“Tak Payah Menunggang Agama!”- Dr Rafidah Tuduh Mawi? - Menujukebenaran
Uncategorized

“Tak Payah Menunggang Agama!”- Dr Rafidah Tuduh Mawi?

Kenyataan yang dimuat naik oleh Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah telah menarik perhatian warganet di laman twitter.

Rafidah berkongsi sebuah iklan produk minuman kesihatan yang membantu mengurangkan masalah buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

Iklan itu turut memaparkan penyanyi dan pelakon Mawi atau nama sebenarnya Asmawi bin Ani menjadi duta produk.Mawi turut diihat mempromosikan produk tersebut dan mendakwa keluarganya telah mencuba dan sudah merasai perubahan.

Bagaimanapun, Dr. Rafidah membidas penjelasan yang dibuat penyanyi berkenaan dan meminta agar semua selebriti perlu memahami panduan dalam pengiklanan produk kesihatan terlebih dahulu.

“Salam Mawi, Kenapa perlu menipu pesakit-pesakit kronik saya? Perbuatan ini sudah salah dari segi akta Iklan dan Ubat 1956. Tak payah nak cerita tentang kenyataan yg menipu dan menunggang agama!”- tulisnya di laman twitter.

Sementara itu, Rafidah turut menasihati golongan selebriti supaya beretika dan membaca panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mengeluarkan kenyataan dalam mempromosikan produk kesihatan.

“Adakah semua artis / selebriti tidak beretika? Kan ada panduan utk selebriti yg KKM keluarkan. Sila lah baca betul-betul . Cukup-cukup menipu orang-orang tua. Enough is enough.”

Terdahulu, sebuah video memaparkan Mawi menceritakan pengalaman keluarganya sendiri yang juga merupakan pengamal jus minuman tersebut dan berjaya kembali sihat dari pelbagai penyakit dalaman.

Sumber: liveconnection24.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button