Hiburan

“Diberi gaji 4 angka sebulan” rupanya PA baru DSV ni bukan sebarangan Iatar belakang tu

Sejak pagi tadi, usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida sibuk memaklumkan yang dia akan beritahu sesuatu.

Iaitu, dia akan memperkenalkan pembantu peribadi (PA) barunya.

PA baru itu dikatakan akan dibayar RM10,000 sebulan bagi menggantikan PA yang lama.

Teka-teki tersebut akhirnya terjawab apabila usahawan kontroversi itu mendedahkan identiti pemuda yang dikenali sebagai Qushayry atau Abang Qu itu.

Abg Qu juga sentiasa mendampinginya untuk tugas-tugas seterusnya.

Pemuda tersebut juga digambarkan sebagai seorang yang pemalu dan happy go lucky menurut DSV.

Dalam pada itu, presiden netizen untuk Big Stage musim ke-4 ini juga memaklumkan sebelum ini ramai yang menghantar resume.

Iaitu bagi menjadi PA dan pemuda tersebut terpilih untuk jawatan tersebut.

Bagi yang pernah mengikuti pemuda itu di media sosial, pasti perasan akan wajahnya yang lalu di wall TikTok warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

  

Ini kerana dia juga aktif menggunakan aplikasi itu sebelum bergelar PA kepada DSV.

 

Jadi, menerusi Instagram pemuda itu, dia berharap agar orang ramai dapat mendoakan rezekinya dipermudahkan.

Dan sukses dalam pekerjaan termasuklah empayar perniagaan majikan barunya.

Untuk makluman, sebelum ini Iqbal Zulkefli merupakan PA usahawan tersebut.

Dan hubungan mereka dikatakan lebih dari seorang pekerja dan majikan kerana ada merancang ingin berumah tangga.

Namun, disebabkan beberapa konflik yang viral, hubungan mereka dipercayai terlerai.

Dan masing-masing membawa haluan sendiri sehingga dipertemukan semula dalam program nyanyian Big Stage tempoh hari.

Sumber : datoserivida / abgqu1 / qusyary11

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.