Uncategorized

Isteri ak gaji besar, kerja stress alasan utk dia shopping selalu, tiap kali tegur dia akan tarik muka, smpailah satu hari ak hampir pengsan bila tjumpa ‘penangg4l’ dlm rumah

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Hai min. Tlg hide profile. Saya guna fb adik saya. Saya ni umur 43, isteri umur 31. Kami kahwin dah 4 tahun tapi isteri jenis tak pandai menyimpan.

Gaji saya 2100, gaji dia 6000. Kereta saya biasa je, kereta isteri saya pula besar macam badan dia. Memang la gaji besar tapi kalau bukit tinggi hari2 kena tarah, rata juga.

Saya tak pernah guna duit dia sebab saya ni jenis simple, makan dan pakai apa saja. Isteri pun macamtu, tak memilih makan.Waktu kahwin dulu pun buat satu majlis niikah, makan2 simple je. Dia tak kemaruk nak ada pelamin atau kahwin grand, walaupun dia ada master, saya cuma ada PMR.

Tapi kalau shopping, macam dirsuk. Saya risau nanti kalau ada anak, dia masih dengan habit shopping. Kalau saya pergi dulu macam mana masa depan dia, sapa nak guide dia. Saya tau tu duit dia tapi min, bila saya simpankan nanti waktu dia minta kalau saya tak kasi nanti dia buat muka sedih.

Dia ni tiap2 bulan ada je tema dia. Kalau bulan tu kemaruk beli makeup, dekat berpuluh kali la keluar masuk Watsons, Guardian, Sasa. Rumah tu dah macam gudang lipmatte. Lagi2 dia beli lipmatte yang satu kotak ada berpuluh batang tu tapi warna gelap2 macam hantv.

Kalau bulan tu tema langsir, habis la semua Mr Diy dia masuk sebab nak cari langsir pattern sama. Kalau bulan tu tema pinggan mangkuk, habis la tiap2 minggu dia ajak ke Nilai 3. Kaison la, Madam King la.

Lepastu siap buat perjanjian lagi nanti bila habis PKP dia nak pergi Central Market sebab ada jual pinggan corak2 warna warni tu. Dah la rumah kami ni ada 3 kedai EcoShop, semua dekat2. Lepastu ada Zon Jimat, Mr Save, Setia rm2.

Ya Allah semua dekat2. Waktu saya tidur dia duk termenung la kat dapur tu fikir apa lagi nak deko. Tolong saya para isteri. Mcm mana nak nasihat budak byk duit ni.

Bila saya marah, dia kecik hati. Dia kata dia beli barang sbb nak release tension kerja. Saya faham kerja bank mmg tekanan. Mmg bonus dia paling sikit 12 ribu setiap tahun tapi dok tabur duit beli barang tu, sampai bila.

Alahai min, tolong la saya min. Dia serba serbi elok, pandai masak, pandai hias diri, pandai pulak tu bertukang. Tukul tu dah mcm kawan baik dia.

Sampaikan set screwdriver pun dia pandai beli sendiri, siap beli yg ada magnet. Kalau sofa ikea, rak ikea, trolley ikea, dia boleh pasang sendiri. Sekejap je. Kalah lelaki.

Waktu PKP kami duduk rumah, dia asyik beli set periuk je sampai berpuluh dah. Seronok dia masak daging mahal2. Saya kurang makan daging, udang sbb saya suka ikan bilis, ikan masin je.

Tapi apa benda Dessini beli sampai dua set, dia cakap best sangat pakai. Tak cukup beli kedai, beli Lazada. Shoppe. Mmg dia pakai setiap hari tapi geram tu Tuhan je tahu. Skrg dia tgh teropong jenama Carote, saya tgk harga dekat 3-4 ratus satu set.

Yang rm699 pun ada. Tefal dia dah bosan. Ada sekali tu saya balik awal sebab letih kerja, tgh syok baring depan tv tiba2 Poslaju sampai. Ha kau, kotak besar Ikea.

Dia beli balang Korken byk, dgn pinggan Oftast ya Allah dapur tu dah mcm gudang pinggan nak beli lagi buat apa. Dia nak cover line, dia ckp la dia ada beli sekali roller bulu kucing Bastis tu, sbb kucing kami fully indoor, roller mmg kena ada byk. Hmm..

Min, nampaknya tema bulan ni adalah tema baju. Dan tema rambut palsu. Setakat harini, dah 3 rambut palsu sampai dekat rumah. Tadi gi dapur nampak rambut palsu sangkut kat botol air Pepsi. Ingatkan hantv pennggal. Dia cakap saja pakai waktu mengemas dapur. Hm..

Ini pulak kisah ke 2 yg lebih mdebarkan. Tajuk ‘Bapak meminta duit dari tunangku. Hal itu, membuatkan aku tinggalkan bapak aku hidup sendiri’

Assalamualaikum. Nama aku Aina Naura. Boleh panggil Nana. Aku berusia 27 tahun. Anak ke 2 dalam 3 beradik yang semua lelaki. Dah bekerja dalam sektor swasta. Tajuk cerita aku mungkin akan mengundang marah korang. Sebab pada permikiran semua orang ibu dan bapa mestilah seorang yang selalu betul.

Sebab mereka yang mendidik dan membesarkan anak2. Dan anak2 selalu diminta untuk mengalah dan bertolak ansur dengan ibu bapa waimah perangai ibu bapa macam tuttttt.

Berlainan pula dengan aku. Pada aku, aku ada seorang bapa yang tak berguna pada mata aku. Disebab kan aku ni jarang untuk buka cerita tentang keluarga kepada orang luar,

aku berhajat untuk meluahkannya di sini. Jadi, atas korang untuk menilai tahap kesetanan bapak aku macam mana. Aku cerita dr zmn kecil la.bapak aku ni kerja x menentu. Entah macam mana la mak aku boleh terpikat dgn bapak aku. Buat kerja semua menjadi tp untung beribu pon hilang tah kemana. Byk cerita singgah ke telinga ak kata bapak aku main mesin jvdi.

Tapi aku sedaya upaya sangkalkara2 org sebab masa kecil aku sebolehnya utk blagak normal yg aku ada keluarga bahagia. Kawan2 semua bercerita tentang keluarga yg bahagia dan aku juga tak ketinggalan utk mereka cerita ttg keluarga aku yg juga ‘bahagia’. Dari kecil mak aku sara kami adik beradik dgn bapak ak yg dbela bagai mayat hidup.

Kerja nak perabih duit mak aku. Dari kecil kami di ajar mak untuk tidak membazir dan faham ekonomi keluarga yang serba kekurangan. Kami adik beradik sangat lah faham tentang hal ini sehinggakan sanggup membawa bekal makanan ke sekolah tanpa wang saku tatkala kanak2 lain seronok beli makanan kesukaan di koperasi dan kantin sekolah.

Aku hanya mampu telan air liur je. Kadang2 bapak aku serupa orang kaya segera memang dapat la kami merasa bawa RM1 ke sekolah. Kalau tidak, telan ajelah bekal yang mak bungkuskan.

Hidup kami tersangatlah susah dek kerana sikap bapak aku yang tak guna tu selalu kawal duit mak aku. Bila masa tiba hari gaji, dia akan bawa mak aku keluarkan semua duit di bank tanpa baki dan serahkan kepada dia.

Dengan alasan biar dia yg kawal duit keluar masuk. Sehingga kini aku sangat tak faham kenapa mak aku sanggup diperlakukan sebod0h itu dgn alasan nnt kalau tak bagi bapak aku mogok nak hantar pergi kerja.

Mak aku dilayan tak ubah macam lembu. Bila aku berada di sekolah menengah, aku ditawarkan biasiswa kerana bjaya mendapat keputusan cemerlang pmr.

Proses permohonan dan keputusan bapak aku sedaya upaya untuk mendpatkannya. Smpai mintak ak utk btanyakan cikgu bila duit biasiswa nak masuk. Masa tu biasiswa ak terima RM600 setahun.

Bila duit biasiswa masuk ke akaun, bapak aku akan mengambil RM500 dan meningg4lkan baki RM100 utk aku. Selama 2 tahun diperlakukan begitu. Aku faham yg aku dianiaya.

Selama ni aku nampak hanya mak aku je diperlakukan sedemikian dan bila aku diperlakukan sebegitu aku mulai rasa tertekan setiap kali biasiswa keluar. Kerana aku tidak mampu untuk merasa duit sendiri. Duit RM100 yang ditinggalkan pun hanya lepas untuk bayar yuran tahunan.

Sikap bapak aku membuatkan aku rasa sangat tertekan dan mulai faham akan situasi ini. Sehinggakan aku berazam untuk berjaya di dalam spm dan melanjutkan pengajian di universiti paling jauh di malaysia.

Kerana aku tidak sanggup untuk berdepan dengan bapak aku lagi. Aku mulai membenci bapa aku bila pada suatu hari, mak aku mendapat gaji dan bapak aku memaksa mak aku untuk memberi dia duit.

Sedangkan mak aku sudah bagitau dia dah tiada duit slps mbayar segala hutang dan sewa rumah. Hanya tinggal baki utk mbeli stok makanan sebulan saja. Dan berlaki pergadvhan antara mak dan bapak aku.

Itulah kali pertama aku melihat mak aku menangis dan meroyan bagai org gila yg sgt tertekan. Dan mulai itu juga aku sgt benci akan bapak dan aku berlawan dgn perasaan takut menentang juga kerana takut akan gelaran anak derhaka.

Slps mdapat keputusan spm, ak ditawarkan pelajaran di university di Terengganu. Sgt jauh dan aku sgt berpuas hati.
Aku ingatkan aku akan bahagia. Rupanya sama sahaja. Bapa aku tak habis2 mendesak aku untuk bank in duit kepada dia. Ada sahaja alasan untuk mendapatkan duit.

Ptptn aku yang sepatutnya cukup sehingga hujung sem habis sampai tengah sem sahaja. Berfikir tentang duit memang sangat buat aku tertekan. Lebih2 lagi bila berada di tempat orang. Sehinggakan aku seludup masuk perkakas masakan dan mulakan perniagaan di universiti menjual makanan.

Dari situ dapat menampung perbelanjaan aku ketika belajar dan bapa aku masih dengan perangai sama. Meminta2 duit sedangkan memberi duit kepada anak yang masih belajar adalah tanggungjawab dia.

Mest korang marahkan kenapa aku masih memberi duit kpd bapakku. Ini kerana perangai bapak aku selagi xdapat apa yg diminta dia akan sentiasa menhatui hidup kau. Sama ada secara kasar atau halus. Dgn pujukan atau makian.

Nak tak nak aku terpaksa juga bagi duit. Namun sikap dia mulai berubah sikit bila mak aku tinggalkan bapak aku. Waktu ni aku dah mula bekerja.

Bila mak aku angkat kaki, aku pun menyewa rumah sendiri. Mak aku duduk di kampung berdekatan dengan rumah sewa aku. Bapak aku nak duduk dengan aku dan dia berjanji untuk membayar RM250 iaitu separuh daripada harga sewa rumah jika dia dapat duduk denagn aku.

Dan aku menerimanya. Aku tiada masalah untuk menyara mak bapak aku sendiri memandangkan mak aku akan duduk dengan aku juga pada waktu cuti. Dia hanya membayar RM250 seperti yang dijanjikan untuk 5 bulan pertama. Dan masuk bulan ke 6 dia mendiamkan diri. Bila aku bangun dia tido.

Bila aku tido dia bangun. Seolah2 cuba untuk mengelakkan diri daripada aku berjumpa meminta duit sewa daripadanya. Aku bukan berkira, Cuma aku nak dia rasa bertanggungjawab thadap aku yg merupakan satu2nya anak perempuan dia.

Padahal bil2 lain semua aku yg tanggung, tp melihat gelagat dia tak mampu bayar RM250 buat ak rs sgt benci dan berasa hanya dipergunakan kesan sikap bapak dr kecil xambil tahu hal aku dana dik beradik.

Bila dah besar sibuk nak menumpang senang. Sikap bapak aku buatkan aku rasa takut untuk berkahwin dan menjadikan jiwa dan hati aku sangat kasar dan keras. Aku merasakan semua lelaki adalah tidak berguna kerana aku kerap berkenalan dengan lelaki yang ambil kesempatan dari segi duit.

Sehinggakan aku berjumpa dengan tunang aku. Alhamdulillah. Dia punya sikap yang sangat baik dan aku mengharapkan sikap baik dia akan berterusan sampai bila2.

Hanya dia tahu cerita hal bapak aku ni. Dan aku pun dah siap2 bagi warning untuk tidak menjadi laki tak berguna lepas kawin atau aku tahu apa tindakan yang patut aku buat sebagai seorang isteri. Aku juga memberi amaran agar dia tidak terlalu memberi muka dengan bapakku dengan alasan nak mengambil hati.

Alhamdulillah tuning paham dan aku bakal berkahwin stlh tunang setuju teruskan hubungan walau dah tahu cerita family aku. Namun mengejutkan dan terus menyampah bila bapak aku minta sikit duit hantaran dr tunang dgn alasan nk tlg booking homestay.

Sejak itu ak fedup dan ingin tggalkan bapa hidup sendirian. Memandangkan adik beradik lain juga tak sanggup jga bapa dgn perangai seperti itu. Sedangkan apa yang terjadi kepadanya adalah kifarah apa yang dia buat dari dulu sehingga kini.

Jika orang tidak kenal bapakku, mereka akan percaya. Tapi jika sesiapa yang kenal bapakku, mereka tidak akan mudah melayan dan percaya. Itulah serba sedikit tentang hidup aku yang punya bapak tidak berguna. Tak dapat aku nak bercerita dengan manusia lain kerana aku takot mereka akan keluarkan kenyataan cliche bahawa mengalah lah dgn bapa sendiri.

Walau apa pun jadi dia tetap bapak kita. Puihhh. Rasa nak ludah. Sebab benda tu semua tak jadi pada kau. Senang la kau cakap macam tu. Kesan d3ra emosi yang bapak aku buat dri segi minta duit dan memburukkan aku dan family dengan orang luar sangat ketara lebih2 laig bila aku duduk berseorangan.

Dengar bunyi moto dia balik rumah pun boleh buat ak menyvmpah. Dari kecil smpai besar. Ak harap bila jodoh ak smpai, anak ak xkan dpt jumpa dgn bapak aku sbb ak tak nak anak aku thau dia ada atok yg tak berguna.

Jika perlu sambung aku akan sambung luahan aku sebab masih banyak cerita yang aku masih simpan tentang bapak aku yang tak berguna tu. Jika tidak, cukuplah sampai di sini.Terima kasih sbb mbaca. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *