Uncategorized

“Seronok kira duit kutipan” Gelagat terkini adik ‘Long Tiger’ bergelak ketawa dirakam netizen

Baru-baru ini tular video akan seorang kanak-kanak dipercayai warga Rohingya yang dikatakan berkelakuan biadap ketika meminta sedekah terhadap pengguna jalan raya.

Difahamkan, budak lelaki tersebut menuding jari serta mengetuk cermin kereta agar memberinya wang.

Tengah seronok kira duit?

Bagaimanapun, gelagat kanak-kanak yang digelar ‘Long Tiger Junior’ itu sekali lagi terakam warganet ketika sedang sibuk mengira duit.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @arshad.khan memaparkan budak lelaki berkenaan sedang duduk di laluan jalan kaki bersama seorang kanak-kanak perempuan.

Dalam video tersebut dapat dilihat kedua-duanya sedang sibuk mengira duit sambil dilihat orang yang lalui lalang di kawasan tersebut.

Malah, mereka juga dilihat sempat bergurau senda dan bergelak ketawa bersama-sama.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen berkenaan. Ada yang bersimpati malah ada juga yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan.

 

Jangan bagi muka, kena kawal Seronok kira duit

Sedih tengok adik ni

Sejak semalam, tular dua video di platform media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai warga R0hlngya seolah-olah berlagak ‘s4mseng’ terhadap pengguna jalan raya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian vide0 di laman Twltter @MALAYSIAVlRALL, kanak-kanak tersebut dilihat mendekati seorang pemandu yang sedang menunggu lampu isyarat sebelum berkali-kali mengetuk kereta.

Siap ada duit kertasRM50

Jika diperhatikan, budak berusia sekitar lapan tahun itu sedang memegang sejumlah wang kertas sambil membuat mimik muka ‘menggertak’ dipercayai demi meraih duit hasil sedekah daripada orang ramai.

“Kalau aku dapat budak ni memang dia bernasibMalang la jawabnya. Apa punya perangai. Lokasi bkan di bumi Malaysia tapi di Cheras Darul R0hlngya . RM50 dan RM10 kot budak tu dapat,” tulis @@MALAYSIAVIRALL.

Sebuah lagi video pula dikongsi pengguna aplikasi TlkT0k, @afnanasyrafs dipercayai memaparkan kanak-kanak yang sama bertlndak memrahi seorang pemandu sebelum beredar dari situ.

Takvt arghhh

Tak boleh sentuh pemegang kad UNCHR?

PETALING JAYA: Tindakan golongan imigran mengutip sedekah di persimpangan lampu isyarat menimbulkan kegelisahan warganet kerana menerusi klip-klip rakaman yang tular di media sosial ia memaparkan keganasan oleh golongan tersebut.

Seorang warga net, khrln_ memuat naik gambar golongan tersebut menerusi akaun Twitter dan memaklumkan sudah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun pihak berkuasa itu tidak dapat mengambil tindakan.

Jelasnya, golongan pelarian yang mengutip derma di kawasan berbahaya itu mempunyai kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR) hingga menyebabkan tiada tindakan boleh diambil kepada golongan tersebut.

“Nak pergi Ampang Point tadi pun kena. Hubungi bilik gerakan PDRM diorang cakap tak boleh buat apa, PDRM tidak boleh tahan mereka sebab diorang ni ada kad UNHCR.

“Jabatan kerajaan terlibat kena duduk semeja bincang dan cari penyelesaian tentang isu ini. Ke nak tunggu budak-budak tu nak kena langgar baru ada tindakan? Nanti yang melanggar pula dipersalahkan,” ciapnya menerusi laman Twitter.

Rata-rata netizen mempersoalkan kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap golongan tersebut yang secara terangnya membahayakan diri sendiri dan pengguna-pengguna jalan raya lain.

“Tak boleh buat apa? Hello, sudah mengganggu lalu lintas kot…yang jual mangga asam boi tu siap saman lagi kan…yang ni takkan tak boleh buat apa?” ciap nodame92.

“Sepatutnya jabatan mana yang berkenan terangkan kat berita kelebihan kad UNCHR ni. Apa yang boleh apa yang tak boleh. Tak ada la PDRM pening kejap boleh kejap tak boleh. Dulu aku sebagai penyelia dia orang pun pusing apa yang boleh apa tak boleh,” ciap SyahaizatS.

“Ada kad UNCHR pun boleh tahan untuk kes selain dari kes imigresen. Tahan bukan sebab diorang langgar undang-undang imigresen, tetapi melanggar undang-undang sebab mengganggu ketentraman dan melakukan khianat,” ciap axavier_93.

“Eleh letak kereta tepi jalan sikit dah kena saman, ni budak ni asyik berkeliaran tunjuk jari tengah sana sini, mengganggu lalu lintas pula tu PDRM tak boleh buat apa?” ciap ImiaNurliyanaa.

SUMBER: TikTok @arshad.khan, https://redaksi.com/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *