Uncategorized

(video)”Agak-agaklah kau pon,Orang pun terkandas dalam banjir”.Individu tidak bertanggungjawab pandu lawan arus

Shah Alam : Tular satu video pagi ini mengenai seorang pemandu yang memandu meluIu meIawan arus di sebatang jalan raya utama. Melalui video tersebut, pemandu tersebut memandu dengan laju seolah-olah tidak ada rasa bersaIah pun.

Kejadian dipercayai di Highway Shah Alam Kira-kira jam 9.00 pagi tadi benar-benar memb4hayakan banyak nywa pengguna highway tersebut. Umum mengetahui rangkaian lebuh raya banyak ditutup ekoran banjiir yang melanda lembah klang sangat dahsyt.

“Orang lain pun terputvs jalan perhubungan jugak,stuck dalam banjiir tapi janganlah pentingkan diri”.

Tlndakan tersebut jelas membah4yakan ny4wa ramai pengguna jalan raya terbabit. Tengok video itu sahaja sudah cukup buat kita ‘kering dar4h’.

Sudahlah Iawan arus, pandu dengan laju pula tu. Apa yang difikirkan si pemandu tersebut ya? Adakah memandu dibawah pengarvh aIkohoI atau memang sengaja cari nah4s memandu Iawan arus demi kepentingan diri sendiri?

Sebelum ini sudah banyak kejadian pemandu melawan arus berakhir dengan kemaIangan jiwa. Tolonglah jangan tambah lagi kepay4han pasukan b0mba. Hari ini ramai mangsa banjir memerlukan bantuan anggota b0mba berikutan paras air semakin krltikal hampir melepasi bumbung rumah.

Video :

Diharapkan pemandu tersebut dikenakan tindakan undng-undng keras kerana perbvatan tersebut seakan-akan niat memandu sambil membvnuh.

Admin nak ingatkan para pembaca agar sentiasa mematuhi undng-undng jalan raya. Jangan pentingkan diri sampai memandu Iawan arus macam ni. Jangan kerana kecvaian kita, orang lain jadi mngsa.

Sumber : video mdnazli hasin

 

“Mereka tersadai dan tersekat, dari pukul 4 petang semalam!” Ini keadaan terkini mereka yg masih sangkut dalam banjir di Selangor

PUCHONG – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memindahkan mangsa banjir yang terkandas serta menyediakan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, setakat pukul 11 malam tadi, sebanyak 188 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di seluruh negara di enam buah negeri yang terjejas iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Setakat ini seramai 11,384 mangsa daripada 4,500 keluarga telah dipindahkan ke PPS dan pada masa sama terdapat 521 pangkalan Jabatan Kebajikan Masyarakat tersedia di seluruh negara bagi membantu mangsa yang ditempatkan di PPS.

“Keutamaan sekarang adalah untuk menyelamatkan nyawa dahulu. Mana yang masih terperangkap kita mahu pindahkan, tidak boleh lama kita tak tahu sama ada paras air akan naik atau surut,” katanya pada sidang akhbar di Markas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di sini lewat malam tadi.

Tambah beliau, sebarang pemberian berbentuk bantuan kewangan dan sebagainya akan dibincangkan kemudian memandangkan yang lebih utama adalah keselamatan serta nyawa mangsa yang terlibat,

Menurut Ismail Sabri, beliau juga telah berhubung dengan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang agar menggerakkan lebih ramai anggota bersama aset untuk membantu operasi pemindahan mangsa terperangkap kerana air naik dengan cepat.

“Berhubung pengisytiharan darurat di Selangor dan Kuala Lumpur, kita masih menunggu dan melihat sama ada terdapatnya keperluan untuk berbuat demikian

“Saya juga telah berhubung dengan Ketua Setiausaha Negara dan Majlis Keselamatan Negara untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini, tindakan yang dibuat adalah menggerakkan seramai mungkin anggota tentera, polis dan bomba termasuk aset-aset untuk kita lakukan aktiviti menyelamat mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut situasi banjir di Selangor, Ismail Sabri berkata, keadaan menjadi agak kelam kabut memandangkan negeri itu kebiasaannya tidak terjejas apabila tibanya musim tengkujuh.

“Kejadian banjir di Selangor agak mengejut kerana bagi negeri-negeri di pantai timur, segala persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh telah dilakukan lebih awal dan Selangor sebelum ini sangat jarang dinaiki air dengan teruk apabila tibanya monsun timur laut.

“Walaupun mengejut, kita tetap bersedia dan telah membuka sebanyak 45 PPS yang menempatkan 3,826 mangsa daripada 2,551 keluarga. Sebanyak 453 aset kenderaan dan logistik daripada pelbagai agensi kerajaan juga telah digerakkan untuk membantu mangsa dengan kekuatan 2,817 anggota,” ujar beliau.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 5,731 buah PPS tersedia di seluruh negara yang boleh menempatkan seramai 1,628,512 mangsa.

“Mereka yang terkandas atau memerlukan sebarang bantuan boleh menghubungi hotline National Disaster Command Centre (NDCC) di talian 03 80642400,” katanya

SHAH ALAM

Mereka tersadai dan tersekat, tanpa dapat bergerak ke mana-mana daripada pukul 4 petang semalam!

Ini visual terbaru pukul 8 pagi ini, nak ke depan, ke belakang, u- turn semua tak boleh.

Masing-masing keletihan, kelaparan, mengantuk, lunyai etc..Allahu..

Video: Zahriman Alias

PM akui keadaan banjir di Selangor kelam-kabut

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui situasi banjir di Selangor agak kelam-kabut pada musim tengkujuh yang jarang berlaku di negeri ini. Justeru katanya, sebanyak 45 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka melibatkan 3,826 mangsa daripada 2,551 keluarga.

Agong redah banjir tinjau situasi bencana

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meredah air banjir di sekitar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, malam tadi ketika meninjau situasi banjir di ibu negara.

Keberangkatan Seri Paduka bagi meninjau situasi banjir susulan hujan lebat sejak Jumaat itu turut dirakamkan dan dimuat naik di laman Facebook Istana Negara.

Catatan itu menyatakan Seri Paduka telah berkenan turun dari kenderaan Baginda sewaktu hujan lebat di jalan susur menghala WTC dan meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi di sekitar kawasan tersebut.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca,” menurut catatan tersebut.

Lembah Klang dilanda banjir menyebabkan ribuan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara serta sejumlah pengguna jalan raya terkandas akibat laluan yang dinaiki air dan ditutup.

Selain Lembah Klang, banjir turut dilaporkan berlaku di Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan semua kementerian berkaitan menggerakkan aset ke kawasan terjejas banjir bagi memastikan rakyat diselamatkan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara dengan segera.

– Bernama

Kredit: karipapangain.pw

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *