Uncategorized

Terkejut nmpak housemate rebus air pad yg penuh drah utk minum. Mlm 2 balik keja tiba2 housemate paksa ajak makan bersama.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Minta maaf kalau dari segi bahasa atau ayat yang korang tak faham sebab aku tak pandai sangat buat karangan ni. Syukur sekiranya admin approve cerita ni.

Korang pernah tak baca satu thread sebelum ni yang agak “famous” jugak la tapi nama thread tu lebih kurang ke housemate psiko. Aku dah lupa la cuma aku ingat dalam cerita tu ada nama “ustaz adam”.

Sekarang ni cerita tu pun dah tergantung. Sampai sekarang aku pun tak tahu macam mana kesudahannya.

Tapi yang memeranjatkan aku adalah perkara lebih kurang dari kisah tu terkena pada kawan baik aku sendiri. Aku namakan dia sebagai Tan.

Sebelum ni pun dah banyak Tan bagitahu yang housemate dia agak menakutkan, jadi aku sebagai kawan memang selalu nasihat la untuk dia selalu jaga diri, kunci pintu bilik sebelum keluar dan selepas balik kerja. Tan ni perempuan ya.

Sebenarnya banyak benda-benda pelik yang Tan ni nampak apa yang housemate dia buat. Paling creepy bagi aku, si housemate dia rebus air pad yang penuh drah lepas tu minum.

Pergh!! Loya bai. Tan ambil keputusan untuk tak pindah keluar sebab perempuan gila tu tak kacau dia.

Jadi dia terus untuk tidak ambil peduli walhal dalam hati Tan cakap debar jangan cakap la sbb benda tu dia nampak.

Banyak kali aku nasihat cari la rumah sewa lain, tapi Tan cakap dah dekat sangat dengan tempat kerja dia & mudah nak beli makanan dan barang keperluan sebab kawasan situ antara yang paling banyak kedai makan & runcit

Setiap pagi sebelum pergi kerja, Tan cakap akan ada berlungguk ulat gonggok mti, cicak mti & seekor katak mati ada dalam kasut kerja dia. Hampir setiap hari.

Kadang kadang lipan, lipas mti pun ada. Tapi yang peliknya Tan cakap binatang2 tu semua dah dipotong kaki.

Creepy kan? Sepatutnya dalam rumah yang disewa tu ada 5 orang penghuni tapi yang lain semua keluar & akhirnya tinggal la berdua ja si Tan ni & housemate creepy dia tu. Aku rasa diorang pun dah takut giler la tu.

Jumaat minggu lepas, Tan cakap dia sakit kepala jadi dia decide nak balik halfday dekat “whatsapp”.

Jadi macam biasa la aku suruh dia makan ubat balik rehat semua tu. Kebetulan si housemate dia tu cuti hari jumaat. Aku selit sikit eh.

Housemate si Tan ni, dia seorang engineer yang bertugas di kilang sekitar kawasan tu. Ni apa yang dia cerita dekat Tan la masa Tan mula2 masuk.

Ok sambung. Masa Tan balik tu, Tan nampak housemate dia tengah makan, dan dia jemput Tan untuk makan sekali.

Tan tolak dengan baik sebab sakit kepala, tapi housemate dia pandang dia dengan mata terjegil. Terus dia bangun & cakap dekat Tan dgn nada suara yang tinggi.

‘Kenapa? Tak sedap cicak ni? Ni katak ni bukan kau paling suka makan sampai menjilat jari masa awal kau masuk dulu?!! Kenapa tak nak makan dah?

Dulu awal2 nak pulak kau makan apa yang aku masak!! Sekarang kau tolak?! Ke kau nak aku masak anggota badan kau pulak?!! Hehe.’

Lepas tu si housemate Tan ni terus pergi dapur & Tan tak tahu dia nak buat apa. Masa ni la Tan terus keluar lari ke jalan dan call aku sambil nangis nangis minta tolong.

Aku tanya kereta kunci tak, dia cakap ya dah. Aku minta dia lari pergi ke tempat yang ada orang ramai dan aku minta tunggu sehingga aku sampai.

Jangan balik selagi aku tak sampai. Sebab Tan dan aku ni jauh. Dia menyewa sebab tempat kerja dia dekat, aku pulak kerja di tempat lain.

Jadi kami terpisah.

Lepas aku balik kerja & terus aku pergi dilokasi yang Tan share dekat aku di “whatsapp”. Aku tengok muka Tan dah biru dengan mata dia bengkak2 dah. Terus aku peluk bagi dia tenang.

Tapi rupanya dia lagi menangis bila tengok aku. Mulut Tan tak berhenti ucap terima kasih dekat aku sebab dari jauh aku datang.

Kasut pun si Tan ni tak sempat pakai. Korang jangan salah faham, aku bukan lelaki tau. Aku perempuan. Kami berdua kawan baik dari zaman kolej lagi.

Lepas dari tu aku ada bawa Tan pergi klinik, tapi klinik terus refer Tan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Untuk Part 2 aku akan sambung sebab sekarang Tan masih dapatkan rawatan di hospital. Tan izinkan aku untuk ceritakan kisah ni semula kepada semua.

Dan alangkah terkejutnya yang aku baru dapat tahu sesuatu terjadi dekat housemate Tan. – Ika (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Eiizan yan:
20 thn lps aku dpt roomate yg pelik jgk..die x bg aku kuar bilik lps pkl 11pm, and die terus tutup lmpu,.tido, mmndgkan die ketua rumah so aku anggap normal peraturan mcm tu, and die x bg aku bbual dgn org bilik sblh, lma2 aku dh brani borak ngn akk bilik sblh.. akk tu cite, die kuar mlm2 gi clubbing.

Wan zahrah:
confessor tu bukan ke pernah tulis last entry dia minta maaf kat ex housemate dia sebab tulis kat iium. Dia pun teruk kena gangguan semacam sihir. tan patut keluar dari rumah tu elok², minta maaf pada housemate tu, jangan tulis apa² dah. Takut nnt kena gangguan macam confessor sebelum ni..

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *