Hiburan

“Putri baIqis okay ke tu?” Gambar terkini Puteri BaIqis mencvri perhatian ramai

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon cilik berbakat besar iaitu Puteri Balqis. Memang sejak kecil Balqis sudah mampu memberikan mutu lakonan berkelas tinggi dan berjaya menghayati apa jua watak yang diberikan kepadanya.

Diva cukup suka dan terkesan dengan drama berjudul Balqis sehingga melayakkan pelakon itu memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014 sekali gus menjadi pemenang termuda bagi kategori tersebut pada usia tujuh tahun.

Baru-baru ini Diva tidak sengaja terjumpa akaun Instagram Balqis. Asalnya nak mencari akaun orang lain. Sudah alang-alang terjumpa, Diva buka profil Instagram Balqis.


GAMBAR terkini Puteri Balqis yang mencuri perhatian umum

Melihat perkongsian Balqis, memang lain daripada yang lain. Boleh tahan juga penampilan pelakon yang kini sudah pun berusia 14 tahun itu.

Salah satu gambar yang dikongsikan Balqis adalah penampilannya memakai skirt pendek berserta stoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak.

Terus Diva teringat zaman kegemilangan ‘gothic’ yang pernah menjadi trend remaja sekitar tahun 2000-an dahulu.

Apabila membelek apa yang dikongsikan Balqis, Diva dapat rasakan umpama ada rahsia yang cuba disimpannya daripada pengetahuan umum. Malah Balqis juga bertindak menutup ruangan komen dalam Instagramnya.

Seperti yang diketahui, nama Balqis sebelum ini pernah tiba-tiba hilang daripada radar dunia seni sebelum diketahui bahawa dia menghidap masalah kesihatan.

Harap-harap Balqis berada dalam keadaan baik-baik sahaja ya.

Lama Menyepi Berikutan Beberapa Isu, Penampilan Terkini Puteri Balqis Yang Semakin Meningkat Dewasa Curi Tumpuan

Meninjau ke akaun Instagram pelakon Beto Kusyairy, p0sting terbaru Beto telah meraih perhatian ramai. Beto telah memuatnaik sekeping gambarnya bersama Nabila Huda dan Puteri Balqis yang sama-sama menjalani pengambaran drama terbaru mereka.

Puteri Balqis atau mesra dipanggil Aqish turut terlibat dalam drama yang berjudul Halimun. Menurut Beto, penampilan Aqish dalam drama tersebut hanya seketika sahaja namun persembahan Aqish tetap memukau.

Beto turut mendoakan agar Aqish sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja dan semoga dipertemukan lagi dalam drama seterusnya jika diberi kesempatan. Aqish yang semakin meningkat dewasa nampak agak berbeza penampilannya ketika kecil dahulu

Ramai yang mula merindui lakonan Aqish yang merupakan seorang pelakon yang amat berbakat sejak kecil lagi. Aqish banyak tercalon dan memenangi anugerah ketika dahulu dan pernah dianugerahkan sebagai pelakon terbaik di peringkat Asia

Jom lihat perkongsian di bawah,

Ramai yang memuji penampilan Aqish yang semakin cantik dan mendoakan kejayaan Aqish. Antara komen-komen yang diberikan,

” I kennot.. still nmpk Shameen & Shah.. Semoga lebih banyak peluang kembali buat aqish.. Cantik aqish.. Harap2 aqish boleh terus berlakon.. “

” Ingatkan shameen and shah tadi.. Dah besaq dah aqish.. Shameen & Shah bertemu lagi.. InsyaAllah amin, semoga dipermudahkn.. “

” Cantiknya aqish.. Aqish is back… We miss you… Keep strong.. semoga murah rezeki dan sihat selalu aqish.. “

” Wahhh ade aqishh.. Lainnya Aqish.. Can’t wait for this.. Cantiknya Aqish.. keep it up ye bang.. jaga diri jaga kesihatan.. lakonan abg always da b00m.. “

” Rindunye kat aqish.. Besar dah dia bakat yang teramat besarrr nii Balqis niii sayang kalau tak teruskan.. “

” Besaq dah Puteri Balqis ni.. Moga aqish terus diberikan kesihatan yang baik.. Brilliant-talented collabs.. “

” Comelnya aqish.. last tgk masa aqish kanak2 je… smoga yg terbaik utk aqish.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan rezeki yg melimpah.. “

Pastinya ramai yang menantikan kemunculan drama Halimun di kaca televisyen kerana dapat mengubat1 kerinduan terhadap lakonan Aqish menyepi seketika dalam dunia seni. Semoga Puteri Balqis terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sedikit trivia Pelakon Puteri Balqis

Puteri Balqis merupakan seorang aktres remaja popular di Malaysia yang memulakan karier seni sejak usia dua tahun iaitu selepas menjayakan sebuah sesi ujibakat.

Kemunculan sulungnya di layar kaca adalah pada tahun 2011, menerusi siri televisyen Gemilang yang diterajui Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Shahz Jaszle

Biodata

1. Nama sebenarnya, Puteri Balqis binti Azizi. Menggunakan nama komersial, Puteri Balqis.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 April 2007. Kini berumur 14 tahun.

3. Merupakan pelakon dan model komersial yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

4. Antara drama dibintanginya seperti Gemilang, Cinta Itu Milikku, Astana Cinta Aleesa, Akulah Balqis, Andainya Takdir dan Sweet Dreams.

5. Termasuk telefilem Di Sebalik Tirai Kasih, Anak Lorong, Aku Tahu, Saloma, Kulit, Ana Anak Ibu dan banyak lagi.

6. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Strawberi Cinta, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng, Makrifat Cinta dan KL Special Force.

7. Pemegang trofi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin ke-16, Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 dan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19.

8. Pada Mei 2018, beliau dilaporkan menghidap masalah jantung.

Fakta Menarik

Lebih mesra disapa Aqish.

Anak perempuan tunggal kepada pasangan Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz.

Arwah datuknya, Mohd Aziz Arifin atau Ken Arifin pernah seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa era kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.

Bergelar pelakon sejak usia dua tahun selepas menjayakan sebuah sesi uji bakat.

Pernah membuat kemunculan dalam video muzik penyanyi Hafiz Suip berjudul ‘Matahari’ dan Anuar Zain menerusi ‘Andainya Takdir’ serta ‘Cinta Takkan Berakhir’.

Mengidolakan bintang Hollywood, Dakota Fanning dan Natalie Portman, termasuk seniman Tan Sri P. Ramlee.
ayah puteri balqis

Sumber : two.e-kesah / IayanduIu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *