Uncategorized

Abg aku sgt bar4n, satu hari ak tlewat ke tuisyen, abg marah smpai belas4h dan tnggal ak tepi jalan, tiba2 ibu dtg dan tjerit2 kat aku suruh cepat masuk kereta, apa yg berlaku selepas itu buat ak sgt kesal

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau siarkan cerita ni. Kalau tak siarkan pun takpe, hanya ingin meluahkan perasaan yang terbuku di hati sejak sekian lama. Maaf kalau ayat berterabur, aku tak pandai mengarang ayat.

Nama aku Nur berumur 27 tahun dan mempunyai 3 orang adik beradik. Seorang abang, kakak dan aku yang bongsu. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang comel.

Mungkin disebabkan dalam keluarga aku hanya ada seorang je anak lelaki, maka ibu aku memang selalu manjakan dan menangkan dia. Tapi, anak anak perempuan manja dengan ayah. Kalau nak kena cili ke r0tan ke aku akan selalu berlari kat ayah dulu.

Ayah aku kerja polis shift dan ibu aku suri rumah. Waktu ayah aku kerja, memang habislah aku kena r0tan seb4t. Dulu, aku dan abang aku memang rapat. Main basikal, main digimon dengan kawan dia, main game, mengaji semua sama sama.

Oh ya, beza umur aku dan dia 5 tahun. Tapi semua tu berubah lepas dia masuk SBP. Perangai dia makin lama makin berubah menjadi seorang yang bar4n dan selalu naik tangan kat aku.

Aku dan kakak aku memang selalu kena pvkul tapi aku rasa aku lagi banyak kut kena. Aku waktu tu mungkin berumur dalam 8-9 tahun kut (tak ingat). Biasalah budak kecik lagi mana tahu apa apa dan nakal budak budak kan. Aku pun tak tahu nak cerita kejadian yang mana satu sebab banyak sangat.
Ada satu hari tu, aku tak ingat punca apa yang dia triggered marah kat aku, habis dib4ntainya aku atas kerusi sambil dilihat sahaja oleh ibu aku. Ayah aku tengah kerja. Aku kecik lagi waktu tu, tak daya nak melawan. Aku hanya mampu menangis.

Lepas tu aku berkurung dalam bilik menangis lagi sampai tertidur. Bangun tidur je mata bengkak. Aku selalu tulis dalam surat biar Tuhan amik nyaw4 aku, aku benci ibu, benci, benci, benci.

Tapi mungkin sebab aku kanak kanak, semua rasa tu sekejap je. Aku pernah nak larikan diri dari rumah tapi bila fikir aku nak lari mana? Aku membatalkan niat aku tu.

Setiap kali nak pergi ambil dia kat asrama, aku malas nak ikut. Tapi aku takut pulak nak duduk rumah sorang sorang. Pernah suatu ketika, masa aku nampak dia tidur, aku rasa nak tik4m dan bnuh dia. Parah tak luka aku agaknya? Aku sangat marah kenapa ibu selalu manjakan dia.

Yelah mungkin sebab dia pandai. Yang kami ni tak pandai. Tahu main je. Aku selalu rasa diri tak disayangi.4Bila aku mengadu kat ayah, aku harapkan ayah pkul dia macam aku kena, tapi ayah cuma marah je
Perkara ni berlanjutan sampai aku dewasa. Time ni aku form 4 ke form 5 entah. Aku nak pergi tuisyen tapi aku terbangun lambat. Lepastu ibu aku suruh jugak aku pergi tuisyen dan suruh dia hantar.

Aku membebel bebel la dalam kereta. Pastu dia berhentikan kereta, sereet dan belas4h aku tepi jalan dan hampir nak langg4r aku. Lepas dah belas4h aku, dia pun blah. Aku pun jalan jela terencot encot seluar koyak lutut drah nak pergi bus stand.

Walaupun bus stand jauh lagi 15 minit ke depan. Tak lama tu, ibu aku sampai bawak kereta tapi aku buat bod0h. Pastu die jerit suruh aku masuk kereta dan aku pun masuk. Dalam kereta, ibu aku pulak marah aku naik bernah telinga.

Aku hanya mengesat air mata yang mengalir dan pandang luar tingkap. Ibu aku hantar dekat bustop je. Aku tunggu bas dan naik la bas pergi tuisyen. Dalam hati tahan nangis.

Sesampainya aku dekat tempat tuisyen, aku masuk dan bagitahu maaf lambat cikgu. Cikgu tanya aku kenapa berdrah tu? Aku tak dapat tahan air mata, terus aku menangis dalam kelas tu. Semua senyap. Pastu aku bangun cakap nak pergi tandas dan menangis lagi dalam tandas.

Pastu dah puas aku basuh muka dan masuk kelas. Lepas habis kelas, cikgu panggil aku masuk bilik. Tanya aku kenapa. Aku jawab aku jatuh on the way ke kelas. Cikgu pun cakap hati hati pastu bagi plaster letak dekat luka.

Boleh semua bay4ngkan betapa terluka hati aku sebagai seorang anak? Alhamdulillah la aku tak jadi seorang yang li4r yang suka memberontak. Aku hanya menjadi seorang yang bar4n, suka melawan cakap.

Mungkin ibu ayah aku tak tahu semua ni lah punca aku jadi macam tu. Semua masalah tu aku simpan dalam hati hingga menjadi satu perasaan iaitu BENCI.

Allah masih sayang aku. Waktu aku F5 aku mula berubah. Aku berkawan dengan kawan kawan yang positif. Kawan dengan budak aliran agama, aku mula sayang diri aku balik, sayang keluarga. Dan result SPM aku takde lah okay sangat, hanya dapat 2A, 4B, 2C.

Melalui result itu, alhamdulillah aku ditawarkan ke politeknik. Ibu dah mula okay dengan aku. Oh ya, surat surat yang aku tulis luahkan perasaan tu aku simpan dalam kotak kasut. Aku tak buang dan taktahu la ibu baca ke tidak bila aku dah pergi.

Sewaktu aku belajar, aku berpegang pada satu nasihat nenek aku supaya aku belajar tingi tinggi dan menjadi orang berguna. Alhamdulillah pointer hampir nak dekan.

Kalau aku jumpa abang aku, aku bahasakan diri aku kau je. Jarang sekali bercakap. Sampaikan akak aku tanya kenapa aku camtu aku pun bagitahu, aku tak boleh lupa apa yang dia buat lagi.

Kalau aku gadvh dengan dia, aku akan cakap kau nak tumbuk aku macamana kau buat dulu? Lepastu ada satu kejadian dimana aku kena penyakit ******** dan mungkin buat semua sedar kut. Kalau aku cerita ni mesti orang dapat cam aku.

Fast forward, aku sekarang dah ada kerjaya , ada rumah sendiri. Dalam 2 tahun lepas, aku jumpa pakar pskologi dan ceritakan masalah yang aku tak dapat lupakan.

Aku cakap, “saya maafkan tapi untuk melupakan tu susah”. Dan pakar kata awak salah. Dia kata “to forgive you need to forget”. Maafkanlah lah, buang semua perkara yang pernah terjadi. Start a new life.

After a few sessions, aku bertambah baik dan aku telah memaafkan dan melupakan. Aku selalu menangis dalam sujud supaya aku dapat lupakan, untuk aku jadi seorang penyabar.

Aku rasa sebab perkara lepas, aku jadi seorang pelupa, ‘short term memory loss’. Aku nak lupakan trauma, mungkin?

Sebelum kahwin, aku bagitahu kat bakal suami aku tak suka orang yang kaki pvkul. Aku cerita apa yang pernah terjadi kat aku. Aku cakap kalau aku kena pvkul tolong lindungi aku.

Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang suami yang penyayang, sentiasa bersabar dengan sikap aku. Hanya ada satu perkara yang aku tengah cuba hilangkan iaitu bar4n. Kalau aku marah, aku akan masuk bilik dan baring.

Jauhkan diri dari anak, risau aku buat benda diluar jangkaan. Sebab benda kecik pun boleh buat aku marah. Jadi kesimpulannya, nak ajar anak itu boleh tapi ikut seperti yang nabi ajar. Bukannya main seb4t, sepak terajang, penumbuk penampar.

Kesannya mendalam tau untuk budak budak. Kamu ingat kalau seb4t boleh bagi pengajaran kat anak? Bagi aku tak. Banyak lagi cara untuk ajar anak. Nanti ada yang kata, sebab tak kena seb4t lah budak budak jadi lembik. Sikit sikit report. Mungkin ada yang boleh terima.

Tapi bagi yang tak boleh terima macam aku, kesan sampai ke besar. Luka di luar kita boleh nampak, luka dalam hati? Ibu bapa didiklah anak anak kalian supaya menyayangi satu sama lain. Ajar mereka supaya menghormati.

Yang lelaki didiklah mereka supaya menghormati wanita jangan mudah naik tangan. Sayangilah anak anak anda. Jika nampak anak tu lain, tanya kalau ada masalah. Banyak lagi nak kena belajar bab ‘parenting’ ni.

Selingan, sekarang aku lah jadi harapan keluarga. Mujur aku tak terus hanyut dalam perasaan dendam, aku dah boleh berborak dengan abang aku.

Aku harap semua dapat doakan aku supaya aku sentiasa menjadi anak yang dapat membanggakan orang tua, seorang yang penyabar, ibu yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki untuk membantu keluarga dan orang susah. Sumber ekisah.

Ini admin nak share sedikit info cara didik anak tanpa pvkul. Berikut merupakan cara yang berkesan untuk mendisiplinkan anak-anak tanpa memukvl mereka. Mari kita lihat bagaimana anda boleh menghukvm mereka tanpa memukvl.

Pertama buat tak tahu pada anak. Cuba ‘ignore‘ anak. Bila dia panggil, kita buat-buat tak tahu. Masa pengasingan adalah cara yang berkesan untuk menghvkum. Apabila anak-anak anda melakukan kesalahan disiplin atau melakukan perbuatan yang salah, berikan mereka masa pengasingan.

Masa pengasingan bermakna anda perlu mengasingkan anak anda dan membiarkan mereka duduk diam untuk beberapa ketika di tempat yang tenang jauh dari orang lain – berikan mereka masa 10 minit atau lebih bergantung kepada umur mereka.

Cara ini boleh memberikan anak anda masa untuk berfikir tentang tingkah laku mereka. Selepas tamat masa, bincangkan masalah dengan anak-anak anda.

Kedua, ambil bar4ng kegemaran dari mereka. Mengambil bar4ng kesukaan dari anak-anak anda merupakan cara menghvkum yang berkesan. Jika mereka bergadvh dan berebut mainan kegemaran mereka, cara yang terbaik adalah dengan mengambil dan menyimpan mainan tersebut.

Mereka boleh mengambil semula mainan tersebut pada hari Ahad akan datang atau apabila anda berpuas hati dengan tingkah laku mereka. Kalau mahu lagi ‘extreme‘, buang terus dalam tong sampah. Tengok apa reaksi dia

Ketiga,main tarik tali dengan gajet. Teknologi merupakan salah satu kegemaran anak-anak anda. mereka gemar bermain permainan video, menonton rancangan kegemaran mereka di TV dan melayari internet dengan komputer. Jika mereka biadap dan berkasar, anda boleh mengurangkan masa mereka bermain dengan gajet.

Jika mereka tidak turun makan malam tepat pada masanya selepas diberi amaran satu hingga dua kali, anda boleh mengambil keistimewan untuk menonton TV.

Keempat, suruh dia buat kerja orang dewasa. Jika anda dapati anak anda menyebabkan anda terlepas makan tengah hari, suruh mereka melakukan kerja yang boleh menggantikan masa anda seperti membasuh pinggan mangkuk, melipat pakaian atau membersihkan bilik.

Mereka perlu tahu akibatnya apabila mereka menyebabkan kesukaran pada orang lain. Ini adalah cara yang berkesan untuk mengajar mereka bahawa tindakan mereka memberi kesan kepada orang lain.

Kelima, jangan bagi dia main di luar. Ini adalah cara yang sangat tegas dalam menghukum mereka dan cara ini lebih berkesan dari memvkul mereka. Apabila anak-anak anda melakukan kesalahan dan anda mahu mengajar mereka tanpa memvkul, jangan berikan mereka waktu bermain. Biar dia bosan dalam rumah.

Beri amaran kepada anak-anak terlebih dahulu. Jika mereka tidak mendengar, mereka tidak boleh keluar bermain untuk satu atau dua hari. Keenam, disiplinkan anak ikut peraturan. Tetapkan peraturan rumah seawal mungkin dan terangkan akibatnya jika peraturan tidak diikuti. Bincangkan peraturan tersebut dan akibat dengan anak-anak. Jika terdapat apa-apa perubahan terhadap peraturan tersebut, beritahu mereka.

Contohnya, “Kalau sepah-sepah mainan, mama terus buang masuk dalam tong sampah!”. Berpegang kepada peraturan dan hukum anak-anak anda tanpa memukvl jika mereka tidak mengikut peraturan. Anda juga perlu memberi amaran sebelum menghvkum mereka.

Bukan mudah menjadi ibu-bapa zaman sekarang. Banyak sangat cabar4nnya. Kita dulu dididik dengan cara yang tidak sama, kerana zaman berubah. Lebih afdal guna cara Islam untuk disiplin anak. Habiskan lebih banyak masa bersama anak-anak anda.

Jadilah contoh ikutan dan segalanya akan tersusun atur.Jika masih lagi tidak berjaya, gunakan teknik psikologi untuk mendidik anak. Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah kelak. Sumber siraplimau. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *