Uncategorized

“Seb4k bila dapat hadiah” – Aeril Zafrel mengg1g1l dapat Lamborghini, kejutan daripada isterinya Wawa Zainal.

Kuala Lumpur: Sebak dan mengg1g1l.

Itu reaksi pelakon terkenal, Aeril Zafrel ketika mendapat kejutan hadiah berupa kereta mewah Lamborghini Aventador daripada isterinya juga pelakon Wawa Zainal.

Aeril, 34, atau nama sebenarnya Suhairul Sunari berkata, dia sama sekali tidak menjangka Wawa menghadiahkan kereta itu.

“Saya memang tak tahu dia beli. Sebelum ini saya memang ada terfikir nak beli sendiri. Selalu juga tengok di Internet dan YouTube. Malah, pernah cakap pada Wawa nak beli kereta ini. Waktu itu dia tak bagi sebab masih banyak perkara dan komitmen lain perlu diselesaikan.

“Mungkin sudah saatnya dan dia pun beli. Saya pula jenis yang suka nak merasa, dua tiga tahun selepas itu tukar kereta lain pula. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi impian,” katanya kepada Harian Metro.

 

Menurut Aeril, dia beranggapan kejutan diberikan Wawa itu adalah sekadar untuk disewa.

“Sebak bila dapat hadiah. Selepas saya pandu, Wawa bagi geran. Pada mulanya saya ingat kereta sewa. Sebab ada juga kawan kami yang jenis sewa.

“Menggigil juga bawa. Sebab bukan macam kereta biasa. Sebelum ini tak pernah pandu uji pun. Apabila dapat pandu sendiri, rasa tak sangka,” katanya.

Aeril berkata, edisi Lamborghini itu sudah tidak dikeluarkan selain memang inginkan warna kuning.

 

 

Sementara itu, Wawa menerusi hantaran di Instagram berkata, hadiah itu tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan dibuat Aeril selama ini.

“Sayang, hadiah ini tak seberapa kalau dibandingkan dengan segala pengorbanan yang kau buat untuk keluarga kita selama ini.

“Hampir enam tahun bisnes, saya rasa ini masa untuk ‘reward’ Aeril dengan benda yang dia idamkan selama ini. Dia lah tulang belakang di setiap kejayaan saya. Terima kasih sayang untuk segalanya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.