanan juga suami aku berikan pd mereka memandangkan aku ni dah jadi pencacai najis anak2 kat rumah (housewife).

Mungkin aku bukan anak yg baik, aku tak dapat berbakti pada Cik Melah & Pakcik Leman seperti mana anak2 mereka yg lain. Sekarang hati aku makin redha dgn ape yg berlaku.

Aku tak berlagak dan tak sombong sewaktu dekat rumah cik Melah dan Pakcik Leman, cuma aku tak boleh lama2 disana sebab hati aku jadi panas dan nak marah kalau tgk muka dia orang. Dalam hati aku hanya fikir tergamak mereka buat aku mcm ni. Sampai hati pisahkan aku.

Setahun yg lalu, aku mula terbit rasa sayang pada Cik Melah & Pakcik Leman. Tapi sayang, mereka meningal sebulan yg lalu akibat kemalangan. Bagai nak gugur jantung aku mendengar berita itu. Baru nak merasa kasih sayang mak ayah kandung, Allah ambil pula mereka kepangkuanNya.

Kehadapan mak & ayah kandung,

Mungkin Intan bukan anak yg baik yg dapat berbakti pada mak & ayah di dunia. Tapi Insyaa-Allah, Intan akan selalu ingat mak ayah di dalam setiap doa Intan. Suami aku kata, kalau kite xsempat berbakti pada mak ayah di dunia.

berbaktilah ketika mereka sudah tiada dgn menjadi anak yg soleh & solehah. Sedikit sebanyak pahala mereka itu dtg dari kite. Kerana seorang insan itu hanya bawa 3 perkara jika die sudah meningal dunia.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Sekarang aku hanya dapat berbakti pada mak ayah angkat aku. Kerana mak angkat aku juga merupakan ibu susuan aku. Terima kasih Ya Allah kerana dikurniakan 2 orang mak & 2 orang ayah.

Sekarang hanya doa yg dapat kutitipkan hari2 buat mak ayah kandungku. Al-fatihah buat keduanya. Semoga mak ayah dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Amin.

Kredit: ceritaohsem

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *