Uncategorized

Mak mertua slalu dtg rumah ketika sy dan suami sedng “bersama”. Dari sminggu jd sebulan, dari sbulan smpai berbulan2. Bermula la konflik sy dan suami bt sy nak cerrai.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalam dan hi semua. Terima kasih admin jika luahan hati saya ni disiarkan. Baca tajuk cerita ni, mesti semua ingat saya nak cerita tentang bermadu dengan wanita lain yang rampas perkahwinan saya kan?

Hakikatnya, tak. Alhamdulillah, suami saya seorang yang bertanggungjawab dan setia. Saya doa dia macam tu sampai akhir nafas kami. Kisah saya, saya terasa dimadukan dengan mertua. Kerap gduh dengan suami. Saya rasakan, saya lah yang jahat dalam rumahtangga ini.

Dah berkali juga, saya minta suami lepaskan saya atas alasan ini. Saya juga rasa, saya menjadikan dia anak yang tidak patuh, kurang ajar dan juga derhaka. Jadi, saya rasa elok lah jika kami berpisah. Suami tak nak. Suami kata, susah payah kami harung bercinta bertahun-tahun.

Bila dah bernikah, tak mungkin lah dia senang-senang nak lepaskan isteri. Kisahnya begini, dulu masa awal pernikahan, perkahwinan kami diuji dengan kesusahan. Biasalah, baru nak hidup kan. Kami menyewa rumah keluarga suami.

Tapi, hampir setiap hari, keluarga suami akan datang, tanpa ada selang hari pun. Kadang-kadang datang bawa makanan, ibu kata sebab masak lebih, teringat kami sekali, jadi ibu bawakan makanan yang dimasak. Katanya lauk kegemaran suami.

Dari seminggu jadi sebulan, dari sebulan sampai berbulan-bulan berlanjutan begitu. Kadang-kadang saja datang melepak, tapi sampai jam 2 3 pagi kalau masing-masing datang dari jam 9 malam. Siapa tak seronok tetamu datang kan?

Tapi, sedikit sebanyak saya terasa tiada privasi. Tipu kalau saya tak aju pada suami tentang ibu. Bergduh juga kadang2 tu. Suami kata, saya terlalu banyak songeh. Bagi saya, saya rasa privasi saya diganggu.

Ada masa juga saya terasa seperti ibu sengaja tak nak bagi suami makan air tangan saya. Kadang-kadang ibu telefon, samada saya dah masak atau belum, jika belum, ibu suruh simpan semua lauk, tak payah masak, ibu akan hantarkan lauk nanti. Mula-mula memang seronok, ye lah, rasa rileks kan.

Oleh kerana gaji suami tak besar, kadang-kadang ibu bunyi juga tentang sewa rumah. Baba tak kisah tentang bagaimana bayaran rumah dan lain lain.

Tapi, dalam masa yang sama ibu datang dan hantar makanan sambil melepak tu, ibu akan rungutkan yang suami cuma tahu kahwin tapi semua nak harap keluarga.

Ikutkan, memang saya cadangkan pada suami untuk sewa bilik sahaja, tapi baba yang berkeras untuk kami tinggal di rumah keluarga. Sebab, baba kata lebih memudahkan kami, zaman sekarang sangat mencabar.

Baba beri izin, tinggal dan sewa lah dahulu tanpa perlu runsing tentang bayaran rumah. Ada duit, bayar. takde duit, baba halalkan. Baba memang mertua terbaik. Kadang-kadang segan juga dengan baba, macam banyak sangat bantu kami di awal perkahwinan.

Masuk tahun kedua perkahwinan, ibu dah jarang datang melepak, sebab kami dah pindah. Jarang bukan bermakna tak datang, ibu tetap datang. Cuma sudah tidak kerap seperti tahun pertama.

Ibu masih lagi bekalkan makanan setiap kali datang, cuma bezanya, saya dah ada peluang masak untuk suami, lebih masa bermanja dengan suami dan lain2.

Tapi, tetap ada masalah, ibu kadang-kadang datang tak kena waktu. Ada masa tu datang di waktu malam, waktu kami sedang ‘bermesra’. Ibu telefon, tapi kami tak jawab.

Kami fikir, mesti ibu faham yang kami mungkin sudah tidur atau ada urusan lain. Sebab, dah malam kan.

Sangkaan kami meleset, sebab ibu terus terpacak depan pintu rumah waktu kami masih lagi ‘bersama’. Kelam kabut kami dengar ibu beri salam. Soalan pertama ibu, “kenapa tak angkat panggilan? Dah banyak kali telefon”

Tak tahu saya nak gambarkan perasaan saya. Perkara seperti itu bukan hanya sekali terjafi, tapi berulang beberapa kali. Makan hati? Saya rasa sudah habis hati ini kalau saya nak kira makan hati dari awal perkahwinan.

Pertengahan perkahwinan di tahun kedua, suami kehilangan kerja, kami terpaksa menumpang di rumah mertua. Dugaan masa ini, saya tak dapat gambarkan. Saya dif1tnah ipar. Katanya, saya marah ipar tanpa sebab. Padahal, saya tidak banyak berbual pun dengan ipar.

Setiap kali saya nak membantu mertua, mertua tolak dan tak beri saya bantu apa2, jika saya tanya, mertua kata semua dah siap, kalau saya cuba usik, mertua kata jangan memandai. Kadang2 tu saya duduk tengok je apa yang mertua buat tapi otak kosong melayang.

Suami saya pula suka bantu buat kerja rumah, sejenis ringan tulang, masa di rumah mertua pun, memang dia tetap bantu. Baru saya tahu rupanya, semua yang jadi di rumah mertua, mertua cerita pada orang. Katanya, saya isteri pemalas dan manja. Suami buat semua.

Tak nak bantu buat kerja rumah, sedangkan saya setiap hari kemas rumah, basuh pinggan dan buat kerja yang boleh. Saya sedar saya hidup menumpang. Ptah hati saya bila saya tahu apa yang jadi di belakang saya.

Di sini mulanya konflik saya dan suami. Suami tak mahu dengar apa saya luahkan. Katanya, syurga di bawah tapak kaki ibunya. Hncur hati saya. Suami juga cakap, jangan cakap benda yang saya tak pasti. Sebab saya hanya tak sengaja tahu dari orang sekeliling, entah2 orang luar yang buat cerita.

Sampai satu tahap, saya dah tak larat, saya solat hajat, baru lah suami tahu semua cerita sebenar. Suami menangis, minta maaf sebab selama ni tak percayakan saya. Suami mungkin juga sebelum ini, stress dengan tiada kerja, hanya buat freelance sementara mencari kerja tetap.

Alhamdulillah, selepas setahun lebih, tidak lama selepas kejadian tu, suami dapat kerja semula, yang lebih baik dan bayaran yang lebih setimpal. Kami pun dapat duduk di rumah sewa sendiri.

Beberapa tahun, tidak banyak isu yang terjadi, sebab suami pun baru dapat bekerja semula. Tapi, masalah jadi bila gaji suami mula meningkat naik setahun dua ini.

Saya terasa hati semula dengan suami, ibu jadi pantang suami belikan saya apa2, atau kami pergi berjalan. Ibu mesti akan sindir bila kami balik rumah mertua.

Setiap kali saya dapat apa2, ibu macam kena dapat jugak. Kalau saya berjalan dengan suami, ibu macam cemburu, macam kami sengaja pinggir ibu, tak bawa ibu sekali.

Setiap kali suami bawa saya kemana2, memang jarang saya upload di media sosial, saya takut. Malah, trauma awal perkahwinan juga masih belum boleh saya lupakan.

Lama2 saya jadi tertekan. Setelah beberapa tahun ni, saya rasa seperti saya bermadu. Saya faham. Suami bertanggungjawab pada keluarganya.

Tapi, kadang2 saya jadi berkecil hati, seolah saya tidak boleh dapat apa2 dr suami. Kadang2 saya terungkit, apa sahaja saya beli, kena beli pada ibu juga kan? Jika bukan beli untuk ibu, ibu akan suruh suami beli untuk ipar saya.

Kami seperti biasa, bergduh. Suami kata tak salah untk dia menghulur sedikit pada ibu dan adik2, tapi saya pula rasa tidak adil, kerana setiap kali saya nak belikan untk keluarga saya, suami akan buat spot check kemana duit saya mengalir.

Sedangkan, tidak selalu saya jumpa keluarga, jauh saya nak balik ke kampung halaman. Kadang2 saya rasa macam saya merampas hak ibu.

Saya bukan kahwin dengan anak tunggal. Ipar yang lain kebanyakannya sudah bekerja. Hanya tinggal lagi dua orang yang masih bersekolah dan akan tamat persekolahan. Tapi, oleh kerana suami sulung, ibu buat macam suami anak tunggal.

Ibu tak akan suruh yang lain bila ada apa2 urusan, sebaliknya akan suruh kami yang tinggal jauh dan jarak sejam untuk balik rumah uruskan apa2 urusan berkaitan kerana alasan suami anak sulung. Sedangkan, di rumah, ada lagi ipar lain yang boleh bantu.

Saya buntu kini. Tertekan. Saya bahagia dengan suami, tapi dalam masa yang sama, saya rasa saya perlu pulangkan semula suami saya pada keluarga. Keluarganya lebih memerluukan suami. Bukan saya tak mahu bertolak ansur, cuma saya sudah rasa seperti penat.

Penat dengan setiap perkara yang terjadi. Suami anak yang baik, tapi jika setiap kali kami bertengkar tentang hal yang sama, rumahtangga ini sudah jadi kian hambar. Patut ke saya bercrai?

Apa reaksi warganet, ramai yg bagi nasihat dan kongsi pengalaman

Nurfee Nea, Alahai remeh je ni..dh mak dia kan..anak dia lgpon keluarga mentua awak byk tlg suami awak.awak pon tidak bekerja.mesti la suami check dan tanye duit pegi mana. Takat kena ganggu tgh bersama tige empat kali setahun..awak ade 360 hari lg awak boleh bersama xkena kacau.

Maknye pon dh tua bawakla org tua jln sekali gembirakan dia,awak dgn suami pjg lagi perjalanan hidup..mak dia dh separuh abad..berbaktila skit kepada ibu bapa.time susah mereka bantu suami awak,xkan time senang sikit awak taknak suami kongsi rezeki kt mak dia.please jgn ade sikap jeles dgn mak suami.

Pendapat saya, benda remeh kecik mcmni baik awak jgn amik hati dan pertikaikan..mungkin awak rasa diri awak betul tp di mata org lain mungkin ade tindakan awak yg salah.berlapang dadalah awak..redha dan terima seaadannya keluarga mentua. Think postive.Baru nnt akan rasa lapang.

Nurul Wahidah, Sis… suami sis menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab sbb ajaran ibu bapa dia. Jadi… sis kena bersangka baik. Pegi holiday tu takpe pun tak upload. Tak pun buat instagram private diri sendiri je. Tak perlu pun nk tunjuk kebahagiaan dkt org lain. Nanti kena sondol. Kalau nak jugak, add la kawan2 rapat je.

Tarik nafas dalam2, positive kan diri. Senyum je dan jangan ambil pusing. Kalau mak pacak malam2, lambatkan bukak pintu. Terus terang, mak, kami tengah bn0h setan. Lepas tu, sis cuba google. Bagi si suami, income dia hak isteri. Bila isteri dah lengkap baruah ibunya.

Tapi, bukan adik adiknya. Carilah, ada ustaz yg mengatakan mcm tu. Walaupun syurga tu dkt ibu dia, keperluan, kelengkapan, perhiasan, utamanya pada isteri. Takpe, nanti2 anak tengok bapak dia anak yg baik, anak2 pun ikut.

Shamsiah Rahmat, Jangan bercrai…sabar dan berdoa la kpd Allah, jga solat awal waktu..bila Allah syg manusia akan syg…umahtangga anda ujian dan ladang pahala anda, Allah tahu anda boleh..sy4itan sentiasa bisik2 supaya umahtangga anda roboh, kemudian sy4itan tepuk tgn.

Ambil hati suami jaga layan dia baik2, sbab redho dia pd itu la jalan syurga anda….ada masalh bisik dan cakap yg lembut dgn suami..anda psti tahu d mana kelemahan suami.

Sya Nysa, Saya kawin anak tunggal, saya ikut arus mertua. Dia bercerita saya dgr, kalau dia dtg dr kg mmg duduk berminggu. Dia took over dapor dan rumah saya. Saya chill aje. Saya buat minum utk suami pepagi dia pun buat. Suami terpaksa minum dia cawan. Pastu saya tak buat dah. Dia nak sangat buat biar dia buat.

Dia ngadu juga kata saya malas. Saya tak cakap apa2 sbb saya tau saya bukan jenis pemalas. Saya pikat dia dgn ikut apa dia nak, nak makan apa saya carikan, nak beli apa kt mana sume saya buat, dia demam saya bawa ke klinik, majlis keluarga dia saya pegi semua.

Lelama dia tak komplen pasal saya. Saya tak rasa dia atur hidup saya malah rasa senang hati sbb dia yg fikir dan aturkan. Sayang hidup mertua dgn saya hanya 10 thn. Bila dia takde suami mcm bebas takde yg larang, dulu ikut cakap mak dia jaga saya betul2. Skrg saya yg kena tinggal pulak.

Zilla Syazam, Rilek lah dik.. Sementara suami ada ibunya ni layan je dulu… Jangan dok stress memanjang… Suami dah lah baik… Sayang klu lepas.. Sifirnya mudah….tolak ansur sesama suami isteri..ko takpe mak mentua je runtun ko laki bini..

Aku ni.. Adik jantan dia yg sebaya ngan aku dok runtun laki aku… Aku rilek je.. Tapi skrg memang tak boleh dah lah. Anak2 aku semua dah besaq2.. Anak2 dara.. Memang aku tak bagi dok melepak dlm rumah sampai berbulan2 dah.

Siti Norliana, Bersabar la sis.. rugi klau sis melepaskan org yg sis syg dan cintai kerana org lain.. aggp aje itu harga dan dugaan yg sis perlu bayar utk bersama.. sabar.. sabar.. sabar… plus sis blh mul berbelanja utk keluarga mcm yg suami buat.. klau dia tnya blh la sis ungkitkan apa yg dia buat..

Walaupun sis anak perempuan tgjwb kewangan pada keluarga tetap ada.. jd rasa nya xperlu la dia nak persoalkn.. kdg2 kebahagian rumah tgga kita ada kaitan dgn hubungan kita dgn parent kita jgk.

Rosmaini, Sy4itan suka org bercrai berai ni sis. Prngai mak mertua kt mlysia ni mmng pelik2. Anggap je hiburan. Pekakkan telinga. Butakan mata. Sejak sy amalkn 2 benda ni sy rsa mak mertua comel sngt . Biar dia geng dgn kita.

Senang suami buat apa2 kita report kat dia. Biar dia yg mmbebel, jimat air liur kita. Ok la sis. Nk siap2 balik rumah mak mertua kjp. Bawak jln2 tngok org dulu cuti2 ni. Mohon bersabar, sy pon 6 tahun dh kawen baru dtg feeling ‘cakap la apa2 pon mak, msuk tlinga kiri kluar tlinga kan.

Ainen Salwa, Konsep dia senang je, berdamai dengan takdir yang laki sis tu anak sulung, semua serba serbi jatuh pada anak sulung lelaki. kalau kata, malam2 mak dia suruh datang mintak picitkan kaki dia yang lenguh(contoh) biar la suami sis pergi sorg2, sis tido je la kt rumah takyah ikut.

Cakap je sis ni jenis tido awal, nanti migraine. Suami sis pulak seorang anak yang bertanggungjawab, jadi biarkan dia lebihkan mak dia dulu, lepas2 tu sis claim la masa tu dgn suami.
Ingt konsep dia, the more you give, the more you get.

Sis pun sama2 lah sesekali lebihkan mertua, then ada masa duduk senyap2 sorg2 dlm rumah, atau pegi rumah mak sendiri sorg2. Biarlah, suami nak spend alone time dgn mak dia sesekali. Yg penting, dia adil dalam membahagi kasih sayang.

Redha yang dia anak lelaki sulung menjadi harapam keluarga, bab2 cakap belakang tu, biar Allah yang balas, sis maafkan je untuk mencari redha Allah. Buat2 tak dengar dan cuba layan mertua dgn ikhlas. Baba best kan, rapatlah dgn dia, buat hobi sama2, dah ibu nak masak kan, duduk la sembang dgn baba, mana tahu, ade org2 cakap blkg, baba boleh defend sis.

Saya sblm kawen, mmg suami cakap awal2 tanggungjawab dia byk kearah mak dia. Saya banyak berlapang dada dlm banyak hal. Bila skit hati, kita yang sengsara kan? Skrg, dah hampir 2 tahun arwh mak mertua dah takde, rindu dgn dia. Sis berdamai yaa dgn takdir. Sumber – Jay (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *