Uncategorized

Mlm tu mak dgr bunyi kt depan, depan mak sangup suami angah buat depan mak..

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan hi.Kalau tersiar, harap bagi pendapat molek ye. Aku terima seadanya apa yang nak dikomen. Hahaha.

Nama aku mai. Aku ada sorang abg, sorang kakak dan tiga orang adik. Aku nak cerita ni tentang angah aku, abg ipar aku dan mak aku.

Angah dah pun berkahwin. Anak dah 5 wei. Mak aku pulak ibu tunggal.

Dia duduk sekali dgn angah ni lah memandangkan abg aku kerja luar negara dan adik aku yang lain masih belajar. Yang belajar of course duduk asrama (sblum timbul persoalan).

Mak aku dah start duduk dgn angah ni lama. Dari anak angah no 2 tu lahir lagi.

Macam2 masalah dalam family angah ni mak aku dah nampak. Sebabnya suami angah tu kaki mbuk, juddi, ape benda yang terlarang yang org kata jangan amik memang dia amik lah.

Mula2 mak aku takde syak pape. Husnuzon je lah kan. Sebabnya abg ipar aku tu bermuka.

Depan org mmg pijak semut takmati. Waktu angah mengandung anak no 3 baru lah mak aku perasan perangai abg ipar aku tu mcm mana. Dia dah berani balik rumah mbuk mauk, ada je tak kena dia belasah angah sampai lebam lah patah riuk lah.

Angah penah masa mengandung anak ke empat. Disebabkan tak hidangkan makanan saja, dia hempasnya kepala kakak aku dekat dinding.

Tumbuk jangan cakaplah. Muka memang dah senget sebelah masa tu. Semua kejadian berlaku bila ada dekat rumah angah saja.

Bila depan adikberadik dgn sedara lain, abg ipar aku tu lah lelaki paling romantik baik nak mati depan semua orang. Kalah gentleman khuzairi dengan mia 7hari mencintaiku!

Utk pengetahuan semua, masa ni abg ipar aku tak bekerja. Angah yang kerja seorang. Dia makan tanggung berak cangkung saja di rumah.

Dan yelah, ada dia dekat rumah pun takmembantu tetap jugak mak aku yang uruskan cucu cucu dia. Dia duduk rumah membongkang macam mayat hidup.

Aku perasan semua masalah dan bergaduh ni punca dari duit takcukup. Weh orang tak kerja, tapi nak melayan nafsu haramnya tu korek duit bini.

Bini lak nak tanggung keperluan anak makan pakai semua lagi. Lagi nak tanggung benda haram kau memang taklah cukup kan?

Bila dia mintak duit dr angah, mana lah angah nk galakkan benda macam tu. Jd mula lah dia sepak terajang angah.

Kalau korang tertanya macam mana mak aku. Ye, kakak aku kene belasah depan mak aku. Dia bole cakap lagi depan mak aku “anak kau ni takguna tahu tak?!!” Weh mak aku jenis lembut, takberani bersuara. In fact, mak aku takut weh.

Sampai mak aku cakap mak takut kalau mak marah mak pulak kena bunuh. Sampai mcm tu sekali mak aku fikir. Mak cakap dia fikir cucu je, kesian dekat dorang ni kecik lagi taktahu apa.

Masa ni jangan tanya lah. Dah berjuta kali kami ni empat beradik cakap dengan angah. Fikir diri sendiri, anak2 dgn mak dulu.

Orang mcm ni takkan berubah melainkan keajaiban. Dengan mak mertua sendiri boleh biadap apa lagi nk hormat kau sbgai isteri.

Baru 3jam lepas kena belasah kawkaw smpai separuh mati, dia baik balik dengan laki dia macam takde apa.

Dan esoknya mula balik hari baru macam takda apa berlaku. Takda apa! Memang angah backing suami dia lah.

Dia cakap dia kenal suami dia. Dia tahu suami dia tak berniat buat mcm tu.

Masa tu aku rasa macam nak cabut skru skru otak dia, kasi ketat ketat biar ada otak tu berfungsi sikit!

Aku faham, isteri mana taksayang suami. Tapi suami macam ni layak ke kau nak sayang? Kalau tak melebih, bg aku laki macam ni dah cukup dayus dah wei.

Mak aku dah taksanggup nak duduk situ. Beribu peluang mak aku bagi mengharapkan menantu dia berubah.

Tapi mungkin pintu hidayah buat dia belum lagi ada. Mak aku buat keputusan nak pindah, duduk balik kat kampung.

Sorang pun sorang lah janji hati dia tenang dekat sana. Kami setuju mak duduk dgn angah sebab ada jugak org jagakan mak. Ini lain pulak jadinya.

Sebelum pape, Kami 4 beradik lain mmg takbole masuk campur hal rumah tangga dia.

Kata dia, ni rumah tangga angah. Angah tahu macam mana. Da 7tahun angah kawen.

Along dgn yg lain takpayah masuk campur. Kau orang kawen pun tidak mana nak faham org yang dah kawen.

Dalam hati ni memang nak tolong sangat2 angah kami tapi dia sendiri taknak kami tolong memang takboleh buat apa.

Dan waktu mak aku pindah balik kampung. Memang angah marah gila. Satu ayat yang aku takboleh lupa.

Kalau mak balik kampung, sape nak jaga anak angah? Itu yang dia pikir weh. Dia takfikir mak aku takut nak duduk dalam rumah dia?

Dia takfikir mak aku tido tak lena sebab takut jadi apa apa.

Dia takfikir mak aku dah trauma takbole langsung dengar benda terhentak ke org menjerit ke. Dia takfikir ke pasal mak dia? Diri sendiri dah jadi mak dah pun. Takkan takbole nak fikir.

Sejak mak aku duduk balik kampung. Angah aku terus senyapkan diri. Ada kenduri family semua takde dia datang.

Bila mak aku nak jumpa cucu pun, dia takbagi jumpa. Sampai hati dia. Mak aku tiap tiap malam menangis rindukan cucu dia weh. Angah aku ni senyap sendiri gitu lah.

Kita taktanya dia, dia pun takda tanya kita. Bila kita tanya, dia buat macam takwujud tknak tunjuk muka, bila mesej saja berjawab.

Yang lain hampeh. Kira aku boleh anggap nak putuskan hubungan antara nenek dengan cucu lah jugak.

Sampai sekarang mak aku sedih rindu cucu. aku tahu mak aku sedih fikir pasal anak dia. Dan aku tahu angah aku masih lagi kena pukul dan terumbang ambing.

Panjang pulak kan. Jadinya di sini aku nak cakap. Tolong lah, Ingat berkat mak tu penting.

Sikit calar hati dia, tengoklah betapa huru hara hidup kita jadinya. Kita Islam, ada agama. Jangan sekali terjebak dengan benda haram. Ada sebab besar kenapa Allah larang kita.

Sebabnya dah tentu mudaratkan kita. Kami adikberadik taktahu nak buat apa melainkan doa hari2 untuk bukakan pintu hati angah dan suaminya.

Buat angah, fikirlah masak masak. Fikir diri sendiri dengan anakanak. Balik pada Allah, mohon pada Dia, doa pada Dia.

Dia maha mengetahui segalanya. Dan ada reader yang nak bagi pendapat saya amat alu alukan. Terimakasih.
– alang yang mengharap

 

Kredit: ceritaohsem

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *