Uncategorized

Slh aku ke gagal nk layan batin suami stiap hari, aku penat jaga anak kcil buat busines online, uruskn rumah lg

Foto sekadar hiasan. Saya seorang ibu ada 2 orang anak. 2 kali keguguran. Short story, saya ni jenis bergaya & jaga penampilan diri juga. Maksudnya, walaupun saya ada anak kecil yang aktif sangat² tapi yess, saya still jaga anak-anak dengan baik, penampilan saya pun takdelah macam kak limah. Kisahnya suami saya ni jenis b4ran & berangin.

B4ran teramat sangat, memang dulu lagi teruk sekarang dah ada perubahan sikit, saya ni saja bertahan.

Selalu kami bergduh bila dia tak dapat ‘bersama’.

Benda ni private sangat tapi saya terpaksa luah sebab nak tahu saya ke bersalah? Dalam seminggu 3-4 kali kami akan bersama.

Cuma kadang² ada masa saya terlalu letih sampai tidur tak sedar apa. Sebabnya anak saya yang kecil tu sangat aktif dan tak diam seminit pun.

Siapa yang jaga anak kecil dia tau lah rasa penatnya macam mana, kalau tak, tak adalah k3s ibu yang depresi and burn out.

Baru ni dia marah² sebab gerak saya tidur tengah malam saya tak bangun, saya memang lemah rasa lesu sangat2.

Sedangkan baru malam sebelum tu dah bersama, saya minta maaf laa esoknya, dan saya cakap saya letih sangat-sangat

Tapi dia baling kerusi, dia memang jenis tu, kalau dah naik angin segala benda nak rosakkan. Dia cakap tak boleh bagi alasan anak.

Ya Allah, saya cakap laa ni bukan alasan.. saya memang letih sangat2, tapi dia still cakap tu alasan.

Lastly saya geram saya katalah, tak pa one day duduk la try jaga anak² boleh tak bertahan tanpa rasa stress. Jangan senang2 kata saya bagi alasan.

Lepas tu dia marah kata saya menjawab, kata saya tak mengaku salah sedangkan awal2 saya dah minta maaf tapi dia yang tak ouas hati lagi.

Lagi saya geram, dia cakap yang k3s lelaki cari perempuan lain sebab ini lah, tak hairan pun sebab bukan salah lelaki tu saja kalau dah bini takdak function.

Allahuakbar.. saya sedih, hati saya kecewa, remukkk. 4x aku mengandung tu anak siapa??

Seminggu 3-4 kali bersama tu apa dia? Lainlah kalau aku langsung tak melayan. Tapi aku ni manusia, seorang ibu bukannnya tongkol kayu. Ada masa aku letih, aku penat.

Lepastu dia cakap laa lepas ni nak bagi aku pulak drive cari rezeki biar aku rasa penat macam mana seolah2 nak perli laa sebab aku kata nak bagi dia rasa letih jaga anak macam mana.

Seriously aku cakap, aku rasa nak tunggu anak besar sikit jaa, kalau macam ni perangai jangan hairanlah kalau 1 day aku dah rasa ‘tawar hati’.

Saya ni bukan duduk saja kat rumah tau, sambil jaga anak saya berbisnes online, saya cari online partime job,

saya buat homemade food tempahan nasi dan sebagainya nak cari rezeki sama2 untuk keluarga. Sebab nak harap dia sorang memang tak mampu. Tapi dia still tak nampak pengorbanan saya.

Alih² sebab isu ‘bersama’ tu habis dia buat saya macam sampah. M4ki ikut dan, menangis ni tak tahulah dah berapa kali terasa dengan kata-kata ksat dia. Entahlah…

So saya ke bersalah? Betul ke saya ni isteri tak guna yang tak jaga batin suami?

Serius saya nak tahu kalau betul, saya akan perbaiki betul-betul (walaupun saya sendiri tak tahu macam mana) sebab sekarang fasa membesarkan anak kecil yang baru belajar berjalan dan sangat aktif.

Kekuatan saya sekarang hanya anak2 dan Allah sahaja.

Pesanan saya buat para lelaki di luar sana, jadilah suami yang ada EMPATHY.

SEKIAN. Assalamualaikum.

Ini antara reaksi win daripada netizen. Setuju sangat dengan netizen ni. Siapa yang salah ye.

Nurul najwa. Kalau bisnes awak tu buat awak tambah penat, awak stop bisnes tu dah fokus layan suami dan anak.

Takde kewajipan kita ni wanita untuk cari duit pun. Tapi selagi bergelar isteri, wajib layan suami.

Pendapat saya ni mungkin nampak macam menyebelahi suami bukan diri awak yang kepenatan itu.

Tapi cuba check balik apa yang buat awak penat extra, so hentikan benda tu. Jaga anak tu dah tanggungjawab tak boleh buat apa.

Tak boleh nak sub kan kepada orang lain. Itu role kita sebagai ibu. Tapi carik duit definitely bukan role kita kan? So stop it. Fokus je pada benda yang wajib.

Kecukupan tu Allah beri jika dedua suami isteri saling melunasi hak masing masing. Nak fikir dengan AKAL memang takkan mampu sebab kita jenis berkira kira.

Bila suami tak puas hati dengan layanan isteri, isteri rasa suami tak mampu menafkahi, memang haru birulah hidup kita. Buat apa serba tak kena.

Duduklah dan renungkan semula. InsyaAllah dapat penyelesaiannya.

Azie. Macam nilah dik, ko cari je keje, cari pengasuh jaga anak, ko keluar duit bayar pengasuh, komitmen yang lain jangan tolong, kerja rumah kalau dia tak tolong, tinggalkan aje, kalau dia ugut nak cari lain, biarkan aje, lelaki kalau panas b4ran biasa cepat skit dan mati, love yourself first…

Atikah. Bkn apa puan , suami puan mcm mindset dia fikir , asal isteri kena layan nafsu dia … MMG betul hak dia sbg seorang suami …

Dan mmg ada hadith khusus mengenai seorg isteri yg menolak ajakan suami …

Bagi saya , Org jenis b4ran ni ubat dia satu je , kita kena b4ran balik dekat dia … Tu je ubatnya … Sbb kalau x mampu memang ment4l lah jawabnya sbb asyik nangis

Shahida.Jawapan : tak salah.

Cadangan penyelesaian : berhenti berniaga online. Set perjanjian. Kalau nak, kena bagitahu awal supaya satu hari tu jangan buat kerja rumah. Kalau dia membebel rumah lintang Pukang, ajak dia bersama pulak.

Kedua, jangan tunggu dia ajak. Awak pulak demand nak on bila. Dia pun berlagak je boleh on hari hari. Entah entah nak buat alasan kawen lain.

Bagilah dia kahwin lain. Tapi, standby kat awak serba lengkap dulu – rumah, kereta, duit.

Dia baling brang, rakam senyap senyap. Pastu simpan dengan seseorang yang awak percaya. Sampai masa, kalau perlu boleh guna semua bukti untuk percepat proses percer4ian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *