Uncategorized

“Bekas Isteri Ajak Bersama Semula Demi Anak, Tapi Saya Dah Ada Kenal Wanita Lain..”- Fizi Ali

Kuala Lumpur: Penyampai radio Suria FM Fizi Ali mengambil pendekatan untuk fokus kepada perancangan masa hadapan dan memilih untuk tidak memandang ke belakang lagi berkaitan sebarang keputusan dalam hidupnya.

Fizi menjelaskan sebagai manusia, dia tidak dapat menduga apa yang bakal berlaku namun tidak mahu berada pada titik dan situasi sedih lagi.

Malah, Fizi juga tidak menolak sedang mengenali hati budi seseorang dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.

“Berkenaan isu kembali bersama dan sebagainya, saya memilih untuk lebih fokus kepada perancangan masa depan berbanding memandang ke belakang lagi. Kalau boleh, saya tidak mahu menoleh kisah lalu.

“Apa pun, sebagai manusia kita tidak dapat menduga apa yang bakal berlaku. Cuma itu adalah jawapan saya berhubung perkara itu (isu rujuk).

“Saya memang sedang mengenali seseorang dan jika ada jodoh dengan individu itu, saya berdoa yang terbaik. Ini kerana, kami tidak pernah ‘declare’ ke arah yang lebih serius, dalam fasa berkenalan dan bersembang-sembang.

“Dia hanyalah orang biasa saja bukanlah daripada industri dan sebagainya. Cuma, identitinya biarlah rahsia buat masa ini,” katanya ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Suria FM yang bertempat di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor semalam.

Terdahulu, bekas isteri Fizi, Shakilla mengeluarkan kenyataan mengenai perbincangannya untuk kembali bersama demi anak mereka yang masih kecil.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 sebelum mengumumkan perceraian pada Disember lalu. Mereka mempunyai seorang anak, Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

“Secara jujurnya, selepas bercerai memang ramai yang menghantar mesej menerusi Instagram. Antaranya yang muda, tunang orang dan isteri orang pun ada. Malah, dari kaum lelaki sendiri pun ada.

“Mereka menghantar mesej secara peribadi untuk memberikan kata-kata semangat dan turut menawarkan diri untuk menjadi tempat saya meluahkan perasaan,” tambah Fizi lagi.

“Ramai Mesej Lepas Saya Cer4i. Tunang Orang, Isteri Orang, Lelaki Pun Ada” – Fizi Ali

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengakui menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram, selepas mengumumkan berita tentang perceraiannya dengan bekas isteri, pelakon Shakila Koriri penghujung tahun lalu.

Fizi, 33, berkata, dia menerima mesej berupa kata-kata semangat daripada pelbagai individu, termasuk mereka yang telah berkahwin dan bertunang.

“Jujurnya, ramai DM saya lepas saya cerai. Tunang orang, isteri orang, lelaki pun ada. DM yang saya terima itu berupa kata-kata semangat. Contohnya: ‘Fizi janganlah sedih, saya kan ada.

“Kebanyakan yang DM tu bukanlah kenalan saya. Saya memang tak kenal mereka. Niat mereka pun mungkin bukanlah untuk ‘try’ saya tapi lebih kepada memberi kata-kata semangat.

Bagaimanapun, ia nampak seperti terlebih beri semangat,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Suria FM di ibu kota semalam.

Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk mencari pengganti sebagai teman hidup, Fizi berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai perancangan ke arah itu.

Namun, lelaki berusia 33 tahun itu menjelaskan, dia tidak menolak jika suatu hari nanti, dia bertemu dengan seorang wanita yang mampu memimpinnya ke pelaminan atas izin dan jodoh Allah SWT.

“Berkenaan dengan pengganti, jika ada tu alhamdulillah. Mungkin, kalaulah ada, dia lebih kepada Tuhan ambil satu benda, dan dia ganti dengan benda lain. Kita tak tahu kan?

“Dan mungkin juga dia boleh jadi peneman saya. Kalau tak sekarang saya memang seorang. Duduk rumah sendiri… Rumah pula menghadap jalan raya. Bila nampak bas lalu, teringat Ameena yang selalu minta saya nak naik bas. Sampaikan saya rasa saya masih belum move on.

“Jadi, kalau orang tanya ada pengganti ke dan benda ni datang dengan sendiri, saya tak kisah, saya tidak ada masalah,” katanya.

Fizi juga mengaku yang dia memang ada mengenali seorang wanita. Tetapi buat masa ini, ia sekadar melalui fasa persahabatan.

“Kalau tanya jujur, ya saya ada kenal dengan seorang wanita ini. Tapi saya takdalah sampai nak lebih serius sebab hati saya kosong kerana anak jauh. Buat masa ini, apa yang ada saya hanyalah kerja dan kawan.

“Ini bukan rebound. Tapi kami sekadar kawan. Kalau ke arah lebih serius, alhamdulillah. Tapi kalau tak jadi apa-apa, sampai di situ sahajalah,” tutup Fizi.

Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.