Uncategorized

Abg aku ni ustaz, hensem dan bakal doktor, tp pelik pilih isteri tak cantik, satu hari mak jatuh s4kit namun apa yg kak ipar lakukan ini sgt mengejutkan hingga aku dan abg menangis

Gambar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca perkongsian kami ini.

Sudah menjadi lumrah setiap orang suka akan keindahan dan kecantikan. Begitu juga dalam memilih pasangan hidup, kebanyakannya akan lebih mudah tertarik kepada penampilan secara luaran terlebih dahulu.

Kisah yang kami nak kongsikan ini benar-benar buka mata yang kecantikan bukanlah menjamin kebahagiaan rumahtangga. Siapa je yang sanggup lepaskan kerja sebagai pensyarah semata-mata kerana mahu menjaga ibu mertua dan nenek yang terlantar s4kit? Walaupun selekeh dan tak bergaya, keperibadian wanita ini memang kami salute!

Berangan nak ada kakak ipar cantik. Abang aku ustaz. Muka boleh tahan hensem, dia sangat active masa study kat Mesir dlu, kira orang kuat la. So aku pernah dengar la ada 2 3 orang perempuan syok kat dia.

Lepas habis belajar abang aku cakap nak kahwin, suruh ummi pergi rumah bakal kakak ipar aku. Aku pun semangat la, mesti bakal kakak ipar aku cantik, mesti jenis lemah lembut, jenis ayu habis.

Ye la abang aku ustaz, bakal doctor tak lama lagi. aku berangan la ada kakak ipar cantik. Yang boleh layan g1la-g1la aku. Last-last tengok, alah biasa ja. Tak kurus tak gemuk. Senyum ja manis. Muka pucat semacam.

Tapi aku okay ja sebab dia baik, senang bawak bersembang even macam orang tua-tua cara dia. Jenis tak heran lansung tudung dia senget ke betul ke, janji dia buat kerja dia.

Cuma aku still berharap abang aku terima seorang sis ni. Dia memang syok dekat abang aku, cantik pun cantik. Orang femes insta gitu. Kira macam model muslimah la.

Lagipun aku tengok cara hidup dia dengan abang aku sangat berbeza. Abang aku jenis tertib g1la, kakak ipar aku ni jenis bedal tak kira apa, kalau jumpa orang tua, mulut dia boleh bercakap tak berhenti.

4 bulan lepas tu diorang kahwin. Kakak ipar aku ni jenis biasa ja orang dia. Pakai baju labuh dengan jeans, tudung shawl, satu jenis tu ja dia lilit. Tak mekap lansung. Aku tak pernah tengok dia tempek bedak. Masa kenduri kahwin memang beza g1la muka dia. Seri pengantin kot, cantik sangat, tapi sekali tu ja la.

tu pun sebab kena paksa dengan kakak dia. Kakak dia muo, terpaksa la ikut kehendak kakak dia. dia malu sangat nak ambil gambar. Nak pegang abang aku pun dia tergetar-getar. Kalau dia rancak bersembang dengan makcik-makcik, abang aku usik sikit ja terus diam.

Aku tengok bahagia ja diorang. Saudara – mara aku semua suka dekat kakak ipar aku, tapi aku kadang-kadang macam tersebut pasal model muslimah tu depan dia, dia macam terasa jugak la. Ye la, kalau sekali pandang macam tak padan. Abang aku hensem dia biasa ja.

Kakak ipar sanggup berhenti kerja jaga mak & nenek. Tahun lepas mak aku s4kit. Nenek aku pulak nyanyuk, kakak ipar aku yang kerja sebagai lecturer tu berhenti sebab nak jaga mak dengan nenek aku. Bila abang aku balik, abang aku tolong.

Aku lansung tak tolong, kami dua beradik ja. Aku ni kononnya busy belajar. Kadang-kadang je aku tolong mandikan mak. Satu hari aku balik, nenek tengah lumur kepala dia dengan n4jis, kakak ipar aku tengah mandikan mak aku.

Dah la mak aku jenis besar, dia mandikan sorang-sorang. Aku nampak muka dia merah, sorang-sorang kot angkat. Lepas dia masuk bilik tengok tok, dia lansung tak marah. Dia mandikan tok pulak. Dia tak nampak aku dah balik.

Masa ni aku dah rasa sebak. Hebat kakak ipar aku ni. Banyak kerja dia sehari suntuk. Bukan senang jaga orang s4kit. Malam tu aku nampak abang aku tolong urutkan kaki kakak ipar aku masa dia tengah tidur sambil tengok TV kat bawah.

Abang aku menangis weh. Dia usap pipi kakak ipar aku. Aku nak turun bawah time tu, aku buat2 tak nampak, aku naik balik atas. Aku pulak dok sedih sorang-sorang kat atas. Kenapa selama ni aku tak nampak? Aku tak patut soalkan pun kenapa abang aku pilih dia.

Mak syurga abang aku, dia kena jaga syurga tu. Kakak ipar aku cantik, tapi abang aku je nampak. Dia tak tayang dia slim kat ig, dia tak g1la mekap nak tunjuk dia cantik. Most importantly, dia sayang abang aku seadanya.

Sanggup susah bersama even dia dah ada semua. Lansung tak mengeluh depan abang aku padahal aku nampak weh, susahnya dia nak hadap semua ni. Selalu aku nampak dia tertidur sambil bagi makan mak dengan nenek aku.

Time makan pun dia kena makan berdiri kadang-kadang, tak ada masa untuk diri sendiri. Aku pernah tanya dia kenapa susah sorang-sorang, ambik la maid. Dia cakap mak aku syurga abang aku, dia kena la jaga syurga abang aku.

Sebab dia, aku akan balik jugak setiap minggu nak tolong dia jaga mak n nenek aku. Sebab dia aku sedar. Patut la mak aku sayang sangat menantu dia ni, memang lain drpd yang lain. Point aku, tak payah judge orang based on appearance je.

Nampak ja kakak ipar aku ni rock, but she really yang terbaik untuk abang aku. Yang cantik rupa mudah nak cari, yang cantik hati susah nak jumpa. sumber: iiumc.

Ini pula kisah kedua yang lebih mendebarkan. Isteri selalu makan hati gara gara mertua selalu cakap isteri h4sut suami. Rupanya bila dah 5 tahun kahwin ini perangai sebenar mak mertua.

Saya tidak tahu macam mana mahu bersabar dengan mak mentua ini. 5 tahun sudah berkahwin, selalu brbalah dengan suami berpunca dari keluarga mentua..

Tolanglah ibu bapa/ipar/biras/ adik beradik bila mana salah seorang ahli keluargmu sudah berumahtangga, tolonglah jangan masuk campur, menyibuk dan mengata lebih kurang.

Kenapa tidak diberikan galakan dan sokongan untuk mereka bina sebuah masjid yang bahagia dan aman. Kenapa perlu iri hati dan berdengki antara satu sama lain. Lebih dahsyat bila mak mertua masuk campur, bila tidak balik kampung , dikatanya si isteri yang tidak mahu balik.

Isteri menghalang dan lebih teruk setiap hari telefon disuruhnya balik, smpai menagih simpati anak dengan ayat, “kenapa taknak balik kampung, mak ada buat salah dengan isteri kamu ke, isteri kamu benci mak ke?” Ya Allah, padahal baru bulan lepas balik. Dituduhnya si isteri yang mengh4sut tidak balik.

Sepanjang perkahwinan kami,setiap 2 bulan kami akan pulang ke kampung jenguk mak mertua. Dan bulan berikutnya family sebelah aku supaya adil, so tiap tiap bulan kami akan pulang ke kampung. Aku tak kisah kalau dia nak tuduh aku tidak mahu balik ke yang penting jangan la sampai mengh4sut adik ipar duai mengatakan aku ni jenis queen control tak benar kan suami pulang ke kampung. Aku sabar….

Dulu pernah terjadi satu kes dimana saya tegur abang suami, abang ipar yang selalu meminta duit daripada suami, dalam sebulan boleh dikatakan setiap minggu telefon suami minta duit.

Dah tahu nak pindah rumah dan perlukan duit deposit rumah, kenapa tidak menyimpan siap-siap, minggu depan mahu pindah setelah didesak oleh isteri abang ipar untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa dan terus menelefon suami saya mintak RM3,000. Aku sabar…

Suami merahsiakan perkara ini dari saya. Semua ini saya tahu lepas saya kemas rumah dan terjumpa diari suami yang mencatat hutang abang-abangnya hampir RM60k. Diakui gaji suami lebih tinggi, tapi suami sudah berkahwin dan banyak tanggungjawab.

Saya bukan kedekut dan nak mengawal duit suami tapi kenapa suami saja yang diminta, mereka ada 6 adik beradik, semua dikatakn kerja stabil dan boleh sangat kalau diminta tolong.

Yang saya sedih suami saya cukup berjimat, sampai baju pun dibeli di bundle, keperluan saya dan anak dicukupkn tapi keperluan dia, diendahkan. Saya sedih sangat. Aku sabar…

Saya boleh tegur abang ipar itu sebab saya pelik, selalunya bulan-bulan suami akan ada lebihan gaji, namun sejak dua tiga bulan ini , gaji suami tidak pernah cukup. Sampai suami suruh saya dahulukan duit biasiswa (saya masih belajar) untuk membeli susu anak.

Bila saya paksa suami, barulah suami cerita abang dia yang minta pinjam duit untuk bayar duit muka sewa rumah baru. Suami enggan beri, tapi dipaksa oleh ibu mertua. Dalam masalah saya ni, banyak campur tangan mak mertua. Ada suatu hari family gathering, abang ipar cerita kereta dia mahu kena tarik, tetiba mertua cakap dengan lantangnya.

“Hah, Abu (suami saya) tolon lah bayar duit kereta abang kau tu, kesian abang” Abang ipar bukan tidak bekerja, tapi jenis tidak tahu menyimpan duit. Bila saya suarakan ketidak puasan hati saya tentang hal ini, mak mertua cop saya menantu jhat. Menantu yg menghabiskn duit anak dia sb saya xkerja. Ya Allah sebak saya rasa.

Bukan saya nak mengata mak mertua saya, cuma saya dah xtahan. Depan saya dia berlakon baik sgt, depan suami baik sgt layan saya, bila jauh dimengatanya saya mcm2.

Kebaikn sya dia langsung xnampak (kalau balik kg, saya akn beli mcm2, masak, mengemas tapi saya tgk biras saya yg lain kalau balik melenggang ja, xtolong pun masak bagai, lebih duduk melepak sembang) , saya bukan nak mengungkit tapi saya terkilan.

Saya cukup dah xtahan dgn mak mertua mcm ni. Ksian suami bila gduh mesti sya ungkit perihal mak & keluarga dia. Saya tahu dia tersepit, tapi dah 5 tahun berkahwin, saya dah tahan mcm mni. Dengan ipar & biras dengki iri hati dgn kehidupan kami, dengan mertua perngai talam dua muka. Saya betul2 hilang sabar. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *